Terpaksa Buka Tudung Kerana Takut Mak

Kita kasi sokongan dan kekuatan pada saudara baru kita yg diuji dengan keluarga yang sukar menerima keislamannya😊 Dia terpaksa buka tudung, menyembunyikan identiti islam kerana masih lagi tidak mampu utk menguris hati sorg ibu yg paling benci pada islam.

Aku diketemukan dengan Miss A. Gambarnya ada di atas. Dia memakai mask kerana tidak boleh dikenali akan identiti islamnya. Kak Rahmah melihat dia seperti seorang muslimah yang taat dengan tudung labuh dan baju blouse yang longgar bersama dengan hand sock. Kami bertemu semasa sama-sama street dawah sisters. 

"Boleh tahu, apa yang buatkan sis nak peluk islam?"
"Saya tengok, dalam agama-agama lain semua cakap sembah tuhan yang 1, tapi hanya Islam saja yang benar-benar praktikkan dengan solat 5 waktu"
Oh! Alhamdulillah... Allah dah berikan hidayah pada Miss A. 
Tapi saya kena hide identiti saya sebab mak saya belum lagi tahu saya sudah Islam. 
Dah lama ke? 
Lama juga dah dekat 2 tahun macam itu, tapi dia dah macam syak, sebab saya ada pakai long sleeve, baju tutup aurat walaupun saya tak bertudung. 
Oh! kalau bersama dengan mak,awak tak pakai tudung lah.!
Terpaksa kak. Saya tak sampai hati nak sakiti hati mak saya, sendangkan saya amat perlukan dia sekarangni, saya anak tunggal saja, bapa dah perpisah dengan kami, saya ada mak saya. Mak saya pula sangat bencikan Islam. Kalau dia dengar Islam mesti dia akan marah-marah. 
Oh! begitu....tak mengapalah bersabar dan tunjukkan akhlak yang baik. Sampai satu masa bagitahu saja pada mak. Kata pada dia, Islam itu indah, hubungan mak dan anak itu tidak akan terpisah, malah Islam lebih mengalakkan anak itu jaga dan hormat ibubapa walaupun berlainan agama. Jangan risau A kan anak tunggal, dia pasti tidak akan tinggalkan A. Mula-mula dia pasti akan kecewa lama-lama dia akan terima dengan redha. Kita sama-sama doakan..
Kawan-kawan lain pun semua akan doakan untuk mak A agar dia pun dibukakan pintu hidayah. 
Amiin. 

Sumbangkan untuk aktiviti-aktivit dakwah supaya lebih ramai umat Nabi Muhamad s.a.w. Percayalah dengan jalan dakwah pada non muslim, semua orang akan dapat keberkatan dan orang kafir yang benci Islam akan berkurang dan kita sama-sama dapat nikmat. Berdakwah itu adalah wajib, kita tak mampu lakukan dengan sumbangan. 






---------------iklan------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi Takaful, Hibah, Wasiat dan Perancangan Persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. Buat keputusan yang bijak! Survey dahulu.
Hubungi (Rahmah Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...