Oh! No Back to School!. Pada mereka yang bersekolah di asrama, memang perasaan macam ini lah yang bakal di lalui, setiap kali time buka sekolah.
Kena pack barang-barang asas, mesti ada beg besar untuk isikan barang-barang pakaian dan makanan.
Saya melalui fasa zaman sekolah berasrama kerajaan agama, kemudian di sekolah sains berasrama penuh kerajaan. So, sedikit sebanyak saya boleh kongsikan pengalaman yang sedikit ini.
First thing, sekolah asrama agama kerajaan negeri, sekolahnya tidak dapat banyak peruntukan, jadi sekolahnya agak low standard dan facilities nya agak kurang berbanding dengan sekolah asrama penuh kerajaan.
So, masalah utama pada masa itu adalah AIR. Yes, AIR sangat lah berharga. Nak mandi, basuh baju, tandas, susah kalau ada masalah AIR. Tandas pulak sampai sekarang saya ingat lagi... kotor ye...
Pihak sekolah agama tidak mahu letakkan perutunkkan yang tinggi untuk tandas. Samalah macam you all pergi masjid yang pentadbiranya orang lama, bila masuk bahagian tandas aja... Alamak teruknya.. Ini tak mencerminkan islam itu bersih. Begitu jugalah di asrama sekolah agama.
Walaupun teruk, saya terpaksa lah juga hadapkan dan pandai-pandai sesuaikan diri dengan situasi tersebut. Sangat berbeza dengan kesenangan yang ada di rumah. Situasi di sekolah asrama menuntut kita berdikasi dan selesaikan masalah dengan cara tersendiri. Walaupun tampa panduan yang betul.
Tapi sekolah asrama agama tak ada banyak kes buli pelajar junior. Antara faktornya adalah budaya sekolah itu sendiri yang bukan di bawah jajahan British.
So pada seteruskan Form 4 dan Form 5 dengan result PMR yang bagus, saya dapatlah keluar dari sekolah ini untuk mencari penglaman baru dan buat permohonan sendiri ke sekolah asrama penuh kerajaan pula. Saya buat semuanya sendiri termasuk berjumpa dengan guru besar ye.
Jadinya saya dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh sains di Muar. Di sana saya impress dengan facilities yang ada berbanding dengan sekolah asrama agama sebelum ini, di sini ada banyak kemudahan, ruang sekolah yang besar. AIR still ada masalah tapi tak la seteruk sebelum ini.
Walaupun punyai tanah yang besar dan luas. bahagian asrama perempuan alamak sempitnya. Agak sukar untuk rasa bebas dan privasi tersendiri.
Saya akui sekolah di asrama penuh, situasinya agak tertekan sebab terlalu stress dengan studi, studi, studi dan sukan. Semuanya untuk sekolah! Naikkan nama sekolah! Naikkan nama sekolah!
Saya pula ambik jurusan sains. lagilah susah nak faham.
Tapi saya rasa seronok dapat bergaul dengan berbagai kawan dari serata pelosok negeri. Waktu jadualnya agak padat, Banyak masa di habiskan dengan aktiviti belajar dan bersukan. Tapi rohaniah tak banyak. Kes buli ada juga, sebab itu sudah menjadi tradisi sekolah asrama penuh, sejak azali lagi. Mengapa? mungkin sebab sekolah asrama penuh ini di bawah jajahan penjajah dulu.. budaya yang sama. Kononnya nak buatkan seseorang itu jadi tough.
Saya ni nampak macam kerek... macam bagus aja tak takut dengan senior hahahaha... Itulah antara sebabnya senior tak puas hati dengan saya. Tapi dengan sebab itu juga ketua gangster di sekolah saya ingat namanya Rambo masukkan saya dalam geng dia. Saya ikutkan saya kalau tidak, nasib akan menjadi lebih teruk.
Aktiviti dalam kumpulan ini, of coz melanggar peraturan sekolah. Contohnya borak dan lepak di tengah malam, orang lain kena tidor tapi geng ini dikecualikan. Keluar asrama sesuka hati dan ada beberapa aktiviti buli junior yang saya tak join.
Hingga pada Form 5 saya keluar secara curi di sekolah dan pergi hiking dengan kawan sekolah lama. Kes ini agak berat sebab ianya sudah melibatkan kes polis bila bapak saya sudah buat laporan polis atas kehilangan saya.
Saya balik dari hiking dengan muka selamba macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi hatinya saja yang tahu betapa saya rasa takut kalau dibuangkan sekolah. Sebab walaupun saya agak liar, tapi saya mementingkan pelajaran. Saya fikir kehadapan nasib saya akan jadi lebih teruk jika saya tak dapat masuk universiti. So, kalau buang sekolah asrama, nasib saya akan jadi lebih teruk.
Time tu saya banyak berdoa agar saya dapat meneruskan pelajaran di sekolah. Saya kena CLOROX CUCI KEPALA dengan GURU BESAR. Otak saya rasa tepu time tu, takut, rasa gementar dan sebagainya. JADI saya tak ingat apa yang dia cakap...hahahaha....
