MELAKA - Seorang ahli perniagaan tidak menyangka dia kini dibebani hutang sebanyak RM264,700 selepas terpaksa meminjam dengan 29 ah long semata-mata mahu menjelaskan hutang berjumlah RM19,000 daripada seorang ah long.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan EE Khong Koy berkata, pada mulanya, ahli perniagaan berusia 46 tahun itu meminjam sebanyak RM19,000 dengan seorang ah long sebagai suntikan modal perniagaannya.
"Apabila tidak mampu membayar hutang tersebut, dia kemudian membuat beberapa pinjaman dengan 28 ah long lain semata-mata mahu menjelaskan hutang yang dibuat sebelumnya.
"Akibatnya, peniaga tersebut kini terperangkap dengan menanggung faedah hutang sebanyak RM264,700 setelah melakukan pinjaman dengan 29 ah long keseluruhannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam.
Berikut adalah koleksi gambar mangsa along
Jadi kawan-kawan sekalian harap berhati-hati dengan Ah Long ni. Target utama adalah melayu yang mata duitan.
No comments:
Post a Comment