Tips Meniaga: Syarikat Keluarga


Dari ABS: Syarikat Keluarga

Membuka bisnes dengan mengambil rakan-kongsi dan pekerja dalam jawatan utama daripada kalangan keluarga rapat mempunyai banyak kelebihannya. 

Namun mudharatnya adalah lebih banyak.

Antara kelemahan mengambil rakan-kongsi dan pekerja utama daripada kalangan ahli keluarga adalah isu BAKAT:

+ Bisnes memerlukan banyak bakat. Bekalan bakat-bakat pengurusan terhad kepada apa yang dimiliki oleh anggota keluarga. 

+ Sukar mendapatkan bekalan bakat-bakat yang betul-betul bagus dari kalangan keluarga sendiri. Kalau ada, ada-lah. Kalau tidak, tidak-lah.

+ Bakat di luar yang bagus-bagus tidak berminat bekerja lama dengan majikan berkeluarga. Di mata mereka, bekerja dengan majikan berkeluarga 'tidak cukup seksi'. 

+ Isu yang sangat tidak gemari oleh pekerja berbakat adalah mereka terpaksa ambil kira isu-isu politik dalaman keluarga majikan.

+ Bakat-bakat yang bagus mempunyai prasangka disebabkan mereka bukan anggota keluarga, maka seandainya mereka berbakat dan bekerja kuat untuk kebaikan syarikat sekalipun, mereka takkan dapat naik tinggi dalam syarikat itu semata-mata kerana mereka bukan ahli keluarga.

+ Majikan berkeluarga dijadikan batu loncatan sahaja, sementara belum mendapat pekerjaan di tempat lain.
Puan Ainon Mohd


Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...