Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong Siri 6


Aku ingin kau tahu perasanku
Melewati semua tanpamu di sini
Kadang ku menyesal, ku merasa hampa
Membiarkanmu pergi meninggalkanku sendiri

Meski ku merasa sepi
Tapi ku tahu kamu sedang bahagia ooh

Rasa sunyi tolonglah kau pergi
Jangan kau kembali
Rasa sunyi tolonglah jangan menghantui
Ku ingin kau berhenti membuatku sedih

Walaupun berat bagi Sang Suri menerima hakikat yang Mus tidak pernah merasai sedikit pun perasaan terhadapnya, dia terpaksa akur dan tidak boleh terlalu mengharap. Dia sedar separuh jiwa Mus sudah dimiliki oleh seorang wanita yang dicintai. Dia tahu siapa wanita itu kerana dia pernah nampak mereka bersama di tepian pantai. 

Sanggupkah aku menunggu dan mengharap pada sesuatu yang tidak pasti? Hanya masa yang akan menentukan. Salahkah aku menyintai Mus? detik hati Sang Suri berbicara. 

"Aku tahu apa kau fikirkan, orang yang dekat kau tak heran, yang jauh tu juga lah yang selalu bermain di fikirkan kau kan."
"Apa yang kau cakap ni Gelama?"
"Alah! Kau mesti fikirkan tentang Mus kan?, Macamlah aku tak kenal kau yang kuat berangan"
"Eh! mana ada la...aku fikirkan masa depan alam kita ni?"
"Iyalah...ha! ha! ha!, baru nampak Orion dah cabut!"
"Ok! memang betul aku teringatkan dia, cuba kau cakap pada aku, perempuan duyong mana yang tak terpikat dengan Mus tu?"
"Apa yang dia ada, aku pun ada lah! aku pun lelaki sejati"
"Memanglah Gelama...itu aku tahu, tapi Mus lain...dia seperti hero yang menyelamatkan alam kita dari kemusnahan Sang Mata Satu, cuba kau bayangkan betapa kuat dan hebatnya Mus tu?"
"Hehe aku tahu lah! aku sengaja je mengacah kau!, Itu kau tak perlu la bagi tahu! Siapa lah aku di sisi mu...hehehe"
"Gelama! cukuplah Mus dah datang!"

Selepas 3 bulan

Tiga bulan sudah berlalu, rasanya masa berlalu dengan pantas sekali semenjak dia berada di alam duyong. Cuaca bermusim juga membuatkan dia sedar yang dia berada jauh dari tempat asalnya. Dia masih lagi tidak pasti di mana lokasi sebenar, anggaran mungkin di tengah lautan atlantik atau pasifik. 
Adakah masih lagi ada sinar untuk dia kembali bertemu dengan saudara, rakan dan kekasih yang ditinggalkan. Dia pasti Dahlia sudah pasti ada pengganti. Dia kenal sangat dengan Dahlia, kerapkali bertemu dia pasti menyoal tentang masa depan, wang hantaran dan perkahwinan. Walhal, dia masih lagi belum bersedia untuk menerima komitmen dan tanggungjawap. Masih ada sesuatu tugasan yang perlu diselesaikan, tapi dia tidak pasti apakah tugasan yang perlu dilaksana sehinggalah dia terperangkap di alam duyong. 

"Mus! Kau masih nak tahu pasal kampung kau?"
"Gelama, tolong aku bukan kunci pintu ke kolam jadian."
"Bukan aku tak mahu tolong kau Mus, aku pun mengikut arahan Yang Mulia Gusdur"
"Aku tahu aku tak akan dapat kembali ke alam manusia, tapi aku terasa rindu dengan kawan-kawan aku"

"Maaflah Mus, aku dah diberi amaran, kalau aku bawa kau ke kolam jadian itu lagi, aku mungkin dipecat jawatan di istana, kau bukannya boleh sara hidup aku di alam ini, kalau tak ada kerja, aku boleh mati Mus, kau lain la..."
"Tak mengapalah Gelama, kalau kau tak boleh bawa aku ke sana, sekurang-kurannya kau bagi aku cara, aku boleh pergi sendiri."
"Jangan bimbang Mus, aku akan tolong kau, sikit masa lagi tapi bukan sekarang."

