Syarikat Forex Penipu

SENARAI SYARIKAT SCAM & MENIPU

Berikut adalah senarai syarikat-syarikat scam yang bermodus operandi yang sama untuk melakukan penipuan yang amat jijik & keji:-



a) GORGEOUS CHAIN SDN. BHD. (telah ditutup setelah penipuan terbongkar)

    SUITE 2A, TINGKAT 18, PLAZA SENTRAL,

    KL SENTRAL.

b) TITAN BENCHMARK SDN. BHD,

     UNIT 1, TINGKAT 8, MENARA AMCORP,

     PETALING JAYA.

c) REAL INGENIOUS SDN. BHD,

    TINGKAT 15, TOWER A,

    MENARA UOB BANGSAR,

    KUALA LUMPUR.

d) PREMIER PODIUM SDN. BHD,

    LEVEL 11, MENARA NORTHPOINT MIDVALLEY,

    KUALA LUMPUR.



Berhati-hati, syarikat-syarikat scam ini memang licik dalam menjalankan operasi penipuan yang amat jijiknya seperti mengiklankan jawatan kosong di Jobstreet & Starjobs:-

IMMEDIATE VACANCIES
ADMIN ADMIN
EXECUTIVE ASSITANT
RM2200-RM3000 RM1800-RM2000

REQUIREMENTS:
-Diploma/ Degree in any fields
-Fresh Graduate are encouraged to apply
-With/ without any experience
-Willing to learn new things (SKIL2 UTK MENIPU LE TU!!)
-Immediate Starter
-Preferably age below 30
……………………………………………………………..
BENEFIT:
-Career Advancement Opportunities
-Yearly Bonus
-5 days a week (INDOOR)
-Annual leave and Annual dinner
-Company Trip (local / overseas)
-Easy access to public transport

(LRT / BUS)



Antara Modus operandi & kegiatan jijik mereka:-

1) Kebanyakan target mereka ialah fresh graduate yang berbangsa Melayu. Oleh itu, kebanyakan staf mereka berbangsa Melayu. Ini untuk first impression mungkin.

2)Masa interview, dia akan kata kerja kita macam ni, macam tu. Tapi masa training, bukan itu yang akan diajar. Dia akan ajar kita tengok market, analisis graf, tengok turun naik harga. By the way, company ni, company FOREX scam.
3) Diorang akan berbelah bagi dan sentiasa bagi alasan bila korang mintak offer letter. Apa yang susah sangat nak bagi tak tahu lah.
4) Masa cuti Sabtu Ahad, ada la staf akan call korang. Konon caring tanya itu ini. Ada udang di sebalik batu rupanya.
5) Staf-staf situ akan pujuk korang hari-hari untuk ajak famili korang invest. Invest bukan seratus dua ratus. Beratus ribu jugak la.
6) Gaji dan komisyen sangat kabur. Means, korang akan blur cemana sistem pemberian gaji diorang. Dapat ke tidak.
7) Bila kantoi kena tangkap dengan polis, diorang akan bukak lagi kompeni lain dengan nama lain.

Dan macam-macam lagilah cara diorang nak menipu. Paling tak tahan tu, bangsa sendiri, MELAYU pun join menipu. Tak ke sedih?

Aku kecewa sangat-sangat. Cuba tengok CINA contohnya. Yes aku akui yang kaum-kaum CINA ni memang sesetengahnya racist dengan bangsa lain, MELAYU terutamanya. Tapi, aku kagum sebab jahat diorang tu bukan terhadap kaum dia sendiri. Sama-sama CINA saling bantu membantu. Sebab tu banyak CINA kaya kat KL/Selangor ni. Nak banding MELAYU? Terbalik. Baik kemain dengan bangsa lain, pijak semut pun tak mati. Dengan bangsa sendiri? Tipu orang, khianat orang. Sanggup makan duit haram sebab nak kaya. Dah la imej semua baik-baik je. Semua bertudung. Tapi hati busuk!!!

So guys and ladies, kalau korang nak apply job, make sure siasat dulu latar belakang company. Kalau tak de website company tu, baik tak payah la pergi interview. Memang sah-sah menipu. Jangan la tertarik dengan gaji yang mahal-mahal.

Aku ni kalau susah sangat dapat kerja, aku nak bukak perniagaan sendiri je. Bukan ke memang digalakkan dalam Islam?

Dalam usaha memudahkan kegiataan operasi jahat & sial ini, beberapa orang staff melayu perempuan yang telah dilatih & dibrainwash supaya mangsa-mangsa mudah dipedaya. Alangkah betapa liciknya mereka, Staff perempuan ini mengenakan penampilan & imej yang amat bergaya & profesional dengan memujuk rayu & memaksa mangsa-mangsa dengan memberi janji yang amat manis & juga menjanjikan tiada apa-apa risiko. Walaupun mengakui diri mereka sebagai perempuan islam dengan imej bertudung, tetapi tersirat dalam hati mereka beberapa habitat iblis yang amat jahat. Mereka langsung tidak mempunyai sifat belas kasihan & perikemanusiaan. Setelah mangsa mengetahui telah ditipu, pernah salah seorang daripada mereka berkata kepada mangsa “Padan muka…lagi cepat kau loss, lagi cepat aku dapat duit”…

------------
Graduan-graduan sekarang, harap jangan lah jadi mata duitan, bukan mudah nak dapat duit...
mana ada jalan pintas nak dapat duit kecuali di wariskan. Berhati-hati dengan apa juga situasi.

5 comments:

  1. Same scam company, different name.

    Crescenza Consultants Sdn. Bhd.
    Unit 11-9 Level 9 The Boulevard Offices, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra.

    Actor for Senior Manager, malay guy:
    Shaiful Bahri Samdin 710124-08-6147

    Actor for Head Manager, Indian guy:
    Allan J. Rick 760517-08-5689.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya sekarang melakuakn trading di broker octafx dan menurut saya selama kita melakukan trading dengan tetap maksimal maka kita bisa memperoleh hasil yang optimal. Untuk mencapai hal ini kita harus banyak belajar dan untuk itu sekarang saya konsen mengikuti kontes octafx demo champion dengan hadiah total 1000$ ( 500$ untuk posisi pertama, 300$ untuk posisi 2 dan 200 untuk posisi ke 3 ) serta Posisi terakhir mendapatkan hadiah hiburan sebesar $100

    ReplyDelete
  4. Kesempatan dalam trading market forex tergantung pada seberapa cepat dan tau kapan masuk dan keluar dari pasar, sehingga itu lebih baik dari pada me Lock open posisi dan mengharapkan beratus-ratus pips tanpa dasar yang logis.

    ReplyDelete
  5. Nak harap hati-hati je pilih broker forex ni. Bisa dilihat di Forex Broker Comparison tuk lihat broker yang terpercaye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...