Tip menjadi isteri pujaan suami

Tip menjadi isteri pujaan suami
------------------------------------------------------------------------

1# Pandai memikat selera suami.
Seorang isteri mesti tahu makanan kegemaran suaminya dan WAJIB tahu memasaknya. Tak perlu hebat macam chef. Tahu memasak yang asas sudah mencukupi, yang penting pandai memasak makanan kegemarannya.
Menu mungkin sama tapi cara menyediakannya boleh memberi rasa yang berbeza. Kalau suami sering memuji gulai asam tempoyak ibunya paling sedap didunia, pergilah berguru dengan ibunya tu. Tak rugi. Lagipun seorang suami sangat suka kalau isteri belajar memasak makanan kegemarannya dengan ibunya sendiri.
Sentiasa menyediakannya tanpa perlu diminta. Contoh jika suami suka makan kari kepala ikan, rajin-rajinlah memasaknya. Contohnya suami suka makan budu, maka pastikan bekalan budu tak pernah putus..
------------------------------------------------------------------------------
2# Pandai memikat hati suami.
Menghormati keluarga suami. Walaupun keluarganya miskin, jangan lah berlaku angkuh sombong. Paling penting untuk menghormati ibu & bapanya.
Menjaga percakapan dan tingkah laku.
Jauhi sikap cemburu dan mengongkong yang melampau. Cemburu itu tandanya sayang tetapi jika keterlaluan boleh membawa padah.
Mengambil tahu tentang minat suami. Contoh jika suami minat memancing, tak salah jika isteri tahu sedikit sebanyak tentang memancing. Jika suami minat bola, sekali sekali temankan suami menonton bola sepak samaada di rumah atau di stadium..
---------------------------------------------------------------------
3# Pandai memikat mata & hidung suami
Mana-mana suami pun akan tawar hati jika melihat isteri yang comot, kusut masai dan berbau masam. Seorang isteri wajib menjaga penampilan yang menarik untuk suaminya. Pastikan sentiasa bersih, kemas dan tidak berbau busuk. Jika isteri ada masalah bau badan, boleh atasi dengan pengambilan Shaklee Alfalfa dan Garlic.
Menjaga kebersihan rumah. Walaupun ada lelaki yang tidak kisah tentang kebersihan tetapi jika diberi pilihan mereka tetap akan pilih yang lebih bersih.
Pastikan anak-anak sentiasa dalam keadaan terurus, bersih dan tidak berbau busuk.

-------------------------------------------------------------------
4# Pandai memikat nafsu suami
Aktiviti bilik tidur adalah kunci utama kebahagiaan rumah tangga. Hubungan yang sentiasa hangat akan mengeratkan kasih sayang suami isteri.
Untuk meningkatkan kenikmatan ketika bersama suami isteri boleh mengamalkan Set Vitamin Cinta iaitu Shaklee Alfalfa dan Vitamin E. Suplemen ini membantu meningkatkan kemahuan dan kualiti untuk bersama.
Isteri mesti bijak menjaga kesihatan luaran dan dalaman tubuh. Atasi masalah-masalah yang dihadapi dengan segera. Dapatkan nasihat doktor atau amalkan pengambilan suplemen untuk kekal mantap.
Nasihat untuk para isteri yang tidak pandai atau tidak ambil peduli tentang kebajikan suami, jangan salahkan suami jika dia mula menjeling wanita lain. Berusahalah untuk sentiasa menjadi yang terbaik mudah-mudahan bila dekat sayang-sayang, bila berjauhan rindu-rinduan dan setia..

Selamat mencuba!

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas



Bahan bahan:
Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
2 Sudu besar Ita BBQ Black Pepper Sauce

Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis
Lada hitam - tumbuk kasar
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Cabutan Bertuah
Like Page dapatkan Sos Percuma 

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah



Kita berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.” - anizyn.

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah



Tips Berniaga Online

Tetapkan Matlamat Perniagaan Online Anda dalam satu medium/page. 