Mereka dikejutkan dengan kedatangan seekor penyu emas. Tiba-tiba seorang yang tua berjanggut turun dari dari pengangkutan. 

"Siapakah tuan?"
"Aku ingin berjumpa dengan Yang Mulia Gusdur!"

Mus tidak berkata apa-apa dan hanya melihat orang tua itu seperti dirinya yang berdarah campuran duyong dan manusia. Dia ingin menegur, tapi dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk memulakan bicara. 

"Silakan masuk!"
Tidak sempat Mus memulakan bicara, orang tua itu terus masuk ke dalam kawasan privasi istana bersama Yang Mulia Gusdur. 

"Kau kenal, siapa orang tua tadi?"
"Kalau kau nak tahu dialah manusia jadian seperti kau, tak mengapa bila dia sudah selesai berurusan aku akan kenalkan dia pada kau!"
"Ya..tapi apa namanya?"
"Tak silap aku namanya Tuan Kusma, dia sudah lama berada di sini."

Yang Mulia Gusdur sedang duduk di kerusi diraja sambil Tuan Kusma sedang berdiri mengadap tingkap istana yang luas

"Aku faham, kaum kau perlukan pertolongan, tapi kaum aku juga bertanggungjawap pada orang-orang aku"
"Makhluk Sang Mata Satu sudah menganas, habis satu kampung kami dah dimusnahkan. Aku perlukan pertolongan dari kesatria kau. Aku baru dapat tahu kau punyai seorang kesatria yang boleh mengalahkan Orion dengan satu libasan pedang."
"Memang aku ingin kenalkan dia pada kau! Dia pun pasti tidak sabar untuk berjumpa dengan kau."

Mus melangkah kaki masuk ke perkarangan privasi istana Yang Mulia Gusdur. Tuan Kusma seolah-olah tidak percaya yang Mus itu adalah separuh manusia seperti dirinya. Tapi, mana datangnya kekuatan yang ada pada Mus?"
"Sekarang, aku perkenalkan inilah kesatria dan juga cucu aku Mustafa"

Semua terdiam menanti masa yang sesuai untuk memulakan bicara. Mus masih lagi diam membisu dia tidak tahu apa yang ingin dibicarakan. Dia sendiri masih lagi sukar mempercayai dirinya sendiri. Sejak sekian lama dia tidak pernah mengenali datuknya seorang duyong.

"Mus, kau mesti tolong kami! Satu persatu kampung kami musnah dengan orang-orang ganas Sang Buaya dan Sang Mata Satu. Aku tak pasti apa yang ada diri kau, tapi kami amat memerlukan kau untuk menghalau mereka jauh dari kampung kami."
"Apa yang patut saya lakukan? Saya boleh tolong, tapi..."
"Tapi apa Mus? Kami semua sedia berjuang di bawah kau."

Yang Mulia Gusdur datang dengan mencelah perbualan Mus dan Tuan Kusma.

"Mereka ramai, terlalu ramai Mus!"
"Adakah kita punyai pilihan lain? Lambat laun, alam duyong juga akan diserang."
"Tuan Kusma! aku bersetuju bawa saya ke sana, setakat mana yang saya boleh tolong, saya akan tolong."

Alam yang asing tetap asing pada Mus, tiada gunanaya dia teruskan hidup di alam duyong selamanya. Di sini, bukanlah tempat untuk dia beristirehat, bersandiwara dan berkeluarga. Di sini dia punyai tugasan yang perlu dilaksanakan, walaupun seberat mana tanggungan walau mungkin meragut nyawanya sekalipun dia sudah redha dan pasrah. Dia sedar dia dihidupkan di alam ini sebagai pejuang, dan dia ingin sekali mati sebagai seorang pejuang. Dia sudah bertekad dan tidak mungkin lagi dia berubah.

