Tuesday, April 29, 2014

Jangan Putus Asa


kalau terasa lemah dalam perjuangan, ingatlah kisah perjuangan Rasulullah S.A.W. Baginda dihina, diherdik, malah ingin dibunuh, tetap tabah dan kuat dalam langkah ini. Baginda lagi hebat diduga, lagi dasyat diuji. Nak dibandingkan dengan kita takkan pernah terbanding. Masa awal perjuangan adalah yang paling sukar. Ramai orang mengalah dan berputus asa. 

Kalau terasa putus asa dalam langkah, ingatlah kisah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah. Ingatlah kisah tauladan dari mujahadah-mujahadah Islam. Jangan mudah futur, jangan! Sekali tersadung, bangkitlah, bangkit dengan semangat yang baru! 
Anak kecil yang baru bertatih tahu untuk kembali bangun, apatah lagi kita yang sudah pandai untuk berlari.

Kita mahu syurga yang hebat, kita mahu kejayaan yang mantap-mantap, tapi tanya pada diri sendiri, apa cukup usaha yang kita lakukan? rodhiahmardhiah.

Sunday, April 27, 2014

Wajib Tahu.... cara salah Pemakaian Minyak Wang



Anda pakai perfume tapi bau wangi tak tahan lama. Bengang kan.??!! setengah botol spray.. Bau tahan sekejap je.. Minyak wangi "Original" beli dekat SOGO...Kualiti tak seperti sepatutnya.. Jangan cepat menyalahkan pihak lain atau minyak wangi / perfumes tersebut. Cara Penggunaan juga anda perlu tahu untuk mengekakalkan kualiti produk minyak wangi / perfumes. Tak kisah la mahal atau murah yang penting cara penggunaan dan penjagaan perlu betul. Kalau yang murah tu sememangnya tak boleh la nak samakan kualiti dengan yang mahal kan??..  take noted perkara dibawah:-

1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah?? Boleh Ke?? 

Biasanya kita akan memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan la terus memakainya setelah selesai mandi. Keringkan badan dulu. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda. 

2. Spray perfume lebih daripada satu, pada masa yang sama?? aikk.. 

Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau. 

3. Pakai di tempat yang salah 

Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Sila klik di sini untuk mengetahui 7 point pada tubuh kita yang paling sesuai disapu perfume bagi mengekalkan keharuman perfume. 

4. Step penggunaan perfumes spray  dari atas ke bawah 

Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut. 

5. Pakai perfume di baju?? boleh tahan lame ke??

Pakai perfume pada BADAN bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju. 

6. Menggosok perfume selepas pakai 

Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama. 

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan 

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut. 

8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk 

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Haruman Lily


Haruman Lily


Sunday, April 20, 2014

Kelebihan Lavender

Bunga Lavender nama latinnya Lavandula afficinalis syn.L. angustifolia (Lamiaceae), berbentuk kecil dan berwarna ungu, itulah penampakan bunga lavender. Tanaman ini berasal dari Eropa, tepatnya di wilayah Perancis. Ia digunakan sebagai parfum. Perlengkapan upacara keagamaan (ritual) dan tanaman ubat sejak zaman Romawi kuno. Sebutan bunga lavender bagi orang roma adalah lavare yang ertinya menyegarkan. 


Tumbuh baik di ketinggian 600 –1.350 m dpl di mana semakin tinggi tempat tumbuhnya, semakin baik kualiti minyak yang dihasilkannya. Kebanyakan tanaman lavender biasanya dengan menggunakan bijinya. Biji-biji yang tua dan subur itu yang terbaik. Bila sudah tumbuh, dipindahkan ke polibeg. Ketika tingginya mencapai 15 - 20 cm, dapat dipindahkan ke dalam pot atau ditanam di halaman rumah. Warna ungu yang menarik ini dapat digosokkan ke kulit, selain aroma wangi, anda pun akan terhindar dari gigitan nyamuk.

Sedangkan komposisi utama dalam minyak lavender adalah linalool asetat yang mampu mengendurkan dan merenggangkan sistem kerja urat-urat syaraf dan otot-otot yang tegang. Khasiat inilah bunga lavender sering digunakan sebagai bahan lotion antinyamuk, aromaterapi, parfum, minyak gosok, ramuan untuk mandi dan ubat-ubatan.