Proses menetapkan matlamat dan objektif dan seterusnya merangka strategi untuk mencapainya adalah amat penting apabila memulakan perniagaan internet. Inilah yang dinamakan Pelan Perniagaan. Untuk menetapkan matlamat yang spesifik bagi perniagaan baru anda, tanya diri anda soalan berikut:

Mengapakah anda mahu memulakan sebuah perniagaan internet?
Apakah produk atau perkhidmatan yang boleh anda tawarkan kepada pengguna internet?
ATAU
Adakah anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang dicari-cari di internet?

Untuk menjimatkan masa kajian anda, berikut saya senaraikan Top 15 kategori produk dan perkhidmatan di internet.
1. Pakaian/Fesyen.
2. Permainan Video.
3. Elektronik .
4. Perkakasan dan perisian komputer .
5. VCD dan DVD.
6. Buku.
7. Kad ucapan.
8. Perkakasan/perhiasan rumah.
9. Barang kemas atau aksesori wanita.
10. Kesihatan.
11. Pelancongan.
12. Kenderaan.
13. Hartanah.
14. Trading.
15. Muzik.

Semasa mengenalpasti keperluan, melaksanakan kajian pasaran adalah wajib. Anda perlu ketahui faktor 3P ini supaya dapat menyesuaikan diri ke dalam bidang e-perniagaan yang sedang hangat! Lebih banyak maklumat yang anda peroleh daripadanya, lebih cerah peluang kejayaan anda.

* Persaingan: Biasakan diri anda dengan beberapa perniagaan internet lain yang sama dengan apa yang akan anda laksanakan (jika ada). Jika boleh, elakkan persamaan atau peniruan yang ketara. Orang ramai bosan asyik melihat benda yang sama berulang kali. Kaji kelebihan dan kelemahannya dan ambil peluang dari itu.

* Pelanggan: Kaji pelbagai jenis pelanggan yang melakukan perniagaan online dan potensi pelanggan yang mungkin melawat laman web anda. Nilaikan keperluan dan apa yang mereka harapkan. Jangan lupa bahawa anda juga merupakan seorang pelanggan!

* Persekitaran: Kenali budaya internet. Ini termasuklah bahasa dan gaya komunikasi secara online. Jika anda kurang mahir, langgan beberapa e-zine (majalah/buletin elektronik) dan newsletter untuk bacaan anda.

Yang penting, pertama sekali, tulis semua idea anda di atas sekeping kertas (atau buku catatan supaya tidak hilang) sebelum idea itu hilang! Tanyalah diri anda, “Apa yang orang cari di internet?” Ambil masa anda kerana ianya bukan kerja semalaman (jangan terkejut kerana ia mungkin memakan masa berhari-hari). Ambil masa anda dan dengan membuat kajian pasaran yang teliti adalah lebih baik dari terus mengambil peluang dari pandang pertama.

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Resepi Ketam Masak Lada Hitam


1 kg ketam (bersihkan dan buang bhgn yg tidak diperlukan) 4 ulas bwg merah (tumbuk kasar) 2 ulas bwg putih (tumbuk kasar) 1 btg serai (ketuk) 10 biji cili kering (kisar) 1 cm halia (tumbuk kasar) 1 biji bwg besar (mayang) 6 biji cili hijau, 2 sudu Ita black pepper sauce


Tumis cili kisar hingga naik bau. Masuk bhn tumbuk, serai & halia - gaul Masukkan ketam & gaul rata (tutup kuali dan biarkan 5 min). Masukkan kicap masin &kicap manis, sos dan gaul (tutup kuali dan biar 10 min @ sehingga kuahnya agak pekat) . Akhir sekali masukkan bwg besar dan cili hijau. Hidangkan semasa masih panas bersama nasi putih. *Masakan ini adalah kegemaran famili saya....cubalah.

Tipu Pembeli Rumah Lelong

Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan iklan menjual rumah yang ditampal di pokok, tiang lampu atau dinding kedai, ejen hartanah haram dikesan mengaut keuntungan mudah memperdayakan pembeli terutama mereka yang terdesak mahu memiliki kediaman.

