Beratnya Tanggungjawap Isteri Seorang Bekerjaya









  • Bangun lambat setiap pagi, suami yang siapkan hal-hal anak nak pegi sekolah. Dah nak keluar anak tu pergi sekolah, baru dia bangun. Ketahuilah bahawa wanita yang menyikatkan rambut anak-anaknya serta mencuci pakaiannya, Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makanan kepada seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang. 
  • Rentetan peristiwa dekat atas, sarapan anak pun kadang ada, kadang takda. Sarapan suami pun juge takde
  • Tidur sendiri tanpa menghiraukan suami. Ketahui lah bahawa membentang tempat tidur suami sangat besar pahala dia. Para malaikat memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang :')
  • Keluar rumah atau aktiviti apa sahaja tanpa pengetahuan suami. Banyak terjadi even yang menipu suami pun ada. Sedih. Ketahuilah bahawa tidak halal seorang wanita itu berpuasa tanpa keizinan suami.
  • Isteri tidak melayan kehendak suami dan terabai. Ketahuilah bahawa isteri yang melayan suami dia dengan senang hati dan ikhlas, akan diampunkan dosa-dosanya dan Allah memakaikan pakaian bewarna hijau pada hari kiamat dan menetapkan setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberi kepadanya seratus kali beribadah haji dan umrah.
  • Belanja berlebihan mengikut hawa nafsu. Sesetengah kes, ada suami tak mampu. Tapi isteri ni mendesak jugak nak dibeli itu ini. Ada duit sikit si suami, habis dibelanja duitnya sampai kering poket suami. Sedih. Jadi, isteri kena sedar diri dengan kemampuan suami dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang dia terima
  • Tidak mengurus rumah tangga. Rumah terabai apetah lagi suami. Isteri hendaklah menghias rumah untuk suami sebab di situ lah suami dapat berehat. Bukan menyepah tak tentu pasal dah macam kandang kambing. Apetah lagi berbau busuk kalau dah macam kandang. Hmm
  • Makan minum suami terabai. Ketahuilah bahawa wanita yang menyiapkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.
  • Wanita yang berpeluh mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah akan menjauhkan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah.
  • Lagak seperti "mem besar". Dia ingat ini cerita p.ramlee ke nak jadi "mem mem".
  • Masam muka depan suami. Ketahuilah wanita yang senyum tersenyum di depan suami, Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
  • Tidak menjaga kebajikan suami. Ketahuilah bahawa, wanita yang meminyakkan dan menyikatkan rambut, janggut serta memotong kuku suami, Allah akan memberinya minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman syurga. Allah akan membebaskan dia dari seksaan neraka serta dapat melintasi sirat dengan selamat. Allahuakbar :')
  • Menjaga maruah suami/isteri. Kadang2 isteri yang tak puas hati dengan suami, akan mengadu itu ini dekat orang lain. Janganlah macam tu. Berdosa anda mengumpat laki sendiri. Isteri pun kena menjaga maruah diri. Suami juga berdosa kalau tak jaga maruah isteri T_T
    Firman Allah:Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Ahzab: 59) 

    Sumber: http://hanidamoss.blogspot.com

    ---------------------------------------------



  • Punyai Masalah Matching Color?
    • Sinar Jahitan punyai koleksi
    • Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
    • berbagai warna dan sepadan



    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

    Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...