Tuesday, July 1, 2014

Tips Ibadah Bulan Ramadhan agar kekal konsisten dan bertenaga

Tiada visi, kurang ilmu menyebabkan kelompongan diisi dengan sikap malas 

Sering kali semangat Ramadan kita tidak konsisten. Permulaannya gagah berjuang, pertengahannya mulai goyah dan pengakhirannya terus rebah. Tentu ada silapnya di mana-mana. Maka, sudahkah dinilai punca kesilapan itu? Apakah masalah ini berpunca daripada faktor luaran atau membabitkan sikap sendiri? Andainya disebabkan faktor luaran, carilah alternatif menyelesaikannya. Jika masalah sikap, berbincanglah dengan diri sendiri. Apakah masih berkobar-kobar memburu ‘pandangan’ Allah SWT? 
Semua ini hakikatnya bertitik tolak daripada soal ilmu. Dengan ilmu kita akan menyantuni Ramadan selayaknya. Setiap detik diisi dan dimanfaatkan dengan pesta ibadah yang tidak henti-henti. Malah, kesempatan Ramadan menjadi peluang umat Islam melipatgandakan pekerjaan dan usaha kerana semuanya itu akan dinilai sebagai ibadah.

Tujuan Ramadan

Apakah tujuan kita yang sebenarnya dalam bulan Ramadan yang mulia. Ada beranggapan tujuan Ramadan mudah sahaja, menahan diri daripada makan dan minum. Walaupun tidak dinyatakan secara lisan, namun perbuatan mereka mengiyakan tujuan ini. 

Mereka hanya berusaha berpuasa, tetapi ibadah wajib lain ditinggalkan. Pada hal itu bukan tujuan kita berpuasa. Allah SWT tidak mensyariatkan tujuannya atas asbab itu. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183) 
Takwa itu tujuan, manakala puasa adalah jalan untuk mencapai tujuan. Melalui takwa akan lahir perasaan takut dan menurut perintah Allah SWT yang diamanahkan serta menjauhi apa dilarang. Sebab itu awal-awal kita dimaklumkan tujuan Ramadan ini untuk mencapai takwa. 

Hasilnya, fikiran kita sudah jelas dengan apa yang kita mahukan sebelum melangkah ke bulan Ramadan. Kata orang, semuanya bermula dengan apa yang ada dalam fikiran.

Berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) itu, Allah SWT menilai setiap detik kehidupan umat Islam sepanjang Ramadan. Apakah kita berpuasa kerana terpaksa? Apakah kita menghidupkan malam dengan ibadah atau melakukan aktiviti tidak berfaedah? 

Atau apakah kita hanya menjadi hamba Ramadani dan bukannya hamba Rabbani? Semuanya ini akan dinilai dengan setulusnya.

Miliki takwa

Beruntunglah mereka yang mengetahui tujuan berpuasa adalah untuk memiliki takwa kerana dengan nilai takwa itu kita dianggap berjaya di sisi Allah SWT. Bukan sekadar itu, ada ganjaran yang lebih besar menantinya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh rasa ketakwaan kepada Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq ‘alaih)

Kesedaran tujuan ibadah puasa akan membuatkan umat Islam lebih bersedia dan bersemangat beribadah dengan konsisten. Tanpa tujuan, visi dan misi berpuasa di bulan Ramadan menjadi kabur dan tersasar. 

Maka, kelesuan, bosan, kemalasan dan segala elemen negatif akan mengambil tempat mengisi kelompangan yang dikosongkan. Jika demikian halnya, jangan salahkan orang lain andainya kita gagal mencapai impian dan menjadi orang yang menyesal di penghujung Syawal nanti.

Manfaat setiap detik dengan ibadah

Semua ini hakikatnya bertitik tolak daripada soal ilmu. Dengan ilmu kita akan menyantuni Ramadan selayaknya. Setiap detik diisi dan dimanfaatkan dengan pesta ibadah yang tidak henti-henti. Malah, kesempatan Ramadan menjadi peluang umat Islam melipatgandakan pekerjaan dan usaha kerana semuanya itu akan dinilai sebagai ibadah.

Maka tiada lagi alasan Ramadan itu bulan berehat dan bermalas tetapi sebagai bulan pencetus kepada perubahan serta peningkatan produktiviti diri. Oleh itu, berpuasa tanpa tujuan ibarat sampan tanpa dayung, hanya terkial-kial tidak mampu ke mana-mana. 

Maka, berpautlah matlamat yang disediakan oleh Allah SWT ini betul-betul supaya kita tidak goyah dan terus rebah sebelum menjelang penghujung Ramadan. Semoga dengan ilmu, Ramadan kali ini lebih bersemangat dan penuh bermakna. Insya-Allah.

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas