Dena-Denai
Gua Lautan
"Berapa ramai pahlawan yang kita perlukan
untuk melawan askar Orion?"
"Kita perlukan lebih dari
ini..."
"Tuan Kusma adakah kamu tidak sedar,
kekuatan yang ada pada Mus melebihi 10 kali ganda orang kita!"
Tuan Kusma terdiam, suara kanak-kanak yang
meminta pertolongan masih lagi tergiang di kepalanya. Mereka masih lagi
budak-budak tidak mengerti apa itu peperangan. Kini semuanya musnah! Dia perlu
menuntut bela, kaum separa duyong tidak lah seramai orang-orang duyong. Jika
istana dia musnah, bermakna kubu orang separa duyong sudah lagi tiada dan
mereka akan lenyap dan pupus di alam lautan.
"Mus! kau kena tolong kami..."
"Pak Kusma jangan risau, saya akan
tolong setakat mana yang saya mampu, walaupun meragut nyawa saya sudah bersedia
dan redha akan segala ketentuan takdir saya"
"Aku tahu Mus! tapi aku mahu ingatkan
kau, jadilah diri kau yang sebenar. Pedang yang kau pegang, baju besi yang kau
pakai, itu semua lambang kekuatan dan kesaktian diraja alam duyong!, Kau bukan
sebarang Mus!, Aku harap kau jangan sesekali ingat yang kau masih lagi nelayan!
Kau bukan! Kau bukan orang sebarangan dan orang kebayakan. Jadilah diri kau
sebenar!"
Mus hanya menganguk. Mereka teruskan
perjalanan dengan laluan bukit yang sempit. Mus dan Pak Kusma memulakan
pendakian dengan menapak denai-denai tangga yang sudah tersedia.
"Tempat ini macam sudah biasa dilalui
oleh orang seperti kita..."
"Ya, Mus untuk ke kampung Separa
Duyong, kita perlu lalui denai-denai ini dahulu. Tak ramai yang keluar dari
kawasan kampung kita ke alam Duyong, sebab laluannya amatlah sukar."
"Kita rehat dahulu di sini"
Kelihatan Sang Gelama dan kesatria duyong
yang lain sudah jauh, menyelam ke atas. Meyedari mereka ditinggalkan Mus dan
Pak Kusma, mereka berhenti.
"Aku tahu lah kamu semua punyai ekor
ikan duyong, boleh lah korang tinggalkan kami kan..."
"Maaf Yang Mulia Mus, aku tak sedar
kita perlu lalui arah ini."
"Kita dah semakin sampai, tapi kita
perlu bersembunyi di sebalik batu."
Mus terpegun bilamana dia ternampak sebuat
kampung separa duyong di dalam gua di kaki gunung di tengah lautan. Dia sungguh
tidak menyangka ada penghuni makhluk sepertinya di sini. Kawasan ini seperti
alam manusia tapi takungan kolam air berada di mana-mana. Mereka hidup dua
alam.
"Mengapa Mus?"
"Cantik sungguh tempat ini, aku dah
lama tak nampak air terjun"
"Ah! kalau kita ke sini, kalahlah
kami orang duyong, kami tak punyai kaki untuk naik ke daratan gua."
"Gelama, Patin, kamu semua tunggu
kami di sini. Orion akan tiba bila-bila masa. Jika dia muncul, bersedia dengan
lembing agar kau boleh serang dari arah belakang."
"Baik Yang Mulia Mus"
Mus berasa agak pelik mereka memanggilnya
sebagai Yang Mulia. Dia berasa tidak selesa di mana dia terlalu dimuliakan di
alam duyong. Masakan sebelum ini dia hanyalah nelayan biasa. Ah! aku bukan lagi
nelayan. Aku Mustafa Alam Duyong! Satunya pewaris tahta dan pewaris raja alam
lautan. Suara hati Mus berbunyi.
Jati diri Mus meningkat naik. Dia sedar akan
tanggungjawapnya yang semakin berat digalas. Pedang kesaktian di genggam erat.
