Siri 13 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong


Yang Mulia Gusdur terdiam air matanya menitis satu persatu mengenangkan nasib orang-orangnya kalah dalam peperangan dengan makhluk ganas Sang Mata Satu. Dia sedar pertahanan askar akan lemah sekirannya kesemua kesatria tiada bersama mereka. 
"Apa yang patut aku lakukan sekarang?"
Matanya memandang ke arah ke arah tingkap dari tingkat atas istana. Kawasan penduduk diceroboh, bangunan dari tirisan gua, batu-batu laun dan kerang habis roboh. Bagaimana orangnya dapat mulakan hidup baru, sedangkan mereka kekurangan tenaga kerja lelaki. 
"Ah! aku tak boleh pandang ke belakang, nasib orang-orang yang masih lagi hidup patut aku utamakan sekarang! Tapi patutkah aku bagitahu pada Mus jalan keluar kembali ke alam manusia untuk pinta pertolongan sedangkan alam ini amat perlukan dia"

Yang Mulia Gusdur duduk diam, tidak yakin yang Mustafa akan kembali semula ke alam duyong, dia terpaksa merahsiakan jalan menuju ke sana. Walaupun rasa bersalah itu sentiasa mencengkam hati, pahit! terpaksa ditelan. Demi orang-orang duyong. Demi masa depan orangnya dan Sang Suri. 

"Yang Mulia Gusdur, jangan bimbang...kami pahlawan kesatria yang paling handal antara askar-askar duyong akan sedia membantu. Kita akan berikan latihan ketenteraan pada orang-orang awam. Sistem pertahanan kita akan kembali pulih."
"Begitulah yang aku harapkan....Gelama, aku betul-betul perlukan bantuan dari kau."
"Memang sudah menjadi tanggungjawap aku tuanku..."
"Aku harap kau rahsiakan jalan ke alam manusia tu pada Mus."
"sudah tentu, Yang Mulia Gusdur."


Gelama dan Harwan kesatria duyong beredar di perkarangan utama istana orang duyong. Bebanan yang mereka tanggung semakin berat, tapi terasa ringan sekirannya Mustafa ada bersama mereka dalam setiap pertarungan. Mereka sudah banyak kekurangan askar untuk menentang Sang Mata Satu.

"Gelama! aku rasa kesian dengan Mus, tak patut kita rahsiakan dari dia..."
"Kau tak dengarkah pesan Yang Mulia Gusdur? Dia kata suruh rahsiakan."
"Itu memang aku tahu..."
"Kau jangan pulak bocorkan rahsia ni, kalau Mus dapat keluar dari alam ni, aku nak kau yang bertanggungjawap!"
"Alah! itu pun takut...kuat bodek kau ni...ha!ha!ha!"
"Manalah tahu... rezeki aku dapat kahwin dengan cucu kesanyangan dia..."
"Beranganlah...Sang Suri tu tengah angau dengan Mus, bukan dengan kau, pandang mata sebelah ja...Ha!ha!ha!"
"Kau memang kenal dengan Sang Suri, tapi kau tak betul-betul kenal dengan Mus,"
"Mengapa? Kau rasa dia tak akan kahwin dengan Sang Suri?"
"Hehehe! kita tengok aja nanti..."

Mus sedang bersiap sedia menajamkan pedang pusaka. Dia sedar pedang pusaka ini punyai tuannya yang dahulu, hanya orang yang punyai talian darah saja dapat memegang pedang pusaka orang duyong. Pertarungan ini masih lagi belum tamat. Bisikan hatinya merasakan Yang Mulia Gusdur tahu akan jalan menuju ke alam manusia. Tapi dia masih lagi ragu-ragu akan kesetiaan dirinya.

"Bagaimana aku boleh buat dia percaya pada aku? Hanya itu saja caranya jalan yang dapat difikirkan pada masa ini..."
Duduk bersila dia cuba bermeditasi. Mungkin Pak Tua dapat menolongnya kali ini. Matanya dipejam rapat. 
"Pak Tua...aku perlukan pertolongan kau"

Terengganu

Kamal, Budin, dan Uda sedang duduk berborak sesama mereka selepas berlatih dengan Pak Tua seni mempertahankan diri. Walaupun tampa kehadiran Mus, latihan dan perjalanan hidup mereka tetap diteruskan. 

"Mus dah lama menghilangkan diri...terasa rindu pulak aku..."
"Aku tak rasa dia mati tapi dia ada di alam lain agaknya..."
"Ke mana pulak dia pergi?"
"Mana lagi kalau tak di alam duyong... itu yang selalu disebut oleh dia sebelum ni..."
"Apa kita bagi tahu pada polis?"
"Kau ingat pesanan Pak Tua, Mus akan pulang juga nanti, kita tunggu sajalah. Mungkin itu satu latihan kemantapan ilmu dia dengan Pak Tua."

Tiba-tiba suara Pak Tua memecah perbualan sesama mereka. Dia datang entah dari arah mana, mereka tidak sedar. Semuanya diam dan tunduk.

"Dia akan datang tak lama lagi....Mari ikut aku"

Gua Taat, Terengganu

Mus sudah tiba di perkarangan Gua Taat di alam manusia. Setelah berenang beribu-ribu batu, dia tiba akhirnya di tempat yang pernah dia membesar selama ini. Entah mengapa, rasa kerinduan dan kerisauan pada alam duyong dirasai bergetar di hati. Proses adaptasi ke alam manusia mengambil masa, dia mencari tempat agar dia dapat berehat. Tangan dan kakinya masih lagi menyerupai katak. Dia harus terus lena dengan nyenyak sekali agar proses adaptasi tubuhnya dapat berjalan dengan pantas. Sekembalinya dia di sini, matlamatnya hanya satu. Matanya terus terpejam rapat. Gelombang otaknya delta.

Alam Duyong
Sang Suri tercari-cari Mustafa di segenap pelusuk istana. Hatinya dapat merasakan Mus tiada di alam duyong ini lagi. Tup! Tup! Tup! Degupan jantung semakin kuat berdegup.
"Mana kau pergi?"
Dirinya terasa tekapai-kapai di awanganan tidak menentu mengenangkan Mus sudah lagi tiada tampa sebarang berita dan pesanan sebelum meninggalkan alam duyong. 
"Datuk!"
Yang Mulia Gusdur sedang berdiri sambil memegang lapisan kerang yang menjadi tinta suratan. Dia menyerahkan kepada Sang Suri. 

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yang Mulia Gusdur
Maafkan Mus, terpaksa pergi. Dengan Izin Tuhan Yang Maha Kuasa, saya akan kembali. Harap dirashsiakan dari sesiapa.

Lapisan kerang itu dipeluk erat. Titisan air matanya jatuh berderai tidak mampu menahan rasa sebak di dada. Segala rasa yang terpendam di dada akhirnya terubat sedikit dengan tinta kerang. 

"Kita perlu rahsiakan perkara ini dari sesiapa, pengintip Sang Mata Satu berada di mana-mana. Mereka tak boleh tahu,"
"Baik datuk, aku faham."

10 am Gua Taat

Mus sudah keluar dari Gua Taat, kain-kain yang ditinggalkan di dalam gua diambil untuk menutupi tubuhnya. Orang duyong punyai baju kalis air mereka sendiri. Dia tidak boleh memakai baju orang duyong di alam ini. 
Pap! Pap! Pap! bunyi hentakan kaki Mus. Udara yang sedar dihirup dengan sepuasnya. Sudah banyak cabaran yang sudah dilaluinya di alam duyong dan alam gua lautan.  Dia dapat merasakan kekuatan dalaman yang tinggi berbanding dirinya sebelum ini. Dia semakin berani mengharungi apa jua ringtangan dalam risiko yang tinggi. Dia tidak lagi seperti dahulu, sekarang dia punyai tanggungjawap. Segala hal dan keperluan dirinya sudah tidak lagi penting. 

