Friday, January 3, 2014

Siri 2 Tersesat di Alam Kayangan

Time Square, New York

Mustafa berjalan sendirian di tengah kesesakan lalulintas yang padat dengan ribuan manusia. Di sini dia perlu berjumpa dengan Daisie sekali lagi. Entah mengapa Daisie memilih kawasan yang padat ini untuk pertemuan kali ke dua. Dia pasti Daisie punya utusan yang seterusnya. Tiba-tiba dia ternampak seorang tua yang sedang mengemis. Matanya bergerlipan seperti ada suatu sinaran cahaya.

"Teruskan jalan!" Kedengaran suara Daisie dari arah belakang.
"Kau ni Daisie mengapa tak bagi salam dulu, tiba-tiba saja tolak aku dari belakang ni mengapa?"
"Jangan banyak cakap teruskan jalan,"

Mus teruskan langkah mengikut kata-kata dari Daisie. Dia sendiri tidak pasti apa yang dia ingin sampaikan. Jejak mereka hilang di segenap lapisan manusia yang sedang berpusu-pusu dengan hala tujuan masing-masing. Mereka berhenti di sebuah restoran mewah.

"Baiklah kita bincang di sini saja,"
Mustafa menganguk, seorang pelayan datang dengan adap yang sopan.
"May I have your order sir"
"Yes, please send us vegetable soup,"
"For both of you"
"Yes, thank you,"

"Tak kisahlah kau nak makan apa, tapi aku nak tahu tujuan kau suruh aku datang ke mari?"
"Bukankah kau yang menjelma dalam mimpi aku?"
"Huh?" Mus kembali menatap wajah Daisie.
"Kau yang datang dalam mimpi aku, nak jumpa dengan aku kan?"
"Memang benar aku nak jumpa dengan kau, tapi aku nak kau bawa aku ke tempat kau,"
"Oh! maaf signal aku lemah agaknya, aku tak dapat dengar tuturan kata kau, he!he!"
"Mengapa di sini?" Mus masih lagi berasa ingin tahu.
"Di sini, kau akan tahu sendiri clue yang seterusnya,"
"Maksud kau?"
"Kau masih lagi ingat orang tua tadi?"
"Ya, aku masih lagi ingat dia,"
"Dia sedang memburu kau Mus, agen perisik sedang mencari dan mengenalpasti siapa kau sebenar, tapi kau jangan bimbang. Mereka masih lagi ragu-ragu akan status sebenar kau,"
"Tapi, mengapa?"
"Kau masih lagi tak tahu?"
"Sang Mata Satu, dia sudah tahu di mana kau berada dan di mana tempat tinggal kau di Terengganu,"
"So?"
"Sebab itu aku ditugaskan membawa kau ke sini, mereka tidak akan perasan kau berada di sini, sebab di sini salah satu pusat Sang Mata Satu bergerak, di alam manusia, mereka masih lagi ingat kau berada di Terengganu,"
"Kau...bukan manusia biasa macam aku?"
"Eh! Mus kau pun bukan sebarangan manusia, kau punyai darah campuran,"
"Ya, aku tahu, tapi kau bukan manusia biasa?"
"Ya, aku bukan..."

Daisie dapat merasakan orang tua tadi sedang menghampiri tempat mereka berbual. Dia pasti orang tua tadi sudah mengesyaki sesuatu pada Mus.

"Kita perlu keluar dari sini,"
"Eh! baru kejap saja kita duduk, sup pun tak sempat nak habiskan,"
"Orang tua tadi, dia dah semakin hampir ke sini,"
"Baiklah,"

Tingkat Atas Bangunan

Daisie sedang melihat Mustafa dari arah atas dan bawah, dia pasti ada signal dari mana-mana alatan di bawa oleh Mus.

"Apa yang kau pandang?"
"Kau bawa phone dari Malaysia?"
"Yalah! sudah tentu nanti senang aku nak hubungi kawan-kawan aku,"
"Mus, campakkan talifon bimbit kau sekarang!"
"Eh! mengapa pula ni?"

Daisie terus merampas talifon bimbit dari tangan Mustafa dan campak ke bawah.

"Tunduk! Jangan mendongak,"
"Agen perisik Sang Mata Satu boleh mengesan kau dari arah langit guna Satelite,"
"Apa lagi yang kau bawa Mus?"
"Errr... aku tak pasti..."
Mustafa sedang menyelak beg dan membuang segala alatan yang punyai identitinya dari Malaysia. Terdapat beberapa alatan yang telah selamat dicampakkan dari aras 50 tingkat.

"Sekarang mereka dah tak boleh kesan siapa kau sebenar,"
"Nah! ambil ni,"

Daisie menyerahkan sebuah beg yang baru. Mustafa terus membuka ada beberapa passport yang punyai identiti yang berbeza bersama dengan Green Card yaitu kad pengenalan rakyat Amerika.

