7 Sebab Mengapa Suami Curang




1. Peluang ada di mana-mana
Si lelaki tahu bahawa girlfriend/ isteri mereka tiada di sisi dan mereka tidak punya sixth sense untuk mengetahui apa yang sedang anda lakukan di belakang mereka. Ini membuka peluang untuk mereka berfoya-foya dengan perempuan lain. Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingat, ketika si lelaki leka mencuri peluang, di pihak perempuan pula sibuk memasang ‘mata-mata’. Jangan sampai kantoi!

2. Test Market
Setia dengan perhubungan jangkamasa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata orang di luar sana? Jadi mereka cenderung untuk flirt dengan perempuan sepejabat atau bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara, hanya untuk cuba-cuba, tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.

3. Pernah Ditipu
It’s the rule of thumb: Si lelaki pernah ditipu dalam perhubungan, dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu. Si perempuan kantoi berkayu tiga dengan jantan lain, dan di pihak lelaki, secara semulajadi kelakiannya, akan membalas apa yang teman wanita/isteri dia lakukan. Bunyinya agak janggal dan ekstrim, tapi itulah hukum karma.

4. Perempuan Kuat Membebel Dan Merungut

Lelaki sejujurnya tidak menyukai teman wanita atau isteri yang kerap membebel setiap masa. Cukuplah dengan leteran ibu semasa kanak-kanak dan tengkingan bos di pejabat. Pasangan seharusnya melafazkan kata-kata yang menyejukkan hati dan bukannya menaruk minyak . Atau lebih bijak lagi, beriam diri. Lelaki tidak suka apabila diajukan bermacam-macam soalan lebih-lebih lagi apabila si lelaki dilanda masalah kerjaya atau mengharungi hari yang memenatkan. Bila telinga sudah tak tahan, keluar rumah bukanlah sesuatu perbuatan yang sukar bagi lelaki.

5. Kurang Romantisme Dalam Perhubungan
Seperti kaum perempuan, si lelaki juga suka akan surprise dan momen-momen romantis, tetapi tidaklah sekerap perempuan. Cukuplah sekadar perkara yang membuatkan mereka dihargai. Hubungan seks yang berkualiti juga dapat menjamin kesejahteraan rumah tangga. Keinginan dan kualiti hubungan seks isteri yang semakin berkurangan selepas beberapa tahun berkahwin menjadi punca lelaki jemu dan ‘merajuk’.

6. Sudah Tiada Cinta Lagi
Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Si lelaki mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda. Mungkin mereka belum tidak punya sebab kukuh untuk putus, atau masih perlukan ‘love-with-benefit’ daripada anda (wang, pengaruh, atau pelajaran). Ya, lelaki kadangkala seteruk itu…

7. Salah Lelaki Itu Sendiri
Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya zina. Apa pun masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, hendaklah ditangani dengan waras akal dan berhemah. Si lelaki, sebagai pemimpin, haruslah berusaha mengekalkan mahligai yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah. - http://zoncinta.com/

Kalau dah bersuami, tu tengok-tengok kan lah suami kita sebelum terlambat. Ia macam kanser juga, kalau awal-awal senang lagi nak tegah, kalau dah merebak ke seluruh jiwa sampai dia boleh bawa keluar perempuan tu bawa jumpa parents, janji berkahwin dah parah dah ni. Kita sebagai isteri sudah dan buat apa-apa kalau dah berkahwin sebab status itu sudah menjadi sah di sisi Islam. Ibarat kita menghina agama sendiri kalau kita membantah dan tidak setuju dengan keputusan suami. 


Nak tarik perhatian suami?
Montokkan Payudara dengan Pantas dan Selamat


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...