Mustafa termenung sendirian, bagaimana dia
boleh bernafas dengan mudah di dasar lautan. Sungguh ajaib ciptaan Tuhan.
Rupa-rupannya ada alam yang begitu jauh, baru dan asing. Kelihatan awan cerah
seakan-akan mendung di udara. Di mana datangnya cahaya?
Dia berjalan lagi dan melihat keadaan
sekeliling, ternyata bumi ini amat asing dan indah. Gunung-ganang bukit bukau
menghiasi pemandangan alam yang indah.
"Kau dah selamatkan aku, terima
kasih. Tapi bagaimana dengan kawan aku Man?"
Sang Suri menggelengkan kepala, sambil
memandang ke bawah.
"Innalillah...Man, aku minta maaf
kerana melibatkan kau dalam misi aku yang merepek ni..."
"Dah la ...semuanya kan dah jadi
takdir. Mungkin inilah takdirnya kita berdua diketemukan."
"Kau fikir kita ada jodoh?" Mus
melemparkan senyuman pada Sang Suri. Walaupun ikan duyong, tapi dia begitu
cantik sekali dengan kulit yang putih gebu dan insang yang berwarna warni.
Tapi... takkan lah aku akan tertarik
dengan ikan duyong, dia makluk lain aku lain...
"Mus, kau cakap apa tadi?"
"Tak ada apa-apa...Sebenarnya aku
lapar, apa makanan kau di sini?"
"Mari aku bawa kau ke tempat aku. Kau
sudah bersedia?"
"Aku ada pilihan lain kah? Sebenarnya
aku tak berani nak jumpa dengan orang-orang kau!"
"Kau jangan bimbang...mereka semua
tak akan berani mengapa-apakan kau selagi aku berada di sisi kau."
Sang Suri menarik tangan Mus untuk
menyelam bersama, tapi Mus mengelak dia boleh berjalan atau berlari mengejar
Sang Suri.
Mus rasa kagum dengan makhluk ikan duyong
ni, mereka seolah-olah tidak mengangap dirinya seperti orang asing. Mereka
hanya pandang sekali dan biarkan Mus dan Sang Suri berjalan saingan.
"Eh! mereka ni tak takut kah dengan
aku? Aku kan manusia..."
"Tak Mus!, sebenarnya kami dah biasa
dengan manusia macam kau, cuma kalian saja yang tidak pernah nampak kami.
Walhal aku selalu nampak kau dan Man di laut dan di darat."
"Oh! Begitu? mengapa aku susah nak
nampak korang?"
"Sebab itu...mata manusia itu ada
banyak batasan dan illusi, mata kami lain...kami dijadikan punyai mata yang
tajam dan boleh melihat menembusi segala tembok lautan."
Mereka sudah tiba di sebuah istana besar.
Mus rasa agak terkejut dengan kediaman Sang Suri.
"Ini rumah kau ke?"
"Masuklah...silakan...Datuk...kenalkan
inilah Mustafa,"
Mus rasa hairan, rupa-rupanya Sang Suri
sudah lama mengenali dan mengekorinya, cuma dia saja yang tidak sedar. Dia
terpesona dengan keindahan istana dalam lautan.
"Mus, silakan masuk. Apa lagi kau
terjegak di situ.?"
"Iya..terima kasih, tak sangka begitu
besar sekali rumah ni.."
"Biasalah sajalah Mus...Panggil saja
saya datuk" Jelas orang tua itu.
"Datuk...adakah datuk seorang raja di
sini?"
Yang Muslia Gusdur tunduk dengan penuh
sopan dan rendah diri dia bangun.
"Ya Mus, aku lah raja di alam ikan
duyong, Sang Suri itulah cucu aku. Ya! satu-satunya anak perempuan aku. Aku tak
punyai waris yang lain selain Sang Suri"
Mus terasa bulu romanya sudah tiada dan
insang-insang yang halus mulai membaluti tubuhnya.
"Eh! mengapa boleh jadi begini?"
"Mengapa Mus?" tanya Sang Suri
dengan penuh kebimbangan
"Ni..tubuh aku mengapa kulit aku rasa
macam bersisik?"
Sang Suri senyum dan ketawa kecil sambil
memerhatikan Mus yang berada kerisauan.
"Itu perkara biasa Mus, bila kau
berada di sini, badan kau mulai mengubah untuk mencari keserasian pada alam
ini. Kau jangan bimbang, sisik halus ini hanyalah sementara, sekirannya kau
boleh kembali ke alam manusia kulit kau akan bertukar menjadi biasa".
"Sang Suri, aku merayu pada kau, aku
ingin kembali ke alam aku, boleh kah kau tolong aku?"
Sang Suri hanya mampu diam diri,
sebenarnya dia amat memerlukan Mus di sisi. Alam ini memerlukan manusia untuk
dipimpin, sebelum makhluk ganas itu datang kemabali dan menyerang. Dia tidak
tahu bagaimana dia boleh mulakan.
"Perlahan-lahan Suri...biarkan Mus
berehat dahulu..." Gusdur mencelah.
Sedap rasanya masakan lautan ini, lain
dari lain dan kesegaran daging dan ulaman-ulaman ini sungguh enak, tapi masih
lagi tidak dapat menandingi masakan manusia.
Tiba-tiba kedengaran suara seperti guruh
yang kuat datang secara bertubi-tubi.
"Cepat! Mus masuk!"
"Apa yang sedang berlaku ni?"
"Kita di serang Mus! hati-hati kau
perlu bersembunyi, mereka tak boleh nampak kau!"
Jantung Mus berdegup dengan kencang,
sesekali dia mencari lobang-lobang kecil untuk melihat pertembungan antara dua
makhluk ikan duyong yang berlainan specis. Dia masih lagi ingat specis ikan
duyong yang berwajah hodoh ini. Masih lagi terbayang di mata. Merekalah yang
mengepung dan mengoncang kapalnya sehingga Man kawan baiknya terjatuh dan
menjadi mangsa makanan mereka.
"Cisss!!!!" Tiba-tiba Mus bangun
dari tempat sorokan. Dia seolah-olah mendapat semangat baru untuk membalas
dendam terhadap kematian Man.
Bersambung
-
Wajah ikan duyong yang mati terdampar di persisiran pantai indonesia
seram!!
Penaja
No comments:
Post a Comment