"Sekarang kau perlu hapuskan segala identiti kau yang lama dan gantikan denag yang lama."
"Eh! mengapa pula? aku bangga jadi rakyat Malaysia,"
"Kau pun tahu Mus, kalau kau kekalkan identiti yang sama maka senanglah agen-agen Sang Mata Satu nak kenal pasti kau di mana,"
"Rupa-rupanya Sang Mata Satu berada di mana-mana..."
"Dia tak akan berada di mana-mana, tapi agen dia ada di mana-mana saja,"

Mustafa sudah mengesyaki Daisie datang dari alam yang belum pernah dia jejaki. Mungkin dia berada di alam naga yang pernah dilihat sebelum ini. Dia masih lagi mencari kepastian sehingga kebenaran terpancar di depan matanya sendiri. Apa yang dia pasti Daisie adalah termasuk golongan yang baik. Atas dasar kepercayaan itu Mustafa masih lagi bersama mengikuti setiap perjalanan bersama dengan Daisie.

Seminggu Kemudian, Kediaman Mus, Terengganu

Kelihatan Kamal, Uda dan Budin sedang bersiap sedia untuk pergi ke surau bersama dengan Mus.
"Assalamualaikum! Mus!"
"Hish! mana pula Mus ni pergi?"
"Dah seminggu tak balik-balik rumah lagi,"
"Eh! cuba kau tengok, macam bersepah-sepah rumah dia... Aku rasa dia macam ada di rumah,"
"Dia tak ada la...Kamal,"

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan seorang lelaki yang berbaju dan bertopeng hitam sedang sibuk mencari sesuatu.

"Shhh!"
Kamal sudah menjejak ada pencuri sedang mencari sesuatu di kamar peribadi Mustafa. Kamal berselindung di sebalik dinding, melihat pencuri itu sedang tekun dan pantas mengambil gambar di kamera kecil. Dia seolah-oleh ingin mengenalpasti identiti Mustafa dan rekod peribadi Mustafa dari mencuri barangan berharga di kediamannya.

"Nah! ambil kau!"
Kamal, Uda dan Budin berjaya mengepung lelaki yang bertopeng dan berpakaian serba hitam. Kamal berada di belakang lelaki itu sambil memegang pisau yang sudah tersedia berada di leler lelaki itu. Lelaki itu masih lagi diam membisu tidak berkata-kata. Dengan perlahan-lahan lelaki itu berjaya mencari peluang untuk melepaskan diri dari cengkaman Kamal. Namun, berjaya dikepung kembali.

"Uda ikat dia!"
"Sekarang kau bagi tahu siapa kau yang sebenar?"

Topeng hitam yang menyaluti wajah lelaki itu dibuka. Kelihatan seorang lelaki yang berkacukan Inggeris. Dia seolah-olah tidak dapat memahami tutur kata Kamal.

"Who are you?"

Kamal terus mengugut dengan meyepak kepala lelaki itu berulang kali. Namun, dia masih lagi diam membisu.

"Uda, kita nak buat apa dengan lelaki ni?"
"Kita report saja pada polis,"
"Ya, tapi sebelum tu, aku nak tau siapa dia sebenarnya, mengapa dia cuba nak mengeledah barangan peribadi Mus?"

Brooklyn Bridge New York

Suasa waktu pagi yang menyejukkan di atas jambatan sungguh indah memukau pandangan. Mustafa merenung di bawah dan kemudia ke arah lautan yang terbentang luas. Kelihatan kapal-kapal besar menghiasi lautan biru yang kosong. Tiba-tiba Daisie datang dari awan biru terbang dengan senyap menuju ke arah belakang Mustafa.

"Daisie!"
Mustafa berjaya menoleh ke belakang sebelum Daisie buat kejutan. Dia sudah nampak kelibat sayap Daisie yang berwarna putih berada di belakang badannya. Tiba saja dia mendarat, sayap itu menguncup di sebalik baju yang dipakai.

"Aku dah agak kau dari alam kayangan rupanya," Mustafa menyambut kehadiran Daisie dengan senyuman. Dia sedar Daisie bukan sebarangan wanita, dia pasti dia adalah salah seorang kesatria dari alam kayangan untuk menyampaikan sesuatu kepadanya.

"Aku baru nak bagi kau suprise!"
"Tak payahlah kau nak suprise kan aku! Kau tak akan boleh punya! ha!ha!ha!"
"Aku hairan macam mana sayap kau boleh tiba-tiba hilang?"
"Tak hilang lah! ada di belakang baju aku ni, baju aku ni tak ada di sini, hanya boleh di dapati di tempat aku,"
"Oh! begitu, memang canggih, aku tak nampak langsung beza antara kau dan aku walaupun kau bersayap,"
"Kau nak pergi ke sana? Aku boleh bawa kau ke sana,"
"Memang itu tujuan aku, jumpa kau di alam roh sebelum ni, tapi kau yang nak bawa aku ke sini,"
"Ha!ha!ha!, tak mengapa Mus, tak lama lagi kita akan ke sana,"


Sesat Di Alam Kayangan



Infrared Sauna Pants
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants infrared mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas