ANGIN panas menggebu lalu menghempas kerjaya seni Alyah, awan hitam berarak laju mengelilingi setiap ruang peribadi pelantun lagu Kisah Hati itu.
Bulan Ramadan tahun ini benar-benar menguji pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan dan dia tidak pantas berserah pada keadaan untuk membetulkan kesilapan.
Benar, bukan mudah untuk Alyah berdepan dengan permainan tanda tanya soal jodoh dan status diri ditokok isu cuba memboikot media dan terbaharu menguruskan ibunya yang kurang sihat.
"Ramadan tahun ini paling mencabar dalam hidup saya, selain sibuk menjaga ibu saya sakit dan kerja berlari ke sana sini, saya jadi takut dan terasa berada di tengah-tengah.
"Tambahan pula dengan pelbagai cerita kurang enak mengenai saya berkahwin senyap-senyap dan cuba memboikot media, membuatkan saya hampir berputus asa," luahnya menghela nafas panjang.
Malah, sempena penghujung Ramadan yang ditinggalkan beberapa hari lalu, Alyah melihat ujian yang diledaninya berisi hikmah yang mendalam - rupa-rupanya masih ada yang sayang.
"Sudah banyak kalau hendak dikira kontroversi yang terjadi dalam kerjaya seni, tapi sudut pandangan saya perlu sentiasa berfikiran positif.
"Orang ramai masih ambil berat akan diri saya dan masih ada yang menyayangi saya. Berhubung perkara berkahwin, saya tidak pernah menyatakan ya atau tidak kerana saya tidak akan bercakap selagi sesuatu perkara itu belum pasti.
"Saya tidak mahu telan balik perkataan yang sudah saya cakap, saya bukan jenis orang yang takbur, jadi lebih baik saya menunggu perkara yang sudah terjadi ke depan, maka baru saya cakap.
"Dari dulu lagi saya takut apabila orang terlalu mahu ambil tahu akan peribadi saya, perkara akan jadi lain tapi kalau sudah sampai masa, saya tiada masalah untuk berkongsi dengan sesiapa cuma sekarang saya harap setiap orang faham situasi saya," jelasnya yang enggan membebankan fikiran ibunya berhubung teka-teki perkahwinannya.
|
Teka-teki
Adakalanya Alyah mengakui dia malu apabila sering disogok gosip berkaitan jodoh. Hal itu secara tidak langsung menampakkan dia seperti tidak laku walau kini sudah popular.
Tipu kata Alyah apabila perkara tersebut tidak membuatkan dia penat atau rimas. Cuma bagi penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor itu, kecintaannya cuma pada sahabat karib dan kerjaya seni.
"Saya jenis orang yang habis kerja balik ke rumah, malah individu yang saya jumpa setiap hari adalah kawan-kawan yang menguruskan kerjaya saya.
"Tiada apa yang boleh saya buat. Itu harga yang perlu saya bayar. Selagi boleh jawab, saya akan jawab. Bukannya mahu bermain teka-teki," tambahnya yang bakal mengadakan sebuah sidang akhbar menjelaskan situasi genting itu selepas sambutan Aidilfitri.
Nostalgia
Beraya tanpa arwah bapanya sejak lebih 13 tahun lalu mengimbau kenangan luar biasa bagi Alyah. Kongsinya, kenangan terakhir beraya bersama dan mendengar nasihat daripada individu yang digeruninya masih melekat sehingga sekarang.
"Saya seorang anak yang tidak sebulu dengan arwah bapa. Kebetulan, pada hari raya emak keluar bersama adik-beradik saya yang lain dan meninggalkan kami berdua di rumah.
"Bapa nasihatkan saya. Katanya saya sendiri yang akan mencorakkan kehidupan dan saya perlu menjaga emak saya.
"Seminggu kemudian saya ke Kuala Lumpur untuk uji bakat Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) dan sejurus kemudian saya mendapat berita bapa meninggal.
"Lebih pilu apabila saya pulang ke kampung, saya tidak sempat melihat wajahnya kali terakhir, cuma pesanannya yang terakhir itu yang dapat saya ingat sampai sekarang," ceritanya sayu.
Alyah memberitahu, dia mengambil kesempatan cuti Hari Raya Aidilfitri untuk menziarahi rumah saudara-mara di sekitar Johor dan Pahang.
Kesempatan itu juga diluangkan Alyah untuk berjumpa kembali dengan 11 orang adik-beradiknya lain. Itu juga nikmat raya tidak terhingga bagi Alyah.
"Apabila meningkat usia, hadiah paling bernilai pada Aidilfitri adalah berkumpul dengan adik-beradik. Kenangan ketika kecil duduk bersama menonton televisyen boleh dibawa kembali ketika beraya.
Rasai Kuasa Tenaga Warna
Photon Ultrasonic Alat Kecantikan Wajah Terkini dan Terlaris Di Jepun, Mengebukan, Memutihkan dan Membunuh jerawat dan Mengurangkan Kedutan dengan pantas dan alat wap sejuk panas memecahkan partikel air ke tahap ion yang paling kecil.
-------------------------------------------------------------
Tawaran Hebat
Blouse, Dress dan Kurung Moden
Lagi Banyak koleksi d http://sinarjahitan.blogspot.com
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or SMS 013 308 4906
----------------------------
Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?
Khidmat Catering, Cake, Coklat and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or sms 013 308 4906
No comments:
Post a Comment