Apa itu Hari Raya Aidilfitri?

Selepas menjalani ibadah puasa, umat Islam diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah sebelum 1 Syawal dan akan menyambut Aidilfitri dengan saling bermaafan serta penuh kesyukuran. Umat Islam akan menziarahi kubur, melakukan sunat Hari Raya serta berkunjung ke rumah sanak saudara.


Sambutan Hari Raya disambut secara meriah setiap tