Wajah sebenar Bruna Surfistinha.
Aku baru saja tengok movie kisah benar tentang kisah hidup sebagai seorang pelacur. Bagaimana ianya bermula dan akhir hidupnya bila dia sempat berubah.
Kisah ini bermula bila Bruna mula meningkat remaja dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Dia bukanlah perlukan duit sangat. Tapi jiwanya yang kosong inginkan satu cabaran dan nak berdikari. Dia adalah seorang anak angkat,dari keluarga golongan pertengahan. Dia punyai abang yang suka perli dirinya dan dia mahu mencabar dirinya agar dapat banggakan ibubapanya yang dia juga boleh mampu berdikari dan cari duit sendiri.
So, dia cari kerja sebagai seorang pelacur, masa itu dia masih lagi menuntut di kolej. Tiap-tiap hari dia balik rumah dan makan malam bersama keluarga. Siang dia keluar keja sebagai pelajur.
Memang rancak, sehari dia boleh layan 5-6 lelaki, waktu tu dia hanya belasan tahun. Dia jumpa ramai orang dan ramai juga lelaki yang bukan hanya nak seks tapi mereka mahukan orang mendengar apa yang tersirat di hati mereka.
Sampai satu masa dia dan kawan buka rumah pelacuran dengan menyewa kondominum mewah, dan hdupnya lebih mewah dan kaya hasil dari wang pelacuran golongan kelas atasan.
Dia hanya memasarkan khidmat jualan melalui blog, forum dan website pelacuran call girl. Tiap kali dia buat khidmat sex, dia akan buatkan rating lelaki tersebut. Cara ni buatkan lebih ramai lelaki yang teruja dengan kemampuan seks mereka.
Lastly, dipendekkan cerita, dia bergaduh dengan kawan dia dan kawannya berhenti jadi rakan kongsi. Bila hidup sendirian, dia terjebak dengan dadah, bisnes call girl pun dah teruk. Sampai dia jadi pelacur jalanan dengan tawaran yang murah.
Akhiranya dia dimasukkan ke hospital akibat pengsan kepenatan. Masa dia sakit baru dia sedar apa yang dia buat selama ini memakan diri dan buatkan dirinya rosak.
Lastly dia bertekat nak berubah. tapi sebelum dia betul-betul berubah, dia masih lagi perlukan duit utk sara hidupnya. Dalam masa 6 bulan dia tetap buat kerja pelacuran dan kemudian dia stop.
Dia buat buku, dan ceritakan segala kisah kehidupan dirinya. Bukunya laris jualan di Brazil, USA dan juga eropah. Dia semakin popular, tapi kali ini dengan cara yang betul iaitu megajar orang lain dengan pengalaman dirinya sendiri .
Ok, itulah sedikit sebanyak apa yang aku boleh share tentang kisah seorang pelacur. Walaupun memang tak pernah terdetik pun nak jadi pelacur, aku juga seorang perempuan yang ingin tahu apa perasaan dan pengalaman sebagai seorang pelacur.
Jadi kesimpulannya. you can choose wheter to learn the hard way or the easy way. Some people just want to choose the hard way. But in the end is the most matter.
Apa yang penting sentiasa belajar dari kesilapan orang lain adalah lebih mudah dari merasai sendiri. Nak rasa sendiri kepahitan itu juga satu proses pembelajaran. Jadi pilihlah, yang penting jangan buat salah lagi.
Nak tanya sikit, cerita ni sesuai ke utk tontonan keluarga ataupun banyak adegan X?
ReplyDeletebanyak adegan XXXX sis, so hanya orang besar saja
Delete