Suami belasah isteri beraya dengan rakan

Kuching: Ketika sebahagian besar umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri, seorang wanita menjadi mangsa belasahan suami yang cemburu buta dan berang selepas dia keluar beraya bersama rakan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, wanita berusia 20-an itu dikatakan dipukul suaminya di rumah mereka di Petra Jaya, di sini, sehingga cedera di kepala dan badan.

Sumber berkata, kejadian berpunca daripada tindakan wanita itu keluar berhari raya bersama beberapa rakan perempuannya dipercayai tanpa pengetahuan suaminya yang berusia lingkungan 20-an.
Katanya, mangsa mendakwa dipukul menggunakan topi keledar di kepala oleh suaminya, selain ditampar di muka dan ditendang di pinggang sebaik tiba di rumah.

“Walaupun mangsa menjelaskan dia keluar dengan rakan perempuannya, suaminya tidak menghiraukan penjelasan itu dan terus memukulnya tanpa belas kasihan.

“Mangsa juga mendakwa suaminya mencederakan tangan sendiri dengan sebilah pisau dan memberitahu keluarga bahawa dia dicederakan isterinya dengan parang,” katanya.
Katanya, mangsa turut mendakwa kejadian seumpama itu bukan yang pertama kerana pernah berlaku beberapa kali sebelum ini hanya disebabkan perkara kecil dan remeh.

“Mangsa yang tidak tahan sikap panas baran dan cemburu buta suaminya membuat laporan di Balai Polis Gita untuk tindakan lanjut,” katanya. - hmetro
----------
Itulah akibat cemburu, hari raya yang bahagia jadi hari yang duka nestapa...semoga isteri ini tabah menghadapi dugaan ....

Rasai Kuasa Tenaga Warna

Photon Ultrasonic Alat Kecantikan Wajah Terkini dan Terlaris Di Jepun, Mengebukan, Memutihkan dan Membunuh jerawat dan Mengurangkan Kedutan dengan pantas dan alat wap sejuk panas memecahkan partikel air ke tahap ion yang paling kecil. 
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or SMS 013 308 4906 
-------------------------------------------------------------



Tawaran Hebat



Blouse, Dress dan Kurung Moden
Lagi Banyak koleksi d http://sinarjahitan.blogspot.com
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or SMS 013 308 4906 


----------------------------
Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?
Khidmat Catering, Cake, Coklat and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or sms 013 308 4906

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...