Dia perlu bersedia bila-bila masa. Dia tak akan sesekali takut pada sesiapa
saja di alam ini. Ya! aku raja segala raja alam lautan. Satu-satunya pewaris
alam duyong punyai darah manusia.
Detik suara hati Mus berbicara, semuanya
semakin jelas.
“Sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss”
Kali ini diselangi dengan suara pekikan
yang amat kuat hampir hampir sekali memecahkan gegendang telinga Mus. Tuan
Kusma berdiri dengan langkah pahlawan, dia sedang bersedia atas segala
kemungkinan. Bunyi ular jadian binatang tunggangan Orion semakin jelas kemudian
semakin sayup. Mereka tidak meyedari Mus dan Tuan Kusma sedang mengendap di
sebalik batu-batu gua. Pasukan orang duyong diketuai Gelama sedang bersedia di
bawah kolam Gua.
Mus dan Pak Kusma teruskan melangkah ke
hadapan. Jasad-jasad manusia separa duyong bergelimpangan.
"Kita sudah terlambat!"
Pak Kusma mengengam erat tangan
kanak-kanak orang separa duyong yang sudah layu. Air matanya hampir menitis,
tapi di sekat dengan tanganya. Satu-satu jasad yang terbujur diperiksa. Namun,
mereka hampa tiada seorang pun yang masih lagi bernyawa.
Pak Kusma bangun, dan teruskan perjalanan.
Dia tidak mahu menoleh kakinya terus melangkah menuju ke suatu arah.
"Orang separa duyong, masih lagi ada
bersembunyi, kita baru lalui satu kampung. Lokasi kampung ini memang dekat
dengan laluan utama, sebab itu mereka orang yang terawal di serang!"
Mus menoleh ke belakang!
Zap! pedangnya berjaya menghunus seekor
ular jadian. Beberapa ekor ular jadian sedang mengundur ke belakang. Mereka
seolah takut dengan serangan dari Mus.
"Cis! Orion! kau keluar
sekarang!"
"Ha! Ha! Ha! Kau semakin berani
nelayan! Apa kau tak risau tak ada hasil tangkapan? Di sana...tu di sana ada
banyak ikan...." Ha!Ha!Ha!"
"Aku bukan lagi nelayan!"
"Oh! kau dah naik pangkat?"
Tup! Tup! Tup! bunyi tombak alam duyong
dilemparkan scara bertubi-tubi. Pasukan pemanah juga turut menyerang. Seekor
Orion rebah. Dia tidak menyangka pasukan duyong berada di dalam kolam untuk
menyerang.
"Mereka dah datang! Gelama selam ke
bawah!"
"Cepat Mus! Kita perlu ke kampung sana!"
Mus dan Pak Kusma berlari kampung ke dua
perlu di selamatkan. Pak Kusma mengeluarkan kunci, pintu gua terbuka dan
tertutup kembali. Gelama dan pasukannya juga memasuki ruangan di bawah kolam.
"Tuan Kusma!"
Salah seorang askar separa duyong
menyambut kedatangan mereka. Kelihatan sebuah kampung yang lengkap dengan
segala kemudahan lalulan daratan dan lautan. Mus terpesona. Alam ini jauh dari
manusia, tapi wujud rupanya. Rumah-rumah mereka kesemuanya dipahat dari
batu-batu gua laut. Air terjun berada di mana-mana. Tumbuhan liar menjalar di
kaki lereng gua menjadikan suasan seperti taman yang menghiburkan. Wah! Mereka
semua tinggal di gua. Tiba-tiba Mus terpandang sebuah istana yang tinggi.
"Mari Mus! aku ingin pekenalkan
dengan raja separa duyong!"
Mus hanya teruskan langkah menuruti Tuan
Kusma, matanya masih lagi terpesona dengan keindahan alam gua gunung lautan.