"Tunggu! izinkan kami mengikut kalian." Sang Gelama dan dua lagi kesatria duyong turut serta mengikut.

Yang Mulia Gusdur tunduk dan memberikan kebenaran. Dia sedar keputusannya melepaskan Mus dan kesatrianya adalah satu ancaman besar pada alam duyong. Sekirannya mereka tidak kembali tiba masanya Orion dan tentera makhluk Sang Mata Satu bila-bila masa boleh memusnahkan orang-orang duyong dengan mudah. Inilah satu keputusan yang berat terpaksa direlakan demi orang-orang alam duyong dan alam separa duyong.


"Mus! ambil pedang ini. Pedang ini jugalah yang digunakan moyang kamu. Walaupun dia seorang duyong tapi kekuatan yang ada pada dirinya sungguh luar biasa. Cincin ini  juga datuk hadiahkan pada kau. Ingat wahai cucuku, jagalah diri kau baik-baik, datuk minta maaf kerana tidak dapat pergi bersama kau. Datuk kena jaga orang-orang kita di sini."
"Tak mengapa Pak Gusdur..errr..datuk."
"Saya berjanji akan datang kembali ke sini dan tolong datuk."
"Terima kasih Mus"

Penyu alam duyong datang melabuhkan dirinya untuk dinaiki. Mus, Gelama, Patin, Kerapu sudah bersedia dengan baju besi dan senjata masing-masing yang tersemat di pakaian perang mereka. Mereka terus berangkat ke suatu alam yang jauh dari duyong. Mus tidak pasti di mana, tapi cara ini mungkin dia dapat mencari jalan untuk keluar dari alam duyong suatu masa nanti. Tapi pada kali ini dia hanya teruskan arus kehidupannya selagi apa yang difikirkan takdir telah tertulis untuk dirinya.

Penyu emas berenang dan memecut kelajuan dengan bantuan tali mereka bertaut. Mus terpesona dengan kecantikan alam di dasar lautan menelusuri ratusan ribu ikan-ikan dan kehidupan laut yang sangat aneh pada dirinya. Ya, dia pernah berenang dalam lautan, tapi sebagai nelayan biasa dia tidak nampak sejelasnya seperti mana yang dia alami sekarang. Gunung-ganang mereka lepasi dan gua-gua mereka telusuri sungguh indah ciptaan Tuhan.

"Hati-hati!, aku rasa ada sesuatu yang tak kena." Suara Tuan Kusma memecah.
Penyu mulai perlahankan kelajuan. Mereka sedang diekori. Mus dan Kusma turun dari kenderaan. Mereka bersembunyi di sebalik batu-batu gua.

“Ssssssssssssssssssss”

Kedengaran suatu bunyi yang biasa didengari.

"Orion!" Gelama mencelah dengan suara membisik.

Mus sudah bersedia dengan mengangkat pedang. Dia tidak pernah rasa takut dengan sebarang makhluk asing di alam lautan.

"Bismillah!"
ZAP!!!! belum pun sempat Orion datang, Mus sudah memenggal kepala ular jadian yang menjadi tunggangan Orion. Putus!

“Sssssssssssssssssssssssssssssss”

Bunyi ular datang lagi, kali ini bukan satu tapi lima ekor bersama Orion!

"Kau akan tewas Mus! Jangan ingat kau tu hebat!"

Mulut ular jadian terbuka luar menampakkan gigi taring yang tajam, seolah-olah kelaparan dengan daging orang duyong. Mus terus menggengam pedang sekuatnya. Setelah dua jam bertarung, Mus Orion mengundur diri menghilangkan diri di tengah-tengah ombak lautan.









http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.



Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari, sapukan losyen panas masa nak guna
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...