Modus operandi penipuannya pelbagai, namun persamaannya mereka cuba memujuk pembeli membayar sejumlah wang sebagai komisen atau pendahuluan secara halus dengan mendakwa rumah yang bakal dibeli sedang ‘panas’ di pasaran kerana ramai yang berebut mahu mendapatkannya.


Selepas mendapat wang biasanya secara tunai atau cek atas nama individu, ejen haram itu menghilangkan diri dan muncul semula menjual rumah dengan nombor telefon baru.

Sasaran mereka biasanya pembeli yang berpendapatan sederhana dan mahu memiliki rumah berharga sekitar RM400,000 ke bawah.


Mendedahkan perkara itu, Pendaftar Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) R Mahaletchumi berkata, kes penipuan ejen haram semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini, malah pihaknya ada mengesan kad perakuan yang dikeluarkan LPPEH untuk ejen berdaftar turut dipalsukan.


“Kes itu dikesan di Pulau Pinang apabila ada pihak cuba meniru tandatangan saya pada kad perakuan ejen hartanah palsu.

“Saya boleh katakan penipuan membabitkan ejen tidak berdaftar agak membimbangkan kerana pihak kami menerima 20 aduan sebulan daripada pembeli yang ditipu,” katanya, semalam. Beliau berkata, ejen hartanah yang berdaftar dengan LPPEH perlu mengikut garis panduan tertentu ketika berurusan dengan pembeli termasuk semasa mengiklankan sesebuah hartanah seperti mempamerkan nama syarikat, logo LPPEH, nombor pendaftaran selain nama dan telefon.


“Ejen tidak berdaftar memang mempunyai niat menipu pembeli. Sebab itu mereka iklankan di merata tempat termasuk di pokok, atau dinding kedai dengan hanya meletakkan nombor telefon menyatakan rumah dijual, dilelong bank atau memerlukan pembeli segera,” katanya.

Mahaletchumi berkata, rekodnya mendapati ada pembeli ditipu sehingga kerugian RM300,000 dan membuat aduan kepada LPPEH untuk tindakan.


“Selepas mendapat aduan, pegawai penyiasat akan kumpul maklumat dan dirujuk kepada polis, namun kebelakangan ini kes yang kami terima menunjukkan trend membimbangkan,” katanya.


Bagi mengatasi masalah itu, pihaknya memperkenalkan kad perakuan kepada ejen dan perunding yang perlu dipakai ketika berurusan dengan pembeli sebagai bukti mereka berdaftar dengan LPPEH.


Katanya, ketika ini, terdapat lebih 2,000 ejen selain 20,000 perunding berdaftar dengan LPPEH.

Harap maklum!

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Kanak-Kanak Darjah Lima Berjaya Menyelamatkan Adik dan Sepupu dari Penculik

Ampang: Tindakan berani seorang pelajar tahun lima menarik tangan adik perempuan dan sepupu lelakinya berjaya mematahkan cubaan culik menggunakan sebuah van putih di depan rumah didiami di Kampung Melayu Ampang Tambahan di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan sepupu lelakinya berusia sembilan tahun cuba dilarikan sekumpulan tiga penjenayah ketika mangsa sedang bermain badminton di kawasan berkenaan. Bagaimanapun abang kepada kanak-kanak perempuan itu yang berusia 11 tahun bertindak nekad menarik tangan kedua-dua mangsa sebelum suspek kelam-kabut melarikan diri.

Bapa salah seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal, 28, berkata, dia tersentak sejurus menerima panggilan telefon dari isterinya yang memaklumkan kejadian cubaan culik itu.“Setibanya di rumah, anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan anak saudara perempuan kami nyaris diculik tiga lelaki yang dilihat menaiki sebuah van. - metro

Semoga kita lebih berhati-hati sekarang, ramai sangat penculik kanak-kanak. Harap pihak polis lebih banyak buat pemantauan.

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Tip Cara Mengawal Kemarahan

Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap panas baran yang ada dalam diri saya?

