1. Belajar universiti 5 tahun. Untukkan masa 4 jam seminggu. Setahun 200 jam. 5 tahun genap 1000 jam. Belajar perkara luar bidang pengajian. Belajar mengikut apa yang diminati. Andai pilih memasak, biar sampai dapat masuk master chef. Andai mahu buat duit belajar dunia pelaburan atau dunia online. Fokus satu bidang. Belajar sampai pandai dan terbilang tahu dalam bidang itu.
2. Belajar ilmu memimpin. Belajar berkawan. 5 tahun biar ada 1000 data kawan yang kita jangka bakal menyerlah. Kepimpinan bermula dengan inisiatif. Dalam dunia yang saling berhubungan ini, tiada apa yang berlaku sehingga kita kenalkan diri. Usah bersembunyi dibalik tabir. Tiada siapa peduli orang belakang tabir.
Dunia tidak menghadiahkan perkara berharga kepada mereka yang sekadar ikut "arahan semalam". Belajar lakar peta baru (new map) yang belum wujud dalam dunia semalam.Berdiri dengan "posture of power".
3. Belajar turun ke medan. Mahu jadi usahawan tubuh syarikat. Buka akaun. Lengkapkan diri dengan data. Mahirkan diri terjemah data jadi maklumat. Dari maklumat aplikasikan kemahiran memimpin untuk jadi kemajuan masa depan.
Belajar apabila Guru bentang data semalam. Belajar untuk lulus dengan cemerlang. Hidup dalam dunia hafalan mereka - "rote memorization".
Dalam kehidupan sebenar yang berguna adalah 3 pesan papa diatas. - Dato Roslan
Rasa teruja bila baca pesanan seorang papa kepada anak-anak perempuannya. Kalau ada pesanan sebegini, tidak mustahil anak-anaknya akan jadi jutawan muda. Ramai mak bapak kita, pesan suruh belajar rajin-rajin kemudian masuk keja gomen, petronas atau mana-mana syarikat glc. Tak abis-abis dengan kerajaan. Bila belajar pula cari bantuan kerajaan, bila dah grad, cari peluang kerajaan. Aku pun dulu hampir terjebak dengan kerja gomen atau minta bantuan dari gomen untuk sambung belajar dan kerja gomen.
Memang tak salah, tapi itu bukanlah jalan yang terbaik untuk menjadi seorang yang kaya, dan berjaya. Supaya aku tak dengar nasihat dari ibubapa aku belajar hidup luar dari keluarga dengan berdikari. Tak ada siapa yang menasihati teknik2 nak berniaga, semuannya belajar sendiri-sendiri. Trial and error. Kalau ada mentor memang pantas, tapi dulu aku tak pernah tahu dalam bisnes kita perlukan banyak ilmu dan kemahiran, dan tak tahu ilmu perniagaan perlukan role model dan mentor. Apa yang aku tahu, semuannya nak cepat, jadi memanglah aku banyak terjebak dan hampir terjebak dengan skim cepat kaya. Akhirnya baru aku sedar, perniagaan perlukan masa 7 tahun untuk matang dan berjaya. Hai...bersabar ajalah menanti...
Tak mengapalah, aku tak menyesal apa pun dengan masa yang lampau. Moga Allah panjangkan umurku sehingga 90 tahun insyallah selama umur itu aku mampu merasai menjadi seorang jutawan dan menambah nilai yang banyak kepada manusia sejagat. Amin
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah
No comments:
Post a Comment