Kelebihan Ayatul Kursi


 

SATU amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat fardu adalah membaca ayat al-Kursi. Ada antara kita selepas sahaja memberi salam, terus ‘lompat’ membaca surah al-Fatihah dan seterusnya membaca doa.

Sehubungan itu, selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi SAW.

Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat al-Kursi serta zikir lain.

Mudir Maahad Tahfiz Al-Istiqamah Temerloh, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih berkata, ayat 255 daripada Surah al-Baqarah itu juga digelar ‘penghulu’ segala ayat al-Quran.

Menurutnya, ayat berkenaan diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW dengan diiringi ribuan malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.

“Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi halangan dalam perjuangan mereka.

“Maka, Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit iaitu penulis al-Quran supaya menulis serta menyebarkannya.

“Ayat ini disebut Ayat Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan Kursi, bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat’.

“Ia syiar kebesaran Allah SWT yang menguasai meliputi tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi,” katanya.

Ustaz Mohd Zarimi berkata, membaca ayat al-Kursi mempunyai kelebihan tersendiri sebagaimana disebut dalam hadis daripada Abi Umamah RA.

“Hadis itu menyatakan, kita disunatkan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas menunaikan solat fardu,” katanya.

Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie - dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)

“Selain itu, ada satu kisah dalam satu hadis panjang mengenai kelebihan ayat al-Kursi yang disebut oleh syaitan serta dibenarkan oleh Nabi SAW iaitu akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah selain syaitan tidak akan mendekati sehingga waktu pagi,” katanya.

Beliau berkata, Imam al-San’ani juga pernah berkata mengenai kelebihan ayat al-Kursi.

“Menurut kitab Subul al-Salam, kelebihan ayat Kursi adalah disebabkan padanya terhimpun segala nama dan sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak).

“Ia adalah sebahagian ayat al-Quran. Jika membacanya dengan niat membaca al-Quran, maka sudah pasti terkumpul pada bacaan itu kelebihan membaca al-Quran yang sangat banyak,” katanya.

Sehubungan itu, kita perlu mengambil peluang beramal membaca ayat Kursi berkenaan terutamanya selepas melaksanakan solat fardu.

Tersangat mudah untuk dilakukan kerana kita semua sebenarnya sudah menghafaznya sejak kecil lagi.

Melihat kepada ganjaran serta kelebihan yang ditawarkan hasil melazimi bacaan ayat Kursi, ternyata kita manusia yang sangat rugi jika masih mengambil mudah serta tidak serius mengamalkannya. 


Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.

Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.

Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.

Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

“Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:

Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.

Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.

Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

---------------------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi takaful, wasiat dan perancangan persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. 
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...