Mereka semua berpakaian jubah labuh berwarna putih, merah, hijau dan kelabu,
tidak ada warna lain selain itu. Tiba-tiba matanya terpandang ke arah seorang
wanita yang berambut perang. Wajahnya sungguh menawan, matanya bulat dan anak
matanya kehijauan. Kulitnya putih gebu dan badannya tinggi langsing.
Fuh! cantik sekali!
Mus cuba menoleh dan mengikut arah wanita
itu, tapi dia belok ke kiri, dan memalingkan wajah ke arah Mus, sambil
melemparkan senyumana manis dia terus beredar dari laluan utama. Degupan
jantung Mus tiba-tiba berdegup lebih kencang, tatkala melihat wanita itu hilang
dari pandangan mata.
“Apa kena pulak dengan aku ni?”
"Jangan risau Mus! kau akan berjumpa
lagi dengan dia"
Tuan Kusma senyum sampil menepuk bahu Mus.
Dia sedar Mus sedang memerhatikan siapa wanita itu.
"Eh! aku tak ada apa-apa, cuba
terpegun saja..."
Kami mereka terus melangkah naik tingkat
yang paling atas. Ruang atas yang luas terbentang di hadapan. Kelihatan kerusi
besar di raja dan seorang raja dan pembesar-pembesarnya sedang bersedia menanti
kedatangan mereka.
"Kami datang mengadap tuanku"
Tuan Kusma menundukkan wajah dan separuh
badannya tanda hormat pada raja separa duyong. Mus turut serta melakan yang
sama.
"Apa yang berlaku?"
"Kami diserang Orion, tapi kampung
satu tidak dapat diselamatkan! Maafkan patik tuanku."
Tuan Kusma tunduk. Kelihatan Gelama dan
pasukannya timbul di permukaan kolam. Mereka juga turut tunduk pada raja separa
duyong.
"Berapa lama lagi kita harus
bertahan?"
"Tuanku jangan bimbang, pasukan orang
duyong bersama kita, mereka adalah yang terkuat di kalangan kesatria
duyong."
"Kau rasa kita boleh lawan
mereka?"
"Sudah tentu!" Mus secara
tiba-tiba mengeluarkan suara.
"Patik ingin perkenalkan ini Yang
Mulia Mustafa, satu-satunya pewaris Raja Duyong, tapi separa duyong. Dia masih
lagi baru di alam ini, sebelum ini dia dibesarkan di alam manusia."
Tuan Kusma membisik sesuatu pada Raja Separa
Duyong. Raja Separa Duyong menganguk. Mus dan pasukan alam duyong masih lagi
menanti.
"Tuaku, Yang Mulia Mus punyai
kekuatan yang luar biasa! dia datang dengan ikhlas untuk bantu orang-orang
kita. Tuanku akan terkejut kekuatannya 10 kali orang duyong!"
"Mmm beta sudang mengagak, dia adalah
orang yang kita nantikan selama ini."
Tiba-tiba wanita cantik itu muncul
kembali, degupan jantung Mus mulai bergelora.
Aish! apa kena dengan aku ni? Mus terasa
pelik, masakan dia boleh jatuh hati? Semua ini pelik!
"Ingin aku perkenalkan satunya anak
perempuan kami Puteri Ratna Sari."
Mus menundukkan kepalanya tanda hormat.
Dia memberikan senyuman pada Puteri Ratna Sari sekali lagi. Gelama dan pasukan
tenterannya juga turut tunduk berikan tanda hormat pada anak raja.
"Bukan aku sudah bagitahu, kau akan
jumpa lagi dengan dia?"
Tuan Kusma mencelah dengan nada yang
membisik, dia faham benar dengan perasaan Mus yang tiba-tiba tidak ketentuan
sejak terpandang wajah ayu Puteri Ratna Sari.
Raja Separa Duyong tersenyum seakan ada
sesuatu yang terpancar dari fikirannya. Alam separa duyong perlukan Mus! Puteri
Ratna Sari mungkin boleh membantu.
Bersambung....
Ikuti Siri Yang Lepas
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.
Ikuti Siri Yang Lepas
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.
Penaja
No comments:
Post a Comment