Kuala Lumpur: Maxis Bhd, yang mengambil langkah untuk menambahbaik struktur organisasi, mengumumkan tawaran Skim Peralihan Kerjaya kepada warga kerja terpilih yang jawatan mereka menerima kesan daripada usaha penambahbaikan itu.
Pada Jun tahun ini, syarikat itu melaksanakan langkah menambah baik struktur organisasi untuk menjadikannya lebih cekap dan menyokong strategi pertumbuhan. Ketua Pegawai Operasi Bersamanya, Nasution Mohamed berkata, skim itu memberi peluang kepada warga kerja terbabit dan syarikat untuk mendapatkan manfaat bersama. “Ini membolehkan kami menyelaraskan kemahiran pekerja dengan keutamaan perniagaan kami dan bagi pekerja yang memutuskan untuk mengambil skim tersebut untuk meneroka peluang yang lain,” katanya. Peralihan kerjaya bermula apabila kerjaya seseorang individu itu berakhir dengan satu syarikat dan tempoh peralihan tamat apabila individu itu mendapat pekerjaan semula.
Maksud tersirat adalah maxis ingin mengurangkan pekerja dengan menawarkan skim peralihan kerja. Dia suruh org berhenti cari keja lain dan kemudian sambung keja dengan dia. Tapi tak ada guarantee boleh sambung balik ke maxis nampaknya.
Kita pun tahu sekarang ni ramai sangat graduan yang minta kerja, banyak permintaan dari penawaran. Jadi mulakan dengan berniaga. Insyallah kita ramaikan peniaga-peniaga muslim. amin
No comments:
Post a Comment