Pesanan Pada Peragut


Seremban: “Hanya satu soalan saya kepada peragut kejam itu, adakah mereka berpuas hati menyebabkan ibu saya meninggal dunia?“ kata jururawat, Norain Md Yusof, 23, anak kepada seorang warga emas, Jamariah Ahir, 64, yang maut apabila diragut dua lelaki bermotosikal di Jalan Tuan Haji Said, di sini, Jumaat lalu. Norain yang turut cedera ringan akibat terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya berkata, lebih dikesalkan kerana beg yang cuba diragut oleh penjenayah durjana itu tidak mengandungi wang dan barang berharga. “Dalam beg itu hanya ada tisu, alat solek dan bekas makanan yang dibawa ibu ke tempat kerja di sebuah bank di Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini.

“Malah, jika betul mereka (peragut) mahukan duit, sepatutnya hanya menyuruh saya berhentikan motosikal, bukan cara meragut hingga saya kehilangan orang tersayang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tengku Kursiah, di sini, semalam. - metro
-----------------
Pada peragut yang terbaca atikel ini, berhentilah dari meragut....tak ada gunanya cari duit dengan cara haram, memanglah tak berkat hidup. Saya pun pernah kena ragut, tapi apa yang meyedihkan kebanyakan peragut ni, adalah melayu lelaki...bukannya indonesia...
Orang perempuan zaman sekarang ni, tak ramai yang bawa banyak duit, diorang pun tahu, ada ramai peragut, jadi tak bawa banyak duit, handphone plak simpan dalam poket. Jadi pada peragut lebih baik niaga air pasar malam atau cari kerja yang halal dari kerja meragut ni...

Sinar Jahitan

Sinar Jahitan
Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...