Thursday, May 30, 2013

Hanez Suraya, Awi Rafael Sama Cantik dan Hensem


hanez-suraya-awi-rafael-bercinta



Kami bertemu buat kali pertama ketika sama-sama terbabit dalam program Jom Heboh TV3 pada Januari tahun lalu. Saya pergi untuk mempromosikan drama terbitan TV3 dan Awi pula terbabit dalam konsert di situ.
Malah, Hanez, 27, yang pernah putus cinta sebelum ini mengakui Awi, 26, adalah lelaki terbaik untuk menjadi pasangan hidupnya.
“Awi juga menawarkan saya untuk muncul dalam muzik video terbarunya berjudul Asalkan Aku OK.

Selepas tiga bulan saling berhubung, barulah kami mengaku secara rasmi bercinta iaitu pada tanggal 31 Mac 2012. Saya juga tertarik dengannya kerana dia seorang lelaki yang romantik,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai fasa perkahwinan, Hanez berkata, dia meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usianya mencecah 30 tahun.

“Sebagai wanita, kita tentunya mahu letak ‘had’ usia untuk mendirikan rumah tangga. Lelaki kalau berkahwin pada usia 40 tahun pun tidak ada masalah.

Justeru, saya teringin berkahwin sebelum usia saya 30 tahun. Saya juga ingin membina keluarga dan memiliki cahaya mata sendiri. Itu cuma impian saya saja.

Kalau jodoh kami datang lebih cepat, insya-Allah. Apatah lagi, hubungan kami sudah direstui keluarga kedua belah pihak, saya rasa lebih gembira” katanya.

Dalam sesi fotografi eksklusif yang diaturkan di Lil Haven Bakery & Cafe di Pantai Hillpark, Kuala Lumpur, kelmarin, Hanez yang jelita dengan busana sentuhan Wan Pa berkata, dia dan Awi sibuk mengumpul wang sebagai persiapan mereka untuk berumah tangga.

“Kami impikan majlis perkahwinan tepian pantai atau ‘beach wedding’. Jadi kami perlu bekerja keras untuk merealisasikan impian perkahwinan itu.

“Jika saya sibuk berlakon siang dan malam di lokasi penggambaran, Awi pula sibuk mempromosikan album barunya.

“Pada masa sama, saya sangat berharap, peminat kami di luar sana sama-sama mendoakan rezeki kami murah dan album Awi dapat sambutan supaya perancangan untuk berkahwin dapat dipercepatkan.

Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, kami akan berkongsi berita baik itu dengan peminat,” ujarnya.

Menyentuh perkembangan karier seninya, Hanez baru kali pertama tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 mengakui, ia melakar sejarah dalam karier seninya yang hampir mencecah usia 10 tahun itu.

Dalam kategori Artis Baru Wanita Popular, ABPBH 2012, Hanez bersaing dengan empat lagi artis baru yang tidak kurang hebatnya iaitu Nad Zainal, Emma Maembong, Siti Saleha, Ainan Tasneem dan Wawa Zainal.

Bagaimanapun, dengan nada merendah diri, Hanez yang ingin lari daripada watak antagonis berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi dan hanya menyerahkan kepada penilaian peminat untuk mengundi siapakah yang layak untuk menang.

“Terima kasih kepada kelab peminat Twitter @ officialHsfc. Jika dulu susah nak cari penaja baju tapi sekarang bersusun pereka fesyen yang ingin menaja dalam pelbagai acara dan sesi fotografi.

“Begitu juga, tawaran berlakon, saya memang tidak menang tangan sekarang. Selepas pegang watak utama dalam drama Sayangku Damia bergandingan dengan Kamal Adli dan Roy Azman, saya terbabit pula dalam Slot Samarinda Ruby untuk TV3.

Menyusul selepas itu, Slot Akasia TV3, Sedetik Cinta bergandingan dengan Awal Ashaari,” katanya.

hmetro
---------------------------
Gambar ni memang lawa...pasanagan yang romantik sama cantik dan sepadan...semoga mereka selamat melansungkan perkahwinan....dating lama-lama tak elok tuk kesihatan orang bercinta....terutama perempuan, kalau frust nanti...teruk kesihatan akan terjejas....



----------------------------

Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri?
Tingkatkan keyakinan diri 150%

Gabungan herba-herba dan ramuan ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantik, cerah, halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci 
sms/Whatsup/line/wechat 018 263 7833/ sms 013  3084906 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas