Tuesday, October 1, 2013

Suami isteri dituduh bunuh anak 5 tahun dengan bakar arang

Suami isteri dituduh bunuh anak 5 tahun
Yin Tinn bersama suaminya, Yook Cheang dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh anak perempuannya di Taman Sri Manja tiga minggu lalu.
Petaling Jaya: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membunuh anak perempuan mereka berusia lima tahun, tiga minggu lalu.

Tertuduh, kontraktor, Hiew Yook Cheang, 49, dan isterinya, Wong Yin Tinn, 37, didakwa bersama-sama membunuh Mable Hiew, di Nombor 20-3A, Jalan PJS 3/46, Sri Manja Square, Taman Sri Manja, antara jam 7 petang, 13 September 2013 dan jam 8 pagi, 17 September 2013. 
Tiada pengakuan direkod 


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan sebaik tuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aifaa Che Abdullah, tidak menawarkan sebarang jaminan dan meminta mahkamah menetapkan tarikh sebutan sementara menunggu laporan kimia.

Cuba bunuh diri 
Mahkamah menetapkan 7 November depan untuk sebutan kes. Pada 19 September lalu, BH melaporkan, seorang kontraktor cuba membunuh diri bersama ahli keluarganya dengan membakar arang di dalam rumah, sehingga mengakibatkan anak perempuannya berusia lima tahun lemas terhidu asap.

Pasangan berkenaan dan anak lelakinya berusia tujuh tahun bagaimanapun terselamat dalam cubaan membunuh diri itu. - bharian

------------------------------

Benci betul...itulah nak bunuh diri kononnya...akhirnya anak yang kena...
Aku rasa ini semua idea si bapak dia yang banyak hutang
Inilah akibat banyak sangat hutang memang ada rasa nak bunuh diri aja....

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas