Thursday, May 23, 2013

Misteri Payudara Menjadi Sarang Larva Ulat Akhirnya Terungkai - Berita Palsu



Misteri Payudara Menjadi Sarang Larva Ulat Akhirnya Terungkai | Ketika itu Susan McKinley baru saja pulang dari ekspedisi di Amerika Selatan, dia merasakan ada rasa aneh di payudara sebelah kirinya, dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku keatas payudaranya itu. Dalam fikirannya berharap rasa aneh itu akan hilang dengan sendirinya.

Namun setelah beberapa hari, rasa aneh di payudaranya bukannya hilang malahan berubah menjadi sakit. Dia pun membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan doktor. Doktor memberinya antibiotik dan krim khusus tanpa dapat memberi penjelasan kelainan apa yang sedang ditanggungnya. Setelah sekian lama rasa sakitnya tidak juga hilang dan payudaranya terasa semakin panas dan mulai berdarah.

Bagaimanapun rasa sakitnya makin bertambah, ia mulai mencari doktor yang terbaik. Dr.Lynch doktor terbaik itu pun tidak dapat mengesan infeksi apa yang terjadi. Dia meminta Susan untuk mencari temannya seorang ahli dalam bidang dermatologi. Malangnya ahli dermatologi itu sedang makan angin ke luar negara. Susan menunggu selama 2 minggu hingga akhirnya dapat bertemu dermatologist tersebut. Dan kejadian yang membuat bulu roma meremang pun terjadi, ketika Susan diminta membuka bra payudaranya.

Susan terkejut bukan kepalang ! setelah ia membuka bra nya, kelihatan larva ulat tumbuh dan bersarang dalam pori-pori  luka payudaranya. Sesekali mahluk jahat ini masuk dalam pori-pori dan muncul lagi di lubang sebelahnya. Larva ulat ini telah memakan lemak, lapisan kulit dan susu payudaranya ! hingga membuatkan banyak lubang-lubang kecil pada payudaranya ! perghhh... 

Berita ini pun terus berkembang menjadi banyak versi yang menakutkan. Dan mungkin anda juga telah terbaca dan melihat nya di akhbar, di laman web ,di video youtube dan juga di Blog-blog yang memang gemar berita sebegini.


Namun Tahukah Anda? Ternyata khabar yang sudah tersebar luas di dunia maya sejak tahun 2003 ini, hanyalah berita dan gambar bohong belaka. Kisah di atas hanyalah palsu dan gambar yang sebenarnya adalah hasil pengolahan kreatif payudara dan biji bunga teratai. Sedangkan nama Susan McKinley sengaja ditambahkan untuk memperkuat pembohongan ini. Demikianlah pendedahan dan keterangan sebenar dari urbanlegends.about.com.

Awas ! Jangan mudah percaya pada berita di dunia maya sebelum cross cHeck ke sumber yang lain.. Namun positifnya berita ini boleh membuatkan para wanita lebih berhati-hati lagi menjaga kebersihan dan kesehatan payudaranya.

-----------------------------
Merepek saja diorang ni ....kita plak ambil berita dari majalah barat...kalau salah pun kita tak tahu...orang putih la kaki kelentong !

Pesanan Khidmat masyarat sahaja http://www.facebook.com/feredeapower

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas