Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.
Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel. “Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya.

--------
Lain kali kenalah beringat...dahulu... berzina itu haram di sisi Allah, kalau dia bagi masa untuk kita bertaubat tak pe, tapi kalau tiba-tiba dah berzina jatuh plak bangunan, camne nak sempat solat taubat. Kita semua tidak terlepas dari melakukan dosa, semua orang berdosa, tiada manusia yang suci, tapi kita hendaklah berani menghadapi kesalahan kita dan bertaubat, sebelum ajal menjemput kita. insyallah semoga kita semua di akhirkan ajal kita dengan khusnul khatimah, yang baik-baik. amin....
No comments:
Post a Comment