Saturday, November 1, 2014

Cara Merawat Luka Gastric Secara Tradisional



Gastrik dan Petua merawatnya
Gastrik merupakan istilah tidak rasmi yang digunakan masyarakat kita untuk merujuk kepada sakit di bahagian pangkal perut (epigastric), berdekatan dengan “pintu bukaan” atau injap sempadan (Lower Esophageal Sphincter atau LES) yang menghubungkan perut dengan esofagus (salur untuk udara dan makanan). 

Definisi Gastrik yang sebenarnya mengikut istilah perubatan adalah bermaksud “perut”. Ini bermaksud, istilah sebenar yang merujuk kepada sakit di bahagian pangkal perut adalah mungkin sama ada “gastrik ulcer” yakni “luka dalam perut” (ulcer bermaksud luka), ATAU “gastritis” yakni “inflamasi/kemerah-merahan pada dinding perut”. Ini sekaligus merujuk kepada beberapa variasi penyakit yang berlaku di sekitar kawasan yang sama (pangkal perut) tetapi berbeza mekanisma seperti GERD (Gastroesophageal reflux disease, acid reflux).

Punca Gatrik 
Gastrik berpunca dari ketidakseimbangan asid perut yang naik ke atas bahagian perut sehingga menyebabkan berlakunya inflamasi pada lapisan mukosa bahagian berkaitan. Dalam keadaan normal di mana rembesan asid perut adalah seimbang, seseorang tidak menghadapi masalah ini.

Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu di mana rembesan asid perut berlebihan (hyperacidity) mengatasi kekuatan lapisan mukosa, akan berlakunya iritasi/keradangan dan mengakibatkan rasa sakit di bahagian tersebut. Jika keradangan melampau atau lapisan mukosa yang tercedera itu terdedah dengan asid perut yang berlebihan untuk tempoh yang lama (sebagai contoh sakit itu datang dan pergi dengan kerap dalam tempoh seminggu), ini boleh menyebabkan berlakunya luka (gastric ulcer).


Merawat Gastrik
Selain mengamalkan makan ubat ubatan yang di bekalkan oleh para doktor. Anda boleh juga mengamalkan petua di bawah ini:-

Petua Tradisional 

1)
Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.
Makan daun Selasih.
Makan Madu dan Kurma setiap pagi setiap hari   
2)

Ambil Kunyit hidup  ( i inci) blend dengan madu  + dan cuuka .
Kemudian tapis dan minum airnya.
Amalkan di waktu pagi dan malam sebelum tidur
Lakukan selama 3 hari berturut turut.

* seperti yang kita sedia maklum, kunyit merupakan agen penyembuh luka. Oleh itu kunyit yang kita minum bertindak sebagai antiseptik dan sekaligus menyembuhkan luka perut ( gastrik). - http://wantie-edu4u.blogspot.com

Buat pertama kali dalam sejarah hidup saya mengalami gastrik yang teruk, hampir seminggu lebih saya mengalaminya, setelah mencuba berbagai cara dan 2 kali berjumpa dengan doktor dan scan badan, doktor hanya dapat mengesahkan ada angin gastrik, tapi lambat laun saya merasakan terdapat luka dalam perut dan ada sedikit nanah keluar dari pusat, saya cuba makan minyak kelapa dara dan gel gamat agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan selain mengambil ubat doktor, alhamdulillah semakin pulih, cuma luka di dalam ini perlu dibersihkan. 


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas