Tips Sihat dan Cantik Semulajadi




Adakah kita perihatin tentang kesihatan tubuh badan kita? Tak guna kalau selalu pergi buat facial, pakai mask, beli kosmetik ribuan ringgi kalau kecantikan dalaman diabaikan sama sekali. Kecantikan dalaman datangnya dari amalan pemakanan yang sihat seperti sayuran dan buahan. Rajin-rajinkan lah diri pergi ke pasar dan beli stok sayuran dan buahan. Kalau beli di supermarket atau kedai biasa memanglah mahal dan layu belaka. 


Pakar pemakanan British pada April lepas menyatakan tujuh hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kunci kepada kesihatan, bukan lima hidangan seperti yang digariskan dalam garis panduan pemakanan.

Namun terdapat kenyataan baru dalam arena pemakanan sihat yang menyatakan cadangan lima hidangan yang terkenal itu, yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), adalah memadai.

Penyelidik di China dan Amerika meneliti 16 terbitan kajian mengenai diet dan kesihatan yang melibatkan lebih 830,000 orang peserta, yang dipantau untuk tempoh antara empat setengah hingga 26 tahun.

Saintis mendapati bahawa setiap tambahan hidangan harian buah-buah dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kematian awal berpunca daripada pelbagai punca sebanyak 5%.

Menurut penyelidik lagi, di sepanjang tempoh kajian, seramai 56,000 orang peserta meninggal dunia. Bagi kematian yang berpunca daripada serangan jantung atau strok, setiap hidangan tambahan mengekang risiko sebanyak 4%.

Mengikut tinjauan, yang diterbitkan di dalam jurnal online British Medical Journal (MBJ), tiada bukti yang menunjukkan penurunan kadar risiko bagi jumlah hidangan yang melebihi lima.

“Kami menemui takat sekitar lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari, lebih daripada itu tidak menurunkan lagi kadar risiko kematian,” kata penyelidik daripada Harvard School of Public Health, Boston, yang diketuai oleh Frank Hu.

Kajian juga mendapati hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi tidak diterjemahkan kepada pengurangan yang ketara dalam risiko kematian berpunca daripada kanser.

Menurut jurnal tersebut lagi, selain daripada menasihati pesakit tentang makan cara sihat, doktor perlu berusaha keras untuk menyampaikan mesej tentang risiko obesiti, gaya hidup kurang aktif, merokok dan minum minuman keras berlebihan.

Dalam bulan April, penyelidik di University College London mendapati bahawa pengambilan tujuh hidangan harian atau lebih boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 25% dan penyakit jantung sebanyak 31% berbanding mereka yang mengambil kurang daripada satu hidangan sehari.

Kajian tersebut berdasarkan tabiat makan kira-kira 65,000 orang di England di antara tahun 2001 hingga 2008.

Penyelidik London mengakui yang mereka terkejut dengan penemuan mereka dan mengingatkan yang hasil kajian tersebut mungkin tidak terpakai di negara lain.

Garis panduan WHO adalah berdasarkan lima hidangan 80g setara dengan setiap hidangan bersamaan dengan sebiji epal bersaiz sederhana, semangkuk salad campur, atau tiga sudu penuh sayur mentah, dimasak, tin atau beku. – AFP

Selamat mencuba
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?
Tak ada Masa Nak Ke Salon?
Nak Cantik Dengan Pantas Guna Mesin-Mesin Salon
Jom tengok apa yang ada?.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...