Ketika saya berdepan dengan sesuatu hal, saya mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya saya tewas juga.

Kesabaran saya hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun saya ada juga beristigfar.

Sesungguhnya kemarahan akan  mengumpulkan segala keburukan.

Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat – urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji.

Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh.

Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.

Emosi Marah

Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan.

Saya ingin mencadangkan supaya kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.

Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah.

Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang – kadang membuatkan emosi tidak menentu.

Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong

Tiga langkah bertenang yang pertama adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini.

Mengapa?

Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.

Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air

Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.

Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.

Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa

Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa.

Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.

Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana

Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”

Pernah dengar teknik ni?

Jika belum, saya menjemput anda membacanya di ARTIKEL INI.

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional.

Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.

Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

***

Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.

La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

.

Sumber Rujukan:

Kompilasi Jiwa Muslim, Dr Tuah Iskandar
Give & Take, Nurulain Ahmad


Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita


Resepi Lamb Chop

Bahan - Bahan:
4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano 
Sedikit olive oil
2 sudu BBQ Black Pepper Sauce ITA


Cara-cara
Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
Bakar daging sehingga masak. Gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
kemudian bolehlah di grill.Pastikan grill pan dah benar2 panas (Sampai berasap2 yeaa) barulah diletak kepingan daging kambing.



Selamat Mencuba!
Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita







Tip Jaga Hati Suami

Maaflah kalau ayat saya kali ini agak berterus terang. Sejak lama dulu, kita biasa dengar apa yang sering disebut orang terutama pesanan daripada seseorang yang lebih tua kepada seorang wanita yang baru menempuh alam baru hidup berumah tangga, untuk pikat suami adalah dengan menjaga perut, dan yang di bawah perutnya!

Maksudnya, isteri perlu jaga baik-baik hal makan minum suami, dan juga memberi layanan yang terbaik kepadanya di tempat tidur.

Kalau isteri terbaik dalam dua perkara itu, dikatakan bahagialah rumah tangga. Suami yang kenyang makan di rumah takkan makan di luar - satu ayat yang mempunyai dua makna!

Tengah hari minggu lalu, saya duduk bersembang dengan tiga rakan, dua wanita yang kedua-duanya penerbit rancangan televisyen dan seorang lelaki, pensyarah universiti di sebuah restoran mamak di Kuala Lumpur.

Kami ditanya apakah benar lelaki zaman sekarang masih mengutamakan isteri yang pandai memasak?

Berbalik pada topik yang saya dan rakan-rakan bualkan, kita cuma mahu bandingkan apakah lelaki pada zaman ini masih demand pada isteri yang pandai masak, pandai jaga perut suami.

Sebabnya, wanita sudah jauh berubah. Jika dahulu bolehlah wanita dituntut pandai memasak untuk ikat hati suami sebab mereka zaman itu rata-rata tidak bekerja, tetapi wanita sekarang dalam bab ekonomi atau cari rezeki, sudah sama naik dengan lelaki.

Justeru, masihkah wajar dalam keadaan berpenat lelah pulang kerja, kena senteng lengan masuk dapur, masak sedap-sedap sedang suami hanya menunggu sambil berlingkar depan TV macam ular sawa tua?

Ya, saya tahu itu semua jadi pahala yang akan bawa si isteri ke  syurga tetapi ALLAH Maha Kaya, tak akan berkurang pahala isteri malah suami sendiri juga akan dapat pahala jika dapat bertolak ansur dan tidak terlalu meminta-minta. Kalau mahu layanan lebih, jangan suruh isteri bekerja, biar dia jadi suri rumah sepenuh masa.

Apa pun, dari lubuk hati sendiri, saya bersetuju dengan pengakuan rakan saya si pensyarah bahawa lelaki sekarang sudah tidak terlalu  kisah sama ada isteri pandai memasak atau tidak. Tetapi janganlah sampai tak tahu langsung hingga emak mertua bertandang pun dihidang mi segera. Itu cari penyakit namanya!

