Novel Mengintai Aku Di Neraka

Sinopsis

Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk membunuh diri dan terjun di atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang. Namun, dia menemui kegagalan kerana ada sesuatu yang menggangunya saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya?

Maka, dia mengambil keputusan untuk Murtad daripada agama Islam, dan mulai hidup dengan budaya barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya. 

Ketika malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki yang melecur separuh badan, dan kelihatannya tak ubah seperti gengster kelab malam.

Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya, Aleeya Qistina menolak, namun setelah dia dicabar, dia menyahut cabaran itu.

Sewaktu arak sedang diteguk, tiba - tiba dia ditegur sang lelaki tadi.

"Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?"

Alangkah terkejutnya dia, rupanya dia sedang meneguk air najis dan nanah yang busuk. Gelas tadi terus terhempas ke lantai. Alangkah bertambah kagetnya, Dia melihat suasana di kelab malam tadi berubah.

Banyak makhluk bertanduk, hodoh dan mengerikan sedang menjilat makanan disitu. Semua makanan telah bertukar menjadi najis serta merta. Pengunjung kelab malam yang lain leka menari, tapi wajah mereka berubah sangat buruk dan bertanduk. Aleeya Qistina terus takut.

Dan apa yang anehnya, lelaki tadi tidak ada sedikitpun perasaan takut dan pelik, seolah-olah dia mengetahui apa yang dilihatnya.

Soalan pertama dia ajukan, kau kenal ke siapa diri kau? Berlakulah dialog dan pesan yang diluar jangkaan.

Siapakah lelaki itu? Bagaimana situasi yang dia dan lelaki tadi lalui di dalam disko tadi? Dia bukan bermimpi atau pengsan, tetapi adakah hijabnya dibuka oleh Allah?

"Eh, kenapa dah lama kak tak balik?"

"Ha? Aku tak pernah pun sampai sini?, macam mana mereka begitu mengenaliku?"

Apakah dimensi duo masa yang Qistina lalui? Apakah dia mendahului terowong masa depannya?












---------------iklan------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi Takaful, Hibah, Wasiat dan Perancangan Persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. Buat keputusan yang bijak! Survey dahulu.
Hubungi (Rahmah Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...