bukan yang ini .... |
Shah Alam: Gelap mata kerana ingin memiliki aset bernilai lebih RM50 juta, seorang lelaki berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian sehingga RM70,000 selepas melakukan transaksi wang 20 kali kepada beberapa wanita yang hanya dikenali melalui perbualan telefon bermula Ogos 2011 sehingga Februari tahun lalu.
Bagaikan dipukau, duda yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 47, melakukan transaksi pertama sebanyak RM3,000 kononnya bagi menampung kos perubatan seorang wanita misteri bernama Nur Heliza Helmi iaitu sepupu kepada seorang wanita lain dikenali Saodah di Hospital Singapura dan ia kemudian berlarutan kepada bantuan kewangan kepada Saodah.
Din berkata, Saodah sering mengadu mengenai masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan dia yang bersimpati melakukan transaksi minimum RM5,000 kepada Saodah sebelum menyedari ditipu apabila wanita itu enggan berjumpa dengannya selain gagal membayar semula pinjaman itu.
Bagaimanapun, wanita itu memberi tawaran untuk memberi aset miliknya berharga RM50 juta sebagai membayar hutang dan membalas budi baik lelaki itu.
Beliau berkata, dia bersetuju dengan cadangan wanita itu tetapi pada masa sama terpaksa mengeluarkan wang lagi kononnya untuk kos pengurusan mahkamah bagi pemindahan hak milik aset itu.
Dia yang juga bapa kepada tujuh anak berusia antara tujuh hingga 20 tahun itu turut menggadaikan aset peribadinya seperti tanah, van dan motosikal bagi mendapat wang tunai untuk membayar kos pindah nama pemilik aset itu di mahkamah.
DIN menunjukkan laporan polis yang dibuat.
“Saya mula mengenali Saodah selepas mendapat satu mesej dalam laman sosial Facebook melalui adik saya yang menyatakan kawannya memerlukan bantuan kewangan akibat kanser serta memerlukan rawatan segera. Atas dasar simpati itu saya bersetuju membantu.
“Kami tidak pernah berjumpa kecuali mengadakan perbincangan melalui telefon. Akibat kesempitan wang, saya menuntut Saodah untuk membayar semula wangnya bagaimanapun dia menawarkan penyerahan aset hartanya sehingga saya bertindak menjual semua aset peribadi bagi menampung kos pengurusan mahkamah,” katanya ketika ditemui di Balai Berita NSTP Bukit Jelutong di sini, semalam.
---------------------------
Kesian plak ngan lelaki ini... lebih baik dia gunakan duit tu tuk meminang anak dara ....lagi bagus dapat juga hasilnya...ini nak tamak sangat...ada ke org nak bagi sampai 50 juta bang ooooi!! Perempuan tu confirm confident dan cun kan...
Rasa
nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri?
Tingkatkan keyakinan diri 150%
Gabungan
herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung,
ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100%
herba sahaja, halal dan suci
whatsup 018 263 7833 PM http://www.facebook.com/feredeapower
No comments:
Post a Comment