Ibu derma organ anak mati

GEORGE TOWN – Demi melihat kanak-kanak lain yang mempunyai masalah organ hidup gembira semula, seorang ibu bersetuju mendermakan organ anak perempuannya yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kulim, Kedah.
Tahirah Sheikh Daud, 38, bersetuju mendermakan hati, buah pinggang dan jantung anaknya, Allahyarham Aliah Sofea Amran, 10, kepada Hospital Pulau Pinang (HPP).
Aliah, anak ketiga daripada empat beradik dirempuh kereta ketika melintas jalan untuk ke kedai yang terletak di depan rumah bapa saudaranya di Kulim pada 11 Ogos lalu.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian otak meninggal dunia pada 14 Ogos.
“Saya hanya fikir biar kanak-kanak yang memerlukan organ ini dapat kehidupan baharu walaupun pemergian anak saya adalah kehilangan besar yang cukup dirasai,” kata Tahirah yang bekerja di sebuah kilang di sini.
Menurut ibu tunggal itu, pengalaman melihat kesengsaraan pesakit kanak-kanak semasa berada di HPP dengan ada yang meraung kesakitan menimbulkan keinsafan buatnya sebelum dia berbincang dengan ahli keluarga dan bersetuju menderma organ Aliah.
“Sebelum kemalangan itu, Aliah memberitahu dia bermimpi pergi ke Mekah dan berpesan kepada saya supaya tidak perlu risau mengenai dirinya kerana dia mampu urus diri sendiri,” katanya yang percaya mimpi itu merupakan petanda kepadanya bahawa Aliah akan pergi selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...