Fenomena Bulan Terang Sotong Semakin Banyak

KOTA KINABALU – Fenomena bulan terang selama tiga bulan di Sabah sejak Mac lalu hingga Mei depan mencetuskan fenomena tersendiri apabila ia menggalakkan pembiakan sotong yang sangat banyak di negeri ini. Keadaan itu menyebabkan orang ramai kini mampu membeli makanan laut itu yang selama ini dianggap mewah pada harga serendah RM2 sekilogram. Tinjauan Kosmo! mendapati sotong pelbagai saiz mengalami kejatuhan harga dua kali ganda berbanding RM6 sekilogram sebelum ini. Bagaimanapun, harga runtuh itu tidak berlaku di Semenanjung apabila sotong dijual RM20 sekilogram di Johor Bahru dan RM14 hingga RM18 sekilogram di Kuala Lumpur.

Seorang peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu, Adi Alan, 22, mengakui harga murah itu menarik peniaga kecil memborong sotong segar di kedainya. “Dengan harga serendah RM2 sekilogram, saya mampu menjual 50 kilogram sotong sehari dan semua habis dijual,” katanya.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Yazid, 25, berkata, penurunan harga itu bukan sahaja berlaku kepada sotong bersaiz kecil malah sotong besar. “Untuk sotong sepanjang 24 sentimeter, harganya RM13 sekilogram berbanding harga biasa RM18 sekilogram,” katanya. kepada Kosmo

Orang-orang kat Sabah memanglah rasa macam syurga makanan laut. Bukan setakat sotong aja, binatang laut lain seperti kerang, kepah, lala, udang, semuanya segar dan besar-besar belaka dan memanglah murah berbanding dekat Semenanjung ni.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...