Gambar sekadar hiasan |
Mungkin anda di kalangan kawan kita yang sudah bercerai kemudian, tak ada berita tiba-tiba dah berkahwin semula. Mudah sangat kan mereka buat keputusan. Antara lelaki-lelaki yang dipilih pula adalah lelaki orang, duda dan ada ramai juga yang berkahwi dengan lelaki bujang. Tapi apa yang penting pada wanita ini, adalah mereka berstatus berkahwin semula.
Mungkin ada ramai yang nak tahu bagaimana mereka boleh cepat mencari jodoh, sedangkan ada ramai lagi anak-anak dara yang tak kahwin-kahwin lagi sedangkan ada sesetengah perempuan yang sudah kahwin dan bercerai berkali-kali. Ini adalah antara sebab nya.
10 Sebab Mengapa Lelaki Sukakan Janda
1. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menggoda
2. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda sudah sedia
3. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda senang kira
4. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda mudah mesra
5. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menggula
6. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menjaga
7. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai bekerja
8. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda tahu semua benda
9. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda senyumnya manja
10. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda kurang belanja
Namun hakikatnya, yang sebenarnya kebanyakan orang lelaki kalau diberi pilihan antara anak dara dan janda, pasti majoriti akan memilih nak anak dara.
Tak dinafikan semua orang mahukan benda yang baru dan yang belum pernah disentuh (mudah mudahan), sebab orang lelaki ni first yang dalam kepala hotak dia bila kahwin adalah s’e’k’s’, so kalau boleh mestilah nak yang baru yang belum disentuh lagi.
Bagi perempuan pula s’e’k’s’ tu bukan keutamaan, sebab yang lebih utama bagi diorang adalah cinta, kasih sayang, wang, harta dan lain2, sebab tu diorang tak kisah kahwin dengan duda, orang tua, atau lelaki gemuk tak hensem.
Yang kata kenapa lelaki sukakan janda tu, sebenarnya dia bukannya sukakan janda sangat pun, cuma mungkin sebelum ini dia pernah mempunyai pengalaman buruk berkahwin dengan anak dara, dan dia sebenarnya masih suka kepada anak dara kalau anak dara tu bersikap seperti janda, anak dara yang baru kahwin sudah pandai menggoda, sudah sedia, senang kira, mudah mesra, pandai menggula, pandai menjaga, pandai bekerja, tahu semua benda, senyumannya manja, kurang belanja dan lain2 seperti yang disebutkan oleh lelaki Kelantan kat atas tu, cuma mungkin kebanyakan sikap janda tiada dalam anak dara kerana tiada pengalaman.
Cuma satu yang kena ingat, seorang janda juga sebelum menjadi janda, mereka juga adalah anak dara ketika baru berkahwin sebelum itu. Mungkin kerana pengalaman mereka dalam perkahwinan sebelum itu yang mematangkan mereka justeru mereka lebih tahu dan mengambil pengajaran lantas memiliki sifat seorang janda yang disebutkan di atas dan menjadi isteri impian para lelaki.
Apa2pun, dalam perkahwinan sebenarnya bukan status bujang, anak dara, duda dan janda yang menjadi kunci kebahagiaan sesebuah rumahtangga, sebaliknya sikap, perangai, tolak ansur, hormat menghormati, tanggungjawab dan sebagainya.
Tak kurang juga ada ramai janda yang tak berjumpa dengan jodoh dan tidak dapat berkahwin lagi walaupun dengan suami orang. Jadi banyakkan bersabar dan bersyukur pada Allah atas segala pemberianNya. - Sumber Buasir Otak
Apa yang paling penting di sisi Allah bukanlah status berkahwin atau tidak.
Ya, orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Apa gunanya kalau sudah berkahwin tapi masih lagi berbuat maksiat dan tidak takut pada balasan Allah.
Jadi janganlah cepat putus asa dalam mendapat rahmat dari Allah. Berkahwin itu adalah salah satu dari sunnah nabi Muhamad saw. Ada banyak lagi sunnah nabi Muhamad saw yang boleh kita amalkan dan sehingga kita mati dalam keadaan khusnul khatimah. Mati dalam bersyahadah
No comments:
Post a Comment