Pelajar universiti didakwa ugut sebar gambar bogel wanita


MELAKA 24 Sept. - Seorang pelajar sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan termasuk mengugut seorang wanita serta memiliki gambar lucah pada bulan lalu.

Mohd. Hidayat Abd. Ghani @ Mukhtar, 23, dari Batu Buruk, Terengganu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan ketakutan terhadap wanita berumur 22 tahun itu dengan mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa dengan tujuan mangsa menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pangsapuri Bukit Beruang Permai di sini kira-kira pukul 2.27 pagi antara Ogos dan 2 September lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Hidayat didakwa melakukan pemerasan dan cuba mendatangkan ketakutan kepada mangsa yang sama untuk menyebarkan gambar bogelnya supaya menyerahkan wang tunai RM5,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini pada pukul 10.41 pagi, 17 September lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
- utusan

---------------------------------

Zaman sekarang zaman social media...jadi berhati-hati lah sentiasa...kita pun kena juga terutama masa nak salin baju dalam bilik changing room, dalam spa ke tandas awam ke. Ada ramai yang dah jadi mangsa. Ada orang yang pandai tukar kepala lain, badan lain, jadi nampak macam orang yang sama. Boleh jadi fitnah sana-sini, dan boleh dijadikan ugutan tuk dapatkan duit dengan cara yang mudah...
sebenarnya bukan dia sorang, banyak lagi kes-kes sebegini, kebanyakannya budak2 muda yang ada smartphone....macam2 boleh record dan terus plak masuk dalam youtube atau facebook. 

==============================

Mesin Kecantikan

Buat apa belanja mahal-mahal di salon, lebih baik buat sendiri lebih jimat dan menggunakan tekno paling terkini dan pantas dalam Memutihkan, Menggebukan dan Mengurankan Kedutan Kulit 

Sinar Jahitan

Sinar Jahitan
Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...