Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki di Thailand, tetapi tidak pasti di manakah lokasinya. Pernikahan itu tidak didaftarkan kerana suami memberi alasan tiada wang untuk mendaftarkan dengan alasan perniagaannya bermasalah. Saya juga ditipu membabitkan wang berjumlah RM66,000. Apabila menyedari hal berkenaan, saya terus membuat laporan polis dan diberitahu suami ada dua rekod dikehendaki polis kerana kes menipu wang sejak 2005 lagi. Kini suami menghilangkan diri dan segala dokumen pernikahan ada padanya. Suami juga enggan melafazkan cerai, sebaliknya menafikan pernah bernikah dengan saya.
Saya yakin pernikahan kami adalah melalui sindiket tidak sah kerana suami berdolak-dalik dalam urusan pendaftaran pernikahan. Malah, berdasarkan siasatan polis dalam rekod jabatan agama Islam mendapati suami juga memiliki dua isteri lain, selain tidak memiliki apa-apa perniagaan dan dipercayai hidup mewah hasil menipu wang orang sahaja. Apa yang perlu saya lakukan terhadap status pernikahan kami? Adakah penafian suami terhadap pernikahan kami boleh dikira sebagai jatuhnya talak?
Has
Kuala Lumpur
Pernikahan di sempadan tetap sah jika syarat dan rukun perkahwinan dipenuhi, tetapi ia mempunyai risiko tersendiri. Ia juga tertakluk kepada undang-undang keluarga dalam negara seperti pendaftaran semula.
Perkara sebegini sekiranya tidak diambil berat oleh puan dan suami mempunyai kesan tersendiri terutama apabila timbul masalah seperti dinyatakan puan. Apa yang puan perlu buat ialah melaporkan kes ini kepada mahkamah syariah yang berdekatan. Pihak mahkamah akan menentukan status pernikahan berkenaan.
Puan juga dinasihatkan supaya mengemukakan bukti mengenai pernikahan berkenaan sekiranya ada. Seterusnya pemohonan boleh dibuat untuk perceraian sekiranya ada alasan yang munasabah. Penafian pernikahan tidak dikira talak kecuali suami sudah melafazkan perkataan cerai atau talak.
Soal jawap hmetro
-----------------------------------------
Kesian betul dengan perempuan ni...dah la kena tipu RM66000, lepas tu terjebak pulak dengan kes sindiket pernikahan haram di Thailand, dokumen kahwin pun tak ada. Itulah dah banyak kali orang cakap, kalau nikah di Thailand ni banyak sangat risikonya. Kalau artis lainlah ramai orang kenal, jadi orang yang nak menipu pun susah. Silap2 terus masuk media. Tapi kita yang orang biasa ni kena sentiasa berhati-hati jangan sesekali terperangkap dengan kes lelaki pandai ayat power kaki kelentong, kalau sebelum kahwin lagi dah cakap nak pinjam duit...just say GOOD BYE!! tapi ayat manis nilah perempuan mudah cair...cubalah jadi kedekut sikit dengan teman lelaki atau suami sekalipun kita kena fikir banyak kali.
Dengan aku tak nak kesian ke....? Lapar ni..hehehe
Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan.
No comments:
Post a Comment