Gambar Ziana Zain Bertudung


nama penuhnya Siti Roziana Zain, tenang bercerita mengenai hijrahnya pada Ramadan ini adalah sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya. Bagi dirinya, ia adalah berkat dan doa dari insan yang menyayanginya selama ini  telah dimakbulkan Allah SWT.

“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa  daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

“Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah,”tutur Ziana yang tidak lekang memanjatkan syukur kerana diberikan peluang yang begitu berharga di bulan mulia ini.

Ditanya tentang karier seninya, Ziana masih aktif seperti biasa cuma penampilannya kini akan cuba dijaga sebaiknya. Tambahan pula sokongan daripada keluarga terutama anak-anak akan mempermudahkan hari-hari yang bakal dilaluinya nanti berserta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.  - murai

Semoga Kak Ziana sentiasa istiqomah dalam mentaati segala perintah Allah. 
Bulan Ramadan ini membawa segala keberkatan pada mereka yang benar-benar menghayati dan ingin mendekat pada NYA

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...