"Assalamualaikum Mustafa!"
"Walaikumsalamwarahmatullah...Pak Tua?"
"Syukurlah kau dah selamat ... Mus" sampuk Kamal
"Ya! syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Kuasa...."
Terus dia sujud syukur, sungguh tidak dapat menahan rasa kesyukuran atas segala yang berlaku pada dirinya. Akhirnya dapat juga dia kembali menemui sahabat dan gurunya. Lantas berpelukan sesama mereka.
"Aku tahu kau lapar Mus, mari kita makan bersama..."

Duduk bersila, Mus masih lagi tidak dapat menjawap sebarang butiran nasi mahupun roti yang terdampar di atas tikar. Dia cuba mengambil ulaman. 
"Apa kau menungkan tu?"
"Tak ada apa-apa entah mengapa tekak aku tak dapat nak terima lauk pauk ni..."
"Yalah! aku faham selama ni kan kau dapat makan yang sedap-sedapkan...hehehe..."

12:45pm Pantai Hilir

Atas batu, Mus di tengah pantai Mus duduk termenung. Dari jauh dia dapat perhatikan pergerakan dan manusia yang berbeza di alam duyong. Matanya terus terlelap rehat. Satu suara yang biasa didengari membuatkan matanya terbuka kembali. 
"Dahlia..."

Seorang lelaki bersama dengan seorang anak lelaki berusia dua tahun dipegang erat datang menuju ke arah Dahlia. Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga. Syukur, Dahlia sudah dapat pengganti yang terbaik untuknya. Mus tersenyum dengan hati yang dapat merasai kebahagiaan Dahlia. Kalaulah dia masih lagi menunggu, dia tidak akan sesekali dapat memberikan kebahagiaan seperti mana yang Dahlia inginkan. Sampai bila dia tidak pasti. Apa yang penting bukan untuk dirinya lagi. Dia rasa gembira apabila dapat melihat dan merasai kebahagiaan orang lain terutama orang yang dekat dengan dirinya. 

"Aku cemburu? Eh! tak lah! Dahlia aku doakan semoga kau bahagia amin..."

12pm Gua Taat

Mus, Kamal, Budin dan Uda sedang duduk berbincan sesama mereka. Sudah lama mereka tidak berbual mesra. Mus 

"Kau mesti tahukan...pasal Dahlia..."
"Aku tahulah dia dah kahwin..."
"Itulah kau lambat sangat!"
"Aku tak kisah la...Sebenarnya aku ada perkara yang amat penting nak bagi tahu pada kamu semua...
Pap! Pap! Kedengaran bunyi tongkat Pak Tua. 
"Mus perlukan bantuan dari kamu semua..."
"Kau nak kita semua pergi ke alam duyong? Bolehkah kami semua bernafas di alam luatan macam Mus?"
"Sudah tentu tidak Kamal...aku akan bawa kau bukan di alam duyong, tapi alam Gua Lautan, di situ mereka hidup dua alam. Orang-orang di sana perluka bantuan kita..."
"Tapi bagaimana kita ke sana?"
Mus membuka beg yang dibawa dari alam duyong. Beberapa jongkong emas seperti batu bata  dibawa bersama.
"Wah! besarnya!"



10am atas kapal Selepas 2 minggu.

"Berapa lama lagi kita akan tiba?"
"Lagi satu minggu!"


Mereka teruskan pelayaran. Kamal, Budin dan Uda terasa sungguh teruja bersama Mus meneruskan pengembaraan mereka ke alam yang tidak pernah mereka jejaki sepanjang hidup. 

Bersambung
Novel Bersiri

Baca dari siri yang pertama Novel Bersiri

Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong


Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari, sapukan losyen panas masa nak guna
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...