Kuala Lumpur: “Dia mendakwa bapa ayam itu menggertak bahawa seorang wanita pernah dibunuh kerana cuba melarikan diri,” kata Wati, 32, wanita yang membantu menyelamatkan seorang gadis dari selatan Filipina daripada berterusan menjadi mangsa sindiket pelacuran di Sandakan, Sabah.
Sebelum itu, gadis malang berusia 24 tahun dikenali sebagai Lisa itu diperdaya sindiket pelacuran antarabangsa sebelum dijual dan dipaksa menjadi pekerja seks di daerah itu sejak 11 Julai lalu.
Selama 16 hari Lisa menderita apabila terpaksa melayan nafsu buas lelaki tanpa kerelaannya hingga menyebabkan dia mengandung.
Lisa juga dikurung di sebuah apartmen bagi mengelakkannya melarikan diri daripada jagaan bapa ayam. Sengsara Lisa berakhir selepas diselamatkan keluarga Wati pada 27 Julai lalu sebelum diletakkan dalam jagaan polis sejak 24 Ogos lalu hasil bantuan Metro Ahad.

keadaan di selatan filipina yang penuh dengan tangisan dan sengsara |
----
sememangnya kita semua ingin keluar dari kemiskinan, yang selalu jadi mangsa adalah wanita, sebab wanita senang cair dengan pujuk rayu dan janji manis lelaki, tak kira yang muda atau tua, memang sama...mudah terpedaya, sebab itu kena selalu ingat mengingati antra satu sama lain dan sentiasa berlapang dada menerima teguran dari orang lain.
No comments:
Post a Comment