Tanda Awal Kanser Payudara Bengkak Tapi Tak Sakit





Penyakit kanser payudara ini tidak mempunyai simptom yang ketara kecuali bengkak, namun tidak sakit.
Kawasan yang mempunyai masalah ketumbuhan itu secara dasarnya tidak akan dapat diketahui sehinggalah individu itu sendiri membuat saringan kesihatan. Seseorang itu hanya akan rasa bengkak di kawasan payudara tetapi tidak sakit. Disebabkan itu, ramai wanita yang tidak mengambil peduli dengan perubahan yang berlaku, sehinggalah benjolan tersebut bertukar kepada tahap yang kronik. Apabila sudah terlalu sakit, barulah mereka berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan, namun pada masa itu, ia sudah terlambat, mungkin cara rawatannya juga akan lebih susah.

Namun, terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kanser ini antaranya faktor usia, biasanya wanita yang berusia 40 tahun ke atas, mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengidap kanser payudara, mereka yang mempunyai kanser pada satu payudara (risiko sebelah lagi akan terkena), datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas 50 tahun), tidak pernah melahirkan anak dan melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun. Menurut statistik pada 2002 dan 2003, sebanyak 31 peratus wanita diserang kanser ini berbanding penyakit lain. Dianggarkan sekurang-kurangnya 1 /19 peratus seseorang wanita itu akan mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Manakala hampir separuh daripada wanita yang di diagnosis menghidap kanser payudara mendapat berita mengenai hal ini pada usia kurang daripada 50 tahun. Penyakit ini boleh dielakkan sekiranya wanita itu memainkan peranannya dengan baik setiap bulan. Melalui pemeriksaan sendiri, kita dapat mengawal penyakit tersebut dari awal sebelum ianya merebak ke tempat lain. - sumber kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...