Jadi mari kita semburkan baukan lavender di tubuh kita...Jom

Haruman Lily

Haruman Lily
Bauan Tahan 2 hari

Sunday, April 13, 2014

Keluarga Mangsa MH370 Bakal Jutawan



Kuala Lumpur: Keluarga waris penumpang MH370 bakal menjadi jutawan jika mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak berwajib dan memenangi kes berkenaan di mahkamah. Pampasan diperoleh dijangka sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah bayaran minimum pampasan insurans daripada ‘polisi pesawat dan liabiliti’ berjumlah AS$175,000 (RM577,500) yang patut dibayar iaitu sekurang-kurang RM1.72 juta. Namun, petisyen saman berkenaan perlu difail dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kehilangan pesawat iaitu selewat-lewatnya 8 Jun depan. Menurut peguam tempatan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar al Mahdzar, ini selaras dengan Seksyen 24(1) (b), Akta Penerbangan Awam 1969. - metro

Semoga keluarga mangsa tabah. Ada hikmah di sebalik segala kejadian yang berlaku.

Friday, April 11, 2014

Kata-Kata Motivasi Diri



Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)

RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)

Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)

Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)

Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika pikiran selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha Allah, maka bersiaplah untuk manisnya iman dan nikmatnya ibadah (Rudi)

Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)

Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)
Kita harus menyedari bahwa yang lebih berhak atas diri kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada alasan bagi kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang diberikannya, apapun itu (Asih)

Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)

Teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu (Salman)

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa Ilaah Illallaah” (Maidi)

Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Robb-Ku”

Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah sedikit bicara. Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar. (Key)

Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam hidup tanpa persaudaraan kerana Allah. Kadang seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau emas yang dia beli tetapi ia tidak akan melupakan seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)

Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang, akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya. Tirulah padi, semakin berisi semakin menunduk (Abdullah Ibn Adam)

Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja yang mendasari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih (Anisya LM)

Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita tanam, pasti akan ditanam hasilnya, entah sekarang atau esok, atau mungkin jadi ladang amal di akhirat kelak (Gilang)

Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)

Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah (Khalil Gibran)

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah (Abu Bakar Sibli)

Apabila kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik (Nabi Muhammad Saw.)

Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata.  Kecil di pandangnya walau bagaimana pun besarnya (Jalinus At Thabib)

Wednesday, April 2, 2014

Fenomena Bulan Terang Sotong Semakin Banyak

KOTA KINABALU – Fenomena bulan terang selama tiga bulan di Sabah sejak Mac lalu hingga Mei depan mencetuskan fenomena tersendiri apabila ia menggalakkan pembiakan sotong yang sangat banyak di negeri ini. Keadaan itu menyebabkan orang ramai kini mampu membeli makanan laut itu yang selama ini dianggap mewah pada harga serendah RM2 sekilogram. Tinjauan Kosmo! mendapati sotong pelbagai saiz mengalami kejatuhan harga dua kali ganda berbanding RM6 sekilogram sebelum ini. Bagaimanapun, harga runtuh itu tidak berlaku di Semenanjung apabila sotong dijual RM20 sekilogram di Johor Bahru dan RM14 hingga RM18 sekilogram di Kuala Lumpur.

Seorang peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu, Adi Alan, 22, mengakui harga murah itu menarik peniaga kecil memborong sotong segar di kedainya. “Dengan harga serendah RM2 sekilogram, saya mampu menjual 50 kilogram sotong sehari dan semua habis dijual,” katanya.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Yazid, 25, berkata, penurunan harga itu bukan sahaja berlaku kepada sotong bersaiz kecil malah sotong besar. “Untuk sotong sepanjang 24 sentimeter, harganya RM13 sekilogram berbanding harga biasa RM18 sekilogram,” katanya. kepada Kosmo

Orang-orang kat Sabah memanglah rasa macam syurga makanan laut. Bukan setakat sotong aja, binatang laut lain seperti kerang, kepah, lala, udang, semuanya segar dan besar-besar belaka dan memanglah murah berbanding dekat Semenanjung ni.


PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas