Sunday, August 18, 2013

Berbahagia dengan ujian



ALLAH menjanjikan syurga bagi hambaNYA yang menjalani hidup dengan baik. Hidup di dunia tidak akan sentiasa menyenangkan. Setiap manusia digilirkan untuk merasai perkara yang disukai dan yang dia benci. Ini kerana dunia dijadikan sebagai tempat ujian bagi manusia untuk membuktikan siapa di kalangan hamba ALLAH yang benar imannya dan siapa yang berdusta.

Firman ALLAH, “Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta (Al-Ankabut: 3)

Imam Ibnu Katsir rh menjelaskan dalam tafsirnya: “(Agar dibezakan) orang yang benar dalam pengakuannya daripada orang yang dusta dalam ucapan dan pengakuannya.

Sedangkan ALLAH SWT Maha Mengetahui apa yang terjadi, sedang terjadi, dan akan terjadi. ALLAH juga mengetahui cara terjadi sesuatu bila hal itu terjadi. Hal ini adalah ijma’ para imam Ahlus Sunnah wal Jamaah.”

Antara bentuk ujian yang dihadapi manusia adalah seperti firman ALLAH, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun
(Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.”(Al-BAqarah: 155-158)

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang sabar ketika ditimpa musibah mendapat tiga keutamaan sekali gus; selawat ALLAH, rahmat dan petunjukNya. ALLAH SWT tidak pernah mengumpulkan tiga keutamaan sekali gus dalam satu ayat kecuali dalam ayat ini iaitu keutamaan bagi orang yang sabar ketika mendapat musibah. Makna selawat ALLAH kepada orang yang sabar ketika mendapat musibah adalah: ALLAH memuji orang tersebut di hadapan para malaikatNya yang suci, hal ini sebagaimana dikemukakan Abu Al-‘Aliyah Al-Rayyahi rhm. (Syarh Al-Mumti’, Ibnu Al-Utsaimin)

Orang beriman percaya semua takdir ALLAH itu baik dan ada hikmahnya, kerana ALLAH tidak menjadikan sesuatu sia-sia. Mereka mengharap pahala darinya dan hanya orang yang sabar dicukupkan pahala tanpa batas, iaitu orang yang sabar semata-mata kerana ALLAH, bukan kerana terpaksa. Ini kerana sabar yang diganjari pahala adalah sabar di awal musibah.

Hikmah terbesar di sebalik musibah adalah dihapuskan dosa dan diganjari pahala sehingga dia beroleh Syurga ALLAH SWT. Nabi SAW bersabda, “Sungguh pahala yang besar bersama ujian yang besar. Apabila ALLAH mencintai seseorang, Dia memberi ujian kepadanya, siapa yang reda maka ALLAH reda padanya, dan siapa yang murka maka ALLAH murka padanya.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Apabila ALLAH menginginkan kebaikan pada hambaNya, disegerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila ALLAH menginginkan keburukan pada hambanya, ditahan baginya balasan dosanya hingga akan disempurnakan pada hari kiamat.” (Hasan sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Ketahuilah, ALLAH tidak sesekali menimpakan ujian kecuali sesuai kemampuan hambaNya. “ALLAH tidak membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu. (Al-Baqarah: 286). ALLAH juga berfirman, “Tiada satu musibah yang menimpa di bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.

Sungguh demikian itu mudah bagi ALLAH, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang hilang darimu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. (Al-Hadid: 22-23)

Jika dibanding ujian yang kita hadapi, tidaklah ia lebih berat daripada apa yang menimpa umat Islam terdahulu, yang digergaji kepalanya hingga terbelah dua, disikat badannya dengan sikat besi sehingga nampak tulangnya, Sumayyah yang ditusuk kemaluannya hingga tembus ke punggungnya oleh Abu Jahal, dan banyak lagi. Mereka diuji sesuai tahap keimanan dan darjat mereka, dan kita diuji sesuai tahap keimanan kita. Hendaklah kita bersyukur selama mana ujian itu tidak menimpa agama dan tidak membuat kita berburuk sangka kepada ALLAH.

Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada ALLAH.” (Riwayat Muslim)
-------------
Penaja Atikel




Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 



Kesan Sebarang Bentuk Ketumbuhan di Payudara Anda
Kesan Sebarang Ketumbuhan di Payudara 
Rasa Konfiden Tampa Ketumbuhan, Cegah dari Awal

Sinar Jahitan
Blouse, Baju Kurung Viscose, Terkini

Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?
Order Cake, Cupcake, Coklat Online

Order Cake and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas