1,000 samseng membakar berpuluh-puluh rumah dan kedai


Yangon: Keganasan agama terbaru meletus di bahagian barat laut Myanmar lewat kelmarin apabila kira-kira 1,000 samseng membakar berpuluh-puluh rumah dan kedai selepas khabar angin menyatakan seorang wanita muda diserang secara seksual oleh seorang lelaki Islam. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sekumpulan penduduk mengepung balai polis menuntut suspek diserahkan kepada mereka, kata seorang pegawai polis dari kawasan itu yang enggan dikenali. Apabila polis enggan, mereka mengadakan rusuhan dan mula membakar bangunan terbabit, katanya. 

Sami radikal Myanmar Wirathu, yang sering mengadakan ceramah anti Islam mengirimkan kenyataan menerusi laman Facebook dan berkata ratusan penduduk mengambil bahagian dalam rusuhan di pinggir Kantbalu.



Rumah dimusnahkan

Kira-kira 35 rumah dan 12 kedai, kebanyakannya milik penduduk Islam dimusnahkan sebelum keadaan tenang kembali pulih, katanya.

Myanmar, negara yang mempunyai 60 juta penduduk dengan majoritinya beragama Buddha kerap terbabit dengan keganasan agama sejak pemerintah tentera negara itu menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada 2011.

Lebih 250 orang dibunuh, kebanyakannya penduduk Islam, manakala 140,000 lain terpaksa melarikan diri dari rumah mereka. 
Rusuhan bermula tahun lalu di negeri barat Rakhine, di mana penduduk Buddha menuduh masyarakat Islam Rohingya secara haram memasuki negara itu dan menceroboh tanah mereka.

Keganasan itu, dalam skala kecil namun menyebabkan kematian, tersebar awal tahun ini ke bahagian lain Myanmar dan menimbulkan perasaan prejudis terhadap umat Islam
---------
Masalah pada umat islam adalah kurangnya ilmu dunia suapay lebih berdikari tidak bergantung pada orang bukan islam dan ilmu akhirat yang lama ditinggalkan oleh umat islam mynmar. Jadi kita orang islam malaysia, bantulah mereka berikan mereka ilmu dan juga sedekah. semoga mereka kembali bangkit dari penindasan ini. amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...