Wajib Tahu.... cara salah Pemakaian Minyak Wang



Anda pakai perfume tapi bau wangi tak tahan lama. Bengang kan.??!! setengah botol spray.. Bau tahan sekejap je.. Minyak wangi "Original" beli dekat SOGO...Kualiti tak seperti sepatutnya.. Jangan cepat menyalahkan pihak lain atau minyak wangi / perfumes tersebut. Cara Penggunaan juga anda perlu tahu untuk mengekakalkan kualiti produk minyak wangi / perfumes. Tak kisah la mahal atau murah yang penting cara penggunaan dan penjagaan perlu betul. Kalau yang murah tu sememangnya tak boleh la nak samakan kualiti dengan yang mahal kan??..  take noted perkara dibawah:-

1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah?? Boleh Ke?? 

Biasanya kita akan memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan la terus memakainya setelah selesai mandi. Keringkan badan dulu. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda. 

2. Spray perfume lebih daripada satu, pada masa yang sama?? aikk.. 

Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau. 

3. Pakai di tempat yang salah 

Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Sila klik di sini untuk mengetahui 7 point pada tubuh kita yang paling sesuai disapu perfume bagi mengekalkan keharuman perfume. 

4. Step penggunaan perfumes spray  dari atas ke bawah 

Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut. 

5. Pakai perfume di baju?? boleh tahan lame ke??

Pakai perfume pada BADAN bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju. 

6. Menggosok perfume selepas pakai 

Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama. 

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan 

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut. 

8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk 

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Haruman Lily


Haruman Lily


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...