Mungkin juga ini petanda bahawa suami zaman ini sudah dapat menyerap perubahan untuk lebih memahami situasi isteri masing-masing yang tidak alah sibuknya berbanding diri mereka sendiri. Atau mungkin juga lelaki zaman ini sudah berjaya dipengaruhi oleh para isteri untuk juga jadi seperti mereka - jaga perut tetapi bukan jaga dalam erti kata makan dengan banyak dan sedap sebaliknya jaga dengan cara berlapar. Maklumlah zaman ini, sedap dipandang lebih diutamakan berbanding sedap makan!

Apa pun, terpulanglah. Yang penting suami isteri kenalah hidup sejujurnya antara satu sama lain. Kalau suami makan di rumah sekadar untuk ambil hati isteri sedangkan dia sudah makan di luar, pun tidak baik juga walaupun niat dan tujuannya baik.

Seperti kata seorang kawan saya yang nakal: "Aku balik ke rumah walau macam mana kenyang pun, tetap makan juga seolah-olah aku tak makan lagi, makan macam orang lapar. Inilah cara untuk jaga hati isteri supaya dia tidak syak apa-apa ..."

Ya, ayat ini seharusnya dibaca dengan dua makna macam ayat yang di atas juga. Agaknya spesies macam inilah, yang perut tidak berjaga. Selain kandung lemak yang banyak, juga kandung dosa yang banyak!

Bagaimana Keluarkan Diri dari Hutang




Bagaimana keluarkan diri dari hutang

Bad Debt
Credit card debt, car loan - consumer debt

Good Debt
Rental property, debt put money in our pocket.

Langkah
Berlaku jujur pada diri anda, ukur hutang anda dengan cara mencatit segalanya.
Keluarkan RM100 extra untuk membayar segala hutang-hutang anda
Bila dah abis hutang, cuba habiskan bayar hutang kredit kad ada setiap hujung bulan. Sekirannya kita dapat keluarkan diri dari hutang, kita boleh gunakan lebihan duit itu untuk melabur ke dalam pembangunan diri dan perniagaan

Sekian
Selamat mencuba


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah



Fibriod yang terbesar berjaya dikeluarkan


Chennai: Sepasukan doktor di sini berjaya melakukan pembedahan rumit ke atas seorang wanita untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam rahim seberat 14 kilogram dan berukuran lilit 53 sentimeter, yang terbesar dalam dunia.

Wanita berusia 52 tahun itu yang dikenali sebagai Latha, menghadapi masalah untuk bernafas dan sentiasa letih selama beberapa tahun, tetapi tidak menyedari ketumbuhan sebesar buah tembikai itu membesar dalam rahimnya. Dia hanya mendapatkan rawatan di Hospital Kumaran selepas mengalami pendarahan teruk sebulan lalu.

Doktor yang menjalankan ujian mendapati dia terlalu lesu sebelum mengesan ketumbuhan besar pada permukaan luar rahim yang menyebabkan tekanan pada tubuhnya. Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Mani Mekalai berkata, pihaknya terkejut menemui ketumbuhan sebesar itu.


Menurutnya, fibroid terbesar pernah dikeluarkan pakar perubatan sebelum ini ialah di Afrika yang seberat 10 kilogram.
“Berdasarkan saiz fibroid pada Latha, ia mungkin sudah berada di situ lebih 20 tahun lalu,” kata pakar itu. Mani juga berkata, tanda-tanda ketumbuhan biasanya berkait dengan lokasi fibroid. “Memandangkan ia tumbuh di luar rahim, pesakit tidak menyedarinya,” kata Mani. Latha menjalani pembedahan dua hari selepas dimasukkan ke hospital.Pakar bedah, Dr Shiva Kumar berkata, pasukan empat doktor mengambil masa tiga jam setengah untuk membuang fibroid berkenaan. Mereka terpaksa membuang uterus bersama-sama ketumbuhan itu bagi mengelaknya tumbuh semula. Menurut Mani, walaupun ketumbuhan dalam rahim adalah perkara biasa, tetapi fibroid yang dibuang biasanya tidak sebesar itu. - Agensi
---
Ada cara nak elakkan fibriod ni terbentuk, salah satunya pemakanan jamu-jamu terutama selepas habis period dan tiap kali lepas habis period, kena urut seluruh badan dan terutama bahagian rahim agar segala darah yang tersumbat dapat berjalan dengan lancar, kalau dah tersumbat sana sini, ini lah antara punca datangnya fibroid atau cyst.

