I want to know about Islam. What should I read? Do you have
class?
Aku masih lagi ingat tatkala dia datang ke booth kami dan
melihat apa buku-buku dan sumber yang kami ada tentang Islam. Pada masa itu
saya datang terus menyapa dia dan menerangkan tentang Islam, perbezaan antara
Kristian dan Islam dan tugas kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Aku ambil nombor talifon dan dia sudi berjumpa. Mungkin aku
rasakan pada perjumpaan kali kedua itu dia sudah dapat menerima hidayah dari
Allah, tapi sememangnya belum lagi. Tibalah pertemuan kali ke 3. Dia wasap
untuk bertemu pada hari itu juga, mungkin di dadanya tidak tahan untuk
meluahkan rasa cinta pada Allah. Tapi daku pula tidak diberikan kesempatan
masa. Entah mengapa pada sehari sebelum itu aku disibukkan dengan aktiviti
pindah dan kemas tempat lama. Hati rasa cemas tak tenteram dan gelisah. Jadi
daku tidak dapat melayan permintaanya. Tapi sempatlah berbual dengan wasap
supaya dia bersabar menunggu daku minggu depan.
Tapi takdir Allah, maksu tiba-tiba buat appoitment dengannya
secepat besok pada hari Jumaat. Daku bagi tahu pada maksu, daku tidak boleh
janji boleh datang besoknya. Hati ni masih lagi rasa tak selesa dengan masalah
kemas dan kerja pembersihan. Rasa resah yang diselimuti syaitan yang membujuk
agar daku tidak pergi berjumpa dengan Miss M. Tapi daku cuba melawan perasaan
ini sebab minat dalam berdakwah dan berdoa agar daku diberikan kesempatan masa
untuk berjumpa dengan Miss M. Insya Allah, daku akan cuba lagi buka kan pintu
hatinya untuk memeluk Islam.
Pada hari Jumaat itu daku sempat buat kerja pembersihan
sedikit dan daku tinggalkan untuk kejar masa untuk bertemu maksu dan Miss M.
Aku tiba di KL Sentral, syaitan datang lagi menggoda dengan
memasuk perasaan gelisah sehingga daku tak ingat di mana surau tingkat 4. Dua
kali mundar mandir, sehingga ada cleaner yang boleh daku tanyakan lokasi surau.
Walhal aku dah banyak kali pergi ke sana.
Bila tiba berjumpa mereka. Hati yang resah dan gelisah itu
hilang, seperti ada malaikat yang datang menyambut.๐๐
subhanallah… Maksu juga ada sakit gigi daku pula sakit gelisah resah, semua
ujian itu diharungi juga. Takdir Allah mengatasi segalanya.
Tiba di surau, aku sudah nampak sahabatku yang mengelarkan
dirinya Maksu sudah ada bersama dengan Miss M. Aku terus menyapa mereka dan
bertanya khabar tentang keadaan Miss M. Kali ini dia memakai pakaian yang sopan
katanya. Dia biasa pakai seksi tapi makin lama dia pelajari Islam, dia tidak
lagi teringin untuk memakai seksi tapi lebih kepada pakaian yang sopan.
Tibalah waktu solat zohor. Aku menghadiahkan sehelai
telekung padanya. Alhamdulillah dia suka atas pemberian ini. DIa pelajari cara
mengambil wuduk kemudian dia memakai telekung dan solat bersama.
“You just follow me.” Kataku. Dia pun terus mengikut segala
pergerakan solat. Adakalanya aku nampak dia kekok tatkala pakai kain telekung
yang labuh, dia tidak biasa katanya. Tapi bila ditunjukk pada semua muslimat
pakai kain yang labuh supaya mudah untuk mentutup bahagian kaki dia pun setuju.
Lepas aku mengimamkan solat. Aku membaca doa.
“Ya Allah please give hidayah to our friend M. Please spread
your bless to us. Please gather us together in heaven. Please Allah. You are
the Most Merciful and Beloved God. Please make it easy for her to understand
Quran and ibadah. Please Allah You are the Most Merciful and Caring God. Please
save us from hellfire gather us together among that you are bestowed in the
heaven. Jannatul firdaus”
Selepas solat aku nampak matanya seperti berkaca. Dia terasa
shahdu buat pertama kali dia mendengar ada orang yang mendoakan dirinya.
Kali ini aku rasa ingin mengajak dia sekali lagi
bershahadah, selepas 3 kali ajakan ditolak olehnya kerana merasakan tidak lagi
bersedia.
“Do you believe that theres is only One God, and no other
other God except truly One God?”
Yes.
OK, please repeat my word. I testify there is no other God
except one God, Allah. The meaning of Allah is God in Arabic. Specific to only
one God, not male and female. Do you comfortable to say God Allah?
Yes, I testify there is no other God except one God, Allah.
Ok, now you just repeat what I say in Arabic.
La ilahailla Allah.
Dia mengucap lailahailla Allah.
How do you feel? Do you feel the tranquility and peace in
your heart?
Yes.
It’s a most important declaration. Now do you truly believe
that prophet muhamad (peace be upon him) is the prophet of Allah?
Yes.
So you just repeat what I say I testify that Muhamad s.a.w
is prophet and messenger of Allah and so does Jesus is the prophet and
messenger of Allah
I testify that Muhamad s.a.w is prophet and messenger of
Allah and so does Jesus is the prophet and messenger of Allah.
Now, I want you to said it in Arabic to make it formal.
Ashahu anna muhamadarasulullah.
Ashahu anna muhamadarasulullah.
Alhamdulillah, you are now muslim. Don’t worry you don’t need
to say to everyone that you are muslim. We can be the witness for you. You just
keep it secret until you have the strength to tell everyone. But the most
important part is to fulfill the pillar of Islam is Solat. You can do it while
nobody can see you, until you are ready to show to others.
Yes, I feel so peaceful. Thank you all.
Kami berpelukan dan merasai kehangatan pelukan yang
mengembirakan Miss M. Aku mengajar kembali cara bersolat, sekirannya period dia
tidak perlu solat dan supaya dia mulakan ibadah dengan zikrullah.
Alhamdulillah.
Semoga dia bakal menjadi asbab pembuka hidayah lebih ramai
orang di kampungnya di Filipina, seperti apa yang dia cerita, dia seolah ada
kemahuan untuk menyebarkan ajaran islam yang sebenar di kampungnya Mindanou,
katanya Islam di sana lemah dan banyak terpengaruh dengan ajaran sesat. Kerjaya
sekarang adalah seorang nurse di wad orang yang nazak, Mungkin juga asbab dia
Islam amat ditakuti oleh syaitan kerana dia boleh menghalang kerja iblis
menyesatkan manusia di saat-saat yang paling kritikal. ๐๐..
semoga dia terus berdakwah. .Insyallah ameen.
---------------iklan------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi Takaful, Hibah, Wasiat dan Perancangan Persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. Buat keputusan yang bijak! Survey dahulu.
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah
No comments:
Post a Comment