Sunday, September 29, 2013

Di Celah Pasar Malam Kuala Lumpur



Malam weekend biasa ada pasar malam, tiap kali ada pasar malam laki aku mesti nak beli jagung dengan akak ni...dah bertahun-tahun dia meniaga pasar malam dan jual jagung dan hanya jagung, sebabkan dia dah lama jual jagung, jagung yang dia jual memanglah sedap...tak ada yang keras semuanya masih lagi baru dan terasa kemanisan dan lemak jagung tu...

Close shot, gambar akak penjual jagung...senang aja kerja dia, ambil jagung, bukak meja dan rebus jagung dan jual jagung...simple kan...nak dapat duit..kenalah usaha seperti akak ni..hehehe

Ini pulak famili bisnes, jual aneka mee sup, beehun sup, soto dan laksa...kat belakang boleh makan di sana kalau nak...air beli sendiri heheh..lepas makan silakan kemas dan buang di dalam tong sampah yang telah disediakan..

Nun...di belakang aku nampak seorang lelaki umur dalam 40an sedang duduk sendirian dan menikmati mee sup dia..dengan amat khusyuk sekali...betul..dia tak pandang tempat lain..tunduk dan makan mee sup dengan penuh kelazatan sorang-sorang..hehehe...

Hari ni aku pilih untuk beli kuew tiaw goreng, sebab aku nampak kerang tu menyelerakan...ramai juga orang yang beratur untuk beli kue tiaw goreng ni...tengok sampai nak abis dah....harga murah dalam rm2.50 memanglah banyak dan kenyang...

Masa laki aku beli buang dukong ni...dia kena tipu...peniaga letakkan buah yang cantik dan sedap kat bahagian depan jadi bila kita cuba rasa, memanglah buahnya sedap dan cantik, bila kita nak suruh dia bungkuskan dia cedok tempat buah yang kurang cantik dan lama...balik rumah agak hampa...


Sambil jalan-jalan aku selalu perhatikan kanak-kanak yang meniaga di pasar malam. Kalau korang nak tahu, di celah-celah kehidupan di kuala lumpur ni, memang ada kanak-kanak yang dijadikan pekerja..tak sekolah dan bekerja untuk mencari nafkah biaya kehidupan mereka di kota. Kat penjual buah ni..tak ada langsung orang dewasa semuanya kanak-kanak yang meniaga...yang berdiri itu agak-agak dalam umur 13 tahun yang paling kecil tu dalam 5-6 tahun..Suara mereka memanggil pelanggan datang mencuit hati aku, lantas aku pun berikan senyuman dan snap gambar, budak-budak tu senyum kat aku....
Aku hanya mampu berdoa agar budak-budak ini selamat dan menjadi seorang ushawan yang berjaya bila mereka besar nanti insyallah..

Aku teruskan jalan-jalan dan tiba di tapak pakcik yang jual sayur kampung. Actually, dia dan isterinya berniaga, umur mereka berdua anggaran dalam 50an tapi dah bertahun-tahun berniaga sayur kampung dan segala yang berkaitan dengan kampung, termasuk telur ayam kampung. Kat belakang aku nampak ada van kecil, isteri sedang mengupas petai. Aku adalah salah seorang pelanggan tetap dia setiap weekend. Biasanya aku beli serai, daun limau purut dan telur ayam kampung. Aku respek dengan semangat pakcik ini untuk berniaga demi mencari nafkah di pasar malam di tengah kota kuala lumpur...Modal dia hanyalah lori kecil, dan sayuran itu dia pergi ke kampung-kampung untuk dijualkan di pasar malam. Aku anggarkan keuntunggan dia dalam RM50 semalam
Close shot pakcik tua yang bersemangat berniaga pasar malam

Jalan lagi ...aku berhenti untuk beli barang dapur yang dah semakin susut, maklumlah hari-hari aku masak untuk famili aku, jadi barang keperluan asas seperti bawang, kentang dan ikan bilis mesti di restok.

Abang ni dah lama meniaga, meja dia adalah yang paling panjang penuh dengan barang-barang keperluan asas dapur dan barang runcit. Tengok lori la...kat belakang tu..punyalah besar, dan ada beberapa pekerja yang membantu. Aku anggarkan abang ni dapat dalam ribuan ringgit untuk satu malam. Bayangkan berapa banyak pasar malam dia pergi confirm dalam 4-5 pasar malam, aku anggarkan jualan dia dalam puluhan ribu ringgit sebulan..memang dia kaya..tapi orang pasar malam kita nampak biasa je..tapi di celah-celah pasar malam ini ramai yang kaya raya mengalahkan orang yang bekerja di bangunan elit kuala lumpur.
Well ...itu saja cacatan aku kali ini...

Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari 
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

Kuruskan Badan Dengan Pantas

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas