Misteri Nelayan Hilang Terperangkap di Alam Ikan Duyong Siri 4

Mus termenung di jendela mengenangkan nasibnya di alam duyong. 
Adakah ini sudah menjadi takdir aku? Adakah aku ditakdirkan berada di alam ini. Dia terkenangkan saat-saat indah sewaktu dia menjadi seorang nelayan bersama Mus. Hidupnya tidaklah semewah mana, tapi perasaan dan rasa hidup sebagai manusia itulah yang paling indah buat Mus. Walaupun dia di alam duyong, umpama raja yang tidak perlu keluar mencari rezeki. Namun, dia punyai tanggungjawap yang amat berat. Kalaulah boleh diulangkan kembali, nescaya dia tak akan terfikir nak cari air mata duyong. Karut! menang kerja karut!. Tapi semuanya sudah terlambat. 

"Kau jangan cepat putus asa Mus... Masih lagi ada peluang untuk kau keluar dari tempat ini. Kau boleh Mus, kalau kau tak cuba kau tak akan tahu sedalam mana kau berada. Hish! Aku tak pasti sekirannya aku timbul di tengah-tengah lautan, ada sesiapa yang boleh selamatkan aku. Lagipun aku tak tahu di mana lokasi aku, di pasak bumi mana? Entah-entah aku sedang berada di dalam dasar lautan atlantik. Sekirannya aku timbul di tengah-tengah, siapa yang nak selamatkan aku?" Detik hati Mus berbicara

Mus menarik nafas keluhnya sekali lagi. Mahu atau tidak dia terpaksa mengharungi semua ini. Kakinya melangkah longlai, dia pasrah tapi perlu akur dengan takdir yang telah tertulis pada dirinya.

"Mus! Mus! mari sini!" Mus terdengar seorang lelaki yang memanggilnya. 
"Ya, Kau siapa?" Mus memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Dia masih lagi ragu-ragu dan sukar mempercayai sesiapa saja di alam ini. 
"Nama aku Gelama, aku ingin tunjukkan kau sesuatu." 
Dia menarik tangan Mus ke arah sebuah kolam. Mus tertanya-tanya mengapa?
"Cuba kau tenung kolam ini lama-lama...aku tahu kau rindukan kampung kau, di kolam ini kau boleh lepaskan rindu kau. Tapi kau kena yakin yang kau boleh melihat di alam sana. Yakinlah kau boleh Mus."

"Baiklah aku cuba. Kalau tak nampak apa-apa aku ketuk kepala kau dengan batu ni..." Mus tersenyum dan menarik nafas dengan penuh rasa keyakinan. Dia benar-benar rindukan kampung halaman. Apa yang paling penting dia ingin tahu apa yang telah terjadi pada Dahlia, tunangnya yang bakal dinikahi tahun depan. 

Alam Manusia Persisiran Pantai

 "Banyak ikan kau dapat tangkap hari ni Johan! bertuah kau, orang lain guna bot macam kau tapi tak la sebanyak ini, kau guna ilmu apa ni...hahaha"
"Ilmu panggil ikan duyong..."
"Kau ni main-main plak...teringat aku pada Mus. Dengar kata dia hilang masa cari ikan duyong la...kalau kau nak jadi senasib macam Mus dan Man silakan...ambil ilmu hitam Tok Dalang."
"Aku gurau je..tak kan nak serius"

"Cuba kau tengok tu...Si Dahlia, tak habis-habis duduk tepi pantai termenung sorang-sorang...kesian aku tengok. Nasib baik bini aku garang, kalau tak, boleh juga buat bini kedua. Aku bukannya apa...kesian kat dia saja, sunyi tak macam dulu..."
"Kau memang gatalkan! Kot ye pun, bagilah chance kat aku, aku ni bujang..."
"Kau bujang tapi lembab, tak reti nak tackle aweks...tengok aku..."

Mus tersenyum bila mendengar perbualan kawan-kawannya Johan dan Khai. Merekalah kawan yang banyak menolongnya sewaktu dia jadi nelayan dahulu. Mata Mus tertumpu pada Dahlia. Dia kesian pada tunangnya yang masih lagi mengharapkan dirinya. 

"Bolehkah aku kembali pada alam manusia? Aku tanya ni...bolehkah aku kembali ke alam aku?" 
"Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, boleh Mus, kau bukan macam kami, kau boleh lakukannya. Badan kau boleh bertukar mengikut alam yang kau diami, tak macam aku..."
"Tapi kau tahu kat mana kita sekarang? maksud aku di mana caranya aku boleh pergi ke kampung aku?"
"Maaf Mus, aku tak tahu..." Gelama terpaksa berbohong. Dia sudah diberikan amaran pada Pak Gusdur agar Mus dapat kekalkan berada di alam duyong. Alam ini amat perlukan Mus kerana dia punyai darah daging manusia dan raja ikan duyong.
"Tolonglah aku perlu kembali ke alam aku! Kau tak akan faham, bagaimana perasaan kau sekirannya kau terperangkap di alam yang berbeza!"
"Aku tak boleh buat apa-apa Mus! Lagipun kau bukan terperangkap. Kau memang sepatutnya berada di sini. Di sinilah tempat kau Mus!"

Angin malam menyentuh kulit Mus. Walaupun duyong adalah specis ikan, tapi mereka punyai darah panas seperti mamalia. Ya! mrereka seperti manusia tapi mereka hidup di alam dasar lautan. Bukankah alam ciptaan Tuhan ini luas?