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Malaysia Tempat Paling Teruk Untuk Berkerja

Malaysia Tempat Paling Teruk Untuk Berkerja : International Trade Union Confederation (ITUC) adalah merupakan kesatuan yang ditubuhkan untuk membawa suara dan hak kalangan pekerja yang di seluruh dunia yang bertindak bagi mempromosikan, dan serta membela hak dan kepentingan pekerja melalui kerjasama antarabangsa di antara kesatuan sekerja.
Dan terbaru International Trade Union Confederation (ITUC) telah menyenaraikan senarai negara di seluruh dunia bersama-sama dengan rating yang sepatutnya diterima bagi negara yang menawarkan tempat dan peluang bekerja kepada pekerja mereka. Di manakah kedudukan Malaysia?
  • Central African Republic ___ 5+
  • Libya ________________ 5+
  • Palestine _____________ 5+
  • Somalia ______________ 5+
  • South Sudan __________ 5+
  • Sudan _______________ 5+
  • Syria ________________ 5+
  • Ukraine ______________ 5+
  • Algeria ________________ 5
  • Bangladesh ____________ 5
  • Belarus _______________ 5
  • Cambodia _____________ 5
  • China ________________ 5
  • Colombia ______________ 5
  • Cote d’ivoire ____________ 5
  • Egypt _________________ 5
  • Fiji __________________ 5
  • Greece ________________ 5
  • Guatemala _____________ 5
  • India _________________ 5
  • Laos _________________ 5
  • Malaysia ______________ 5
  • Nigeria ________________ 5
  • Philippines _____________ 5
  • Saudi Arabia ____________ 5
  • Indonesia ______________ 4
  • Thailand _______________ 4
  • Singapore _____________ 3
  • Japan ________________ 2
Sumber : http://www.ituc-csi.org/
Negara kita Malaysia hanya diberikan rating 5 sahaja berbanding negara-negara jiran kita yang lain termausklah Thailand, Indonesia yang mendapat rating 4. Apa maksud rating 5 di kaca mata International Trade Union Confederation (ITUC).
Negara kita dianggap antara negara yang paling teruk bagi tempat untuk pekerja-pekerjanya. Yang mana tiada jaminan hak yang sebenarnya-sebenarnya kepada pekerja mereka.
Malaysia dapat rating 5
  • Rating 5
  • No guarantee of rights
  • Score: 36+
  • Countries with the rating of 5 are the worst countries in the world to work in. While the legislation may spell out certain rights workers have effectively no access to these rights and are therefore exposed to autocratic regimes and unfair labour practices.
  • Oh! Malaysiaku
Antara yang Berita Semasa perhatian realitinya di Malaysia yang mungkin menyebabkan Malaysia “dianugerahkan” rating 5 :
  1. Gaji kecil mungkin ditambah dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia terus melonjak tinggi menyebabkan kompetensi pekerja berkurangan
  2. Syarikat dilihat mengambil kesempatan atas “kelembutan & sikap tidak kisah” pekerja mereka apabila tergamak melanggar kontrak semasa tawaran bekerja dahulu. Contohnya pekerja disuruh bekerja pada hari Sabtu contohnya sepanjang hari tetapi tidak dibayar. Ataupun terpaksa membuat kerja orang lain tetapi juga tidak dibayar.
  3. Superior/boss yang masih tidak faham pekerja yang sudah bertahun-tahun bekerja dengannya tetapi masih tidak tahu skop kerja orang dibawahnya
  4. Bayar gaji lambat (pekerja biasanya yang datang lewat akan lebihkan masa untuk balik daripada bekerja. Tetapi majikan yang lebih 7hb kesatuan sekerja lemau apabila acapkali cuba membawa suara ahlinya ditekan oleh “orang atas”
  5. Bonus kalangan pekerja di Malaysia Berita Semasa perhatian ibarat menang loteri. Cukup liat untuk diberikan walaupun mereka sebenarnya berhak
  6. Kesimpulannya ya….Berita Semasa perhatikan pekerja di Malaysia adalah “overworked but underpaid
  7. Ada yang mahu tambah senarainya atau ada yang tidak bersetuju?
Jikalau mereka tidak mahu bekerja, mereka akan ditekan dan peluang mereka akan diberikan pula kepada ramai pekerja asing yang sanggup buat kerja saja, sanggup kerja 18jam sehari, 7 hari seminggu, etc, etc. Pekerja asing ini duduk dalam negeri sendiri makan pun kais pagi makan pagi. Jadi apabila mereka datang ke Malaysia, mereka sanggup buat apa sahaja. Akhirnya majikan terus mengambil kesempatan untuk mengeksplotasikan pekerjanya.
Apa komen anda sepanjang bekerja dengan majikan anda selama ini? Suarakan pendapat anda di sini….
P/S : Garis panduan dari Jabatan Buruh perlu diperbaiki dan pelaksanaannya jangan hanya indah di atas kertas sahaja. Usah guna pakai lagi garis panduan tahun 80an lagi.
PP/S : Sweden sudah dalam perancangan untuk pekerja di negara mereka hanya bekerja 6 jam sehari
PPP/S : Jepun pula sungguh-sungguh sangat cara bekerja mereka walaupun diheret ke malam bekerja


