"Hai, nama saya Malaysia."

KUCHING: Detik 12 malam, tanggal 16 Sept, 1963, tatkala tembakan meriam meraikan penyertaan Semenanjung, Sarawak, dan Sabah dalam Persekutuan Malaysia, Rabayah Sariee dan suami, Sahat Sonong, gembira menyambut kelahiran anak lelaki di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.

Atas rasa syukur menimang cahaya mata dan tanda cinta kepada negara yang baru ditubuhkan itu, Sahat mengambil keputusan untuk menamakan anak lelakinya itu 'Malaysia'.

Di Kampung Nanas, Simunjan, kira-kira 125 km dari Kuching, Udin Matasen, anggota 'tegar' Parti Negara Sarawak (Panas), satu daripada parti dalam gabungan Parti Perikatan Sarawak, menyambut kemenangan parti gabungan itu dalam pilihan raya Majlis Daerah 1963 dengan turut menamakan cucu perempuannya, 'Malaysia'.

Anak perempuan Udin, Jijah Udin dan suami, Yap Masili tidak membantah terhadap cadangan itu memandangkan anak perempuan mereka sememangnya dilahirkan pada tanggal istimewa itu.

Malaysia Sahat dan Malaysia Yap adalah antara mereka yang dilahirkan pada tanggal 16 Sept, 1963, diberi nama 'Malaysia' kerana lahir pada tarikh keramat tertubuhnya sebuah negara baru.

Mereka berdua juga adalah antara 10 peserta 'Anak-anak Malaysia' dari Sarawak yang dijangka terlibat dalam acara sambutan Jubli Emas Pembentukan Malaysia pada 16 Sept ini, di sini.


Berita mula diterbitkan pada: September 15, 2013 08:00 (MYT) astro awani

----

Memang sungguh patriotik ...salut mereka yang sangat sayang dan cintakan pada negara kita....kebanyakan mereka dari sabah dan sarawak...memang luar biasa cintanya mereka pada negara
Orang-orang yang sebeginilah yang memberikan negara kita keamanan dan kedamaian...sebab mereka sanggup buat apa saja demi negara yang mereka cinta, walaupun tidak mendapat apa-apa pada diri mereka...sungguh murni..hati mereka

----

Motivasi Kuruskan Badan
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas
Bakar Lemak 10 kali pantas dengan wap panas sauna panas
Kuruskan Badan Dengan Pantas
Percuma losyen panas...gerenti panas
Lemak anda gerenti akan cair bersama losyen panas dan wap panas sauna pants
Cubalah!! Buat apa nak ternak lemak lama-lama, bila keras lagi susah hati

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...