"Tak mengapa Mus, lama - kelamaan kau akan tahu betapa indahnya alam ini, 2/3 bumi kita adalah alam kita. Kerajaan alam duyong adalah yang paling besar Mus. Pak Gusdur itulah pemimpin kita...dan kau, Mus adalah pewaris tahta Yang Mulia Gusdur. Satu-satunya pewaris yang masih lagi hidup."
"Kau? apa kena mengena dengan istana ini?"
"Aku hanyalah satria biasa. Aku bertanggungjawap atas keselamatan penghuni istana ini. Lagipun kau terlalu kuat Mus, kau tak perlukan aku...ha!ha!ha!" Gelama cuba berjenaka agar dapat menghilangkan rasa gundah gelama dan rindu yang teramat di dada Mus. 
"Iyalah! kalau begitu, kau kesatria, kau sajalah jadi pemimpin di alam ini. Aku sebenarnya tak biasa. Aku dulu nelayan biasa saja. Bukan orang sebarangan."

Istana Alam Duyong

Sang Suri sedang bersiap sedia untuk berjumpa dengan Mus. Rambutnya disisir rapi, dan bibirnya di salutkan dengan warna merah umpama lipstik. Beberapa kali dia memandang dirinya di cermin. 
"Aku ni tak cukup cantikkah? Mus masih lagi tak pandang pada aku!"

"Datuk Gusdur! silakan masuk, tuk".
"Sang Suri, aku ingin kau yakinkan Mus agar terus tinggal di alam kita. Kau lah satu-satunya alasan yang baik agar dia tidak teringat pada kisah silam dia."

Yang Mulia Gusdur berjalan ke hadapan dan ke belakang sedang memikirkan sesuatu.

"Geram betul aku pada si Gelama, tak sepatutnya dia bawa Mus ke kolam jadian tadi!"
"Apa? Mus sudah tahu caranya untuk pulang ke alamnya?"
"Belum, tapi kita perlu jauhkan dia dari berfikir ke arah itu. Kau tahu, fikirkan manusia itu amat besar dan hebat, tiada batasan. Kalau Mus sentiasa fikirkan jalan keluar, satu masa dia akan dapat jawapannya dan kita akan kehilangnya."
"Ya datuk  Suri faham maksud datuk. Suri juga sudah rasa jatuh cinta pada Mus, Tapi tak pasti adakah dia punyai perasaan yang sama? Padanya Suri tak cantik dan menarik!"
"Kau cuba gunakan kelembutan dan kebaikan jangan hanya mengharapkan luaran kau saja. Datuk tahu dan seluruh alam ini sedar kau adalah antara duyong yang tercantik. Tapi sekirannya kau terlalu bergantung pada luaran, kau tak akan dapat miliki Mus. Dia bukanlah seorang yang mudah untuk memiliki! Lagipun kau tak punyai kaki seperti dia!"
"Ya, datuk…Suri faham"

Kamar Istana Duyong

"Mak! Mak! Mak! Jangan tinggalkan Mus Mak!"
"Mus! dengar sini nak...mak tahu kau nak keluar dari alam ini. Kalau benar-benar kau nak tahu, ikut mak! Mak akan tunjukkan jalan."
Mus menganguk dan menurut kata. Dia mulai melangkah ke arah pintu gerbang yang terbuka luas. 

"Mus! Mari! Mari! Sini!"
Mus tetap meneruskan langkah demi langkah. Dia seolah-olah tidak dapat tahan lagi hidup di alam ini.

"Berhenti! Aku kata berhenti!"
Yang Mulia Gusdur sudah berada di ambang pintu gergasi istana, sambil bersedia dengan pedangnya. Kelihatan Gelama berada di sisi. 

"Nah! ambil kau!" 
Yang Mulia Gusdur terus memancung wanita itu, terus dia bertukar menjadi seekor ular jadian yang amat besar. 
“ssssssssssssssssssssssssssssssssss”
Ular itu berbunyi mulai marah dan menyerang Pak Gusdur dan Gelama. 
Gelama terus bergerak mengambil langkah ke belakang. Tampa ular itu sedari, di libasnya pedang dari belakang ular hitam. Ular itu ingin menyerang kembali. Bilamana dia ternampak Mus yang mulai melangkah ke hadapan, dia terus lari dan menghilangkan diri di lautan yang gelap dengan kepekatan malam. 

Mus masih lagi berdiri kaku. Tidak berkata apa-apa. Dia sedar, dirinya telah tertipu dengan makhluk jahat dari Sang Buaya dan Sang Mata Satu.
"Mereka sudah guna cara halus!"
"Hati-hati Mus!"

Mus masih lagi diam membisu. Malam itu setelah terjaga dia tidak dapat tidur lena. Wajah ular hitam besar dan gigi taringnya yang luas masih lagi terbayang di mata. Dia terasa dia diperhatikan, dan makhluk itu berada dekat denganya. Sepasang matanya liar memandang ke arah kiri dan kanan. 
Tiada apa-apa! 
“ssssssssssssssssssssssssss”
Masih lagi kedengan bunyi ular tapi sayup-sayup dia semakin jauh pergi. Degupan jantung Mus mulai reda. 

Besar betul dugaan dia di sini!



http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.

Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari, sapukan losyen panas masa nak guna
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...