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag

Jom Terjah

Idea Hantaran Perkahwinan

Hantaran berwarna pink ini sesuai diberikan kepada lelaki dari bakal pengantin perempuan

Oh! my hantaran...kalaulah daku pandai buat deko, semestinya nak cari idea camne nak potong kos dan buat gubahan hantaran sendiri. Barang-barang nak buat hiasan tak la mahal mana pun, boleh je cari di kedai buat gubahan hantaran. Buat sendiri kan cantik. Sekarang ni nak jimat kos punya pasal bukan perempuan aja yang buat hantaran sendiri, kaum adam pun sama, siap suruh hakak, mak, mak saudara buatkan sendiri. hehehe. Pada yang tak ada saudara perempuan yang boleh tolong, ada juga yang buat sendiri . Ideanya. korang boleh la tengok sendiri.
Kalau hantar pada lelaki jangan la pulak warna tema kasi pink. hancus la....kasilah warna yang nampak kelakian. kurangkan bunga. Kita kan nak kasi hadiah, bagilah hiasan yang mereka suka, color yang diorang suka dan warna yang mereka suka. 


Ini pula hantaran yang hanya menggunakan kotak, lebih mudah digunakan hannya masukkan ke dalam kotak, nampak elegan

Hantaran ini memerlukan jahitan, dan gubahan bunga, kalau banyak masa boleh lah buat hantaran macam ni

Hantaran ni yang paling aku suka, bunga warna purple menyerlahkan hadiah hantaran

Ini pual macam sangkar, tak minat tapi ada juga orang yang guna idea ini

Ini pula hantaran untuk Mas kahwin...bestnya dapat terima duit..Wow!


Oklah pada kaum wanita, nanti kalau nak kahwin.
PENTING!!!!
Pakai corset semasa kahwin nanti, Malu tau, dah beli, tempah dress mahal-mahal tapi nampak buncit., Kot la ada makcik2 yang mengata you all...sedih kan....
Jadi cuba pakai corset pilih Islalisa Corset, Klik islalisacorset.com


Resepi Ayam Masak Madu



Bahan-bahan ( 2-4 )

1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar
cili kering
madu
2 Sudu sos Ita black pepper honey

gula merah
sos/tomato puree
air

Cara-cara

Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Selamat Mencuba

 
Cabutan Bertuah Klik Like FB Sos Ita, Anda Berpeluang mendapat satu beg sos ita yang  lazat

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...