12% Mati Sebab Kanser di Malaysia


PUTRAJAYA - Sebanyak 12 peratus kematian dilaporkan di hospital kerajaan setiap tahun akibat kanser yang merupakan satu daripada lima punca utama kematian di Malaysia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pada tahun lalu sahaja, kerajaan membelanjakan RM100 juta untuk membeli ubat-ubatan bagi merawat pesakit kanser di hospital kerajaan.

Katanya walaupun kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit bagi menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pusat rawatan terbaik untuk merawati penyakit itu, namun kesedaran orang ramai lebih penting bagi mencegah atau mengesan penyakit itu lebih awal.

"Kita ada sistem perkhidmatan dan kemudahan di hospital kerajaan atau swasta. Kita harap rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi dan pastikan menjalani pemeriksaan saringan bagi mengesan penyakit ini di peringkat awal," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kanser payu dara, paru-paru, kolorektal, hidung, limfoma, serviks dan prostat terus menjadi kebimbangan rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak melepaskan peluang menghadiri saringan percuma, kempen dan forum mengenai penyakit kanser yang dijalankan di seluruh negara sempena Bulan Kesedaran Kanser pada Oktober ini.

"Tolong hadiri untuk mendapatkan maklumat, nasihat dan kalau boleh jalani pemeriksaan yang disediakan untuk mengesan penyakit ini," katanya.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser menjadi punca kematian lebih enam juta lelaki dan wanita pada tahun 2000 manakala lebih  10 juta kes baharu penyakit kanser dikesan setiap tahun di seluruh dunia. - Bernama
---------------------
Sebab tu lah langkah awal dan berjaga-jaga jangan sesekali dipandang ringan

Penaja
Kesan Sebarang Bentuk Ketumbuhan di Payudara Anda
Rasa Konfiden Tampa Ketumbuhan, Cegah dari Awal dengan alat pengesan ketumbuhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...