Alhamdulillah...saya masih lagi meneruskan pelajaran di sekolah, sepatutnya dengan tingkah laku saya, hukumannya di buang sekolah sebab dah ada kes polis. Tapi Guru Besar rasa macam kesian sebab dia mungkin ingat saya ini baik tapi akibat terpengaruh dengan kawan-kawan, Dia tak tahu walaupun muka innocent, tapi saya adaalah salah seorang kumpulan gangster sekolah, Liar dengan cara sendiri tapi tak membuli orang, Saya lebih suka bergaul dengan berlawak dengan kawan-kawan. Bila orang gelakkan saya, saya rasa happi camtu.. cara saya hilangkan stress dengan berlawak. hahaha
Itulah saat kenangan manis saya berada di sekolah asrama penuh kerajaan. Alhamdulillah saya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, tapi disebabkan bapa saya sudah hilang kepercayaan sebab salah saya sendiri yang liar dan kes polis tu.. Bapa saya just nak saya masuk universiti islam. Oklah.. at least ada juga kebebasan di sana. Sebab saya dah biasa sekolah asrama dari umur 13 tahun, dah melalui berbagai cabaran di sekolah, saya tak ada masalah bila masuk universiti saya boleh berdikari dengan cara saya sendiri tampa bantuan ibubapa.
So, sekarang saya sudah jadi IBU dan merasakan saya tidak mahu masukkan anak saya ke sekolah asrama. Saya nak saya sendiri yang bimbing dia hingglah dia mampu berdikari.
Walaupun sekolah asrama dapat berikan sifat berdikari, tapi saya rasa saya kurang matang, sebab tidak terdedah dengan dunia luar hakikat sebenarnya. Sebab itu mereka senang ikut kawan-kawan. Lagi-lagilah kes buli yang hebat di perkatakan sekarang ni kan... Sebab itulah... tak matang, terlalu ikut kawan dan BUDAYA sekolah itu sendiri yang sukar nak diubah! Saya sendiri lebih terikut dengan kawan-kawan dan lebih suka berkawan berbanding dengan keluarga sendiri. Itu buatkan seseorang itu tidak matang dan tidak dapat berfikir lebih jauh.
Kes Buli hingga Mati di UPNM sendiri adalah salah satu contoh masalah BUDAYA yang telah ditinggalkan sejak sekolah asrama hingga masuk ke universiti majoritasnya melayu di UPNM. Saya tahu bila masuk di UPNM ni sama macam back to sekolah asrama penuh! univerisiti ini lebih tertutup ada peraturan tersendiri dan mengikut budaya yang telah ditinggalkan oleh penjajah. Sebab mereka adalah bakal tentera darat, udara dan laut. Situasi mereka lebih kurang sama dengan budak sekolah asrama penuh. Jadi bila terjadinya kes buli camni, saya tak hairan, sebab memang sudah ada sejak azali lagi. Mereka tak dapat berfikir matang, sebab terlalu ikut kawan, kawan adalah simbol ikutan mereka, sampai hilang perasaan belas kasihan. Saya juga ada terbaca di cari.net di universiti ni peraturannya tak sama dengan universiti biasa yang bebas dan haluan diri sendiri.
Asrama, majoritasnya di ajar menjadi seorang yang mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah, segalanya di dalam jadual dan ikut saja. Tapi bila tibanya di universiti segalanya berubah, kamu kena ada rasa tanggungjawap pada diri sendiri, dan buat hal sendiri. Dan fikir dengan sendiri-sendiri. Berbeza ya... maka saya lihat sendiri ada kemerosotan akedemik di kalangan sekolah asrama agama dan asrama penuh, yang masuk sekolah asrama agama jadi lebih liar dari yang masuk sekolah menengah biasa, BILA TIME UNI. Termasuklah saya.
Memang mereka senang masuk universiti sebab dah didik dengan budaya studi dan excellent masa sekolah asrama, tapi itu semua adalah BUDAYA yang mengikut peraturan sekolah.
Masuk uni ... ha! ambik ko... ko nak malas suka hati la... tak ada sapa nak larang! tak ada sapa nak tegur, atau paksa ko studi. Ramai yang kantoi setengah jalan dan jika ada yang dapat teruskan belajar tapi tak excellent macam zaman sekolah dulu, dan bila mereka kerja, lebih suka masuk kompeni besar, syarikat yang ada peraturan, dan mereka juga banyak apply gomen jobs.
Jadi, jika anda nak rasa lebih matang, salah satunya adalah ada rasa tanggungjawap pada diri sendiri! dan fikirkan masa depan kita sendiri!
Masa kecil, Form 1 sepatunya ibubapa dedahkan dengan cara mencari duit sendiri, cara nak niaga, cara nak berdikari. Insyallah, akan menjadi Ushawan yang lebih berjaya.
Walaupun saya tak didedahkan dengan perniagaan sejak kecil, since makbapak saya orang gomen, saya cuba cari hala tuju sendiri dengan berfikiran jauh kehadapan, Jika saya tua...apa akan jadi??? Jika saya kehilangan keja apa akan jadi??? Jika saya sakit cacat apa akan jadi????
Jika saya jadi ibutunggal apa akan jadi??? Soalan itu sudah saya fikirkan 10 tahun lepas sebelum saya start niaga, Jadi antara sebab itu saya menjadi Usahawan sekarang.
Jadi you all boleh la fikirkan nak masuk sekolah asrama atau nak masuk sekolah biasa. Semuanya ada pros and cons. Masuk sekolah asrama kalau you all memang pandai, dan berfikiran jauh kehadapan, lebih matang of course perjalanan menjadi seorang usahawan berjaya menjadi lebih singkat maka tak hairan lah usahawan kaya rasa masa muda adalah juga dikalangan orang sekolah asrama penuh. Dengan cabaran yang besar, berdikari, sokongan dari ibubapa, insyallah dia dapat pergi lebih jauh dengan lebih pantas.
So, you all harap dapat lah sedikit ilmu dengan pengalaman saya ni. Nanti saya akan share pulak kisah saya yang seterusnya kembara di Benua Eropah secara back pack. selama 2 tahun lebih...hehehe. Kerja cam gila tapi ianya kisah benar.
(Gambar hiasan dari google mengambarkan situasi sebenar yang saya ingin gambarkan)
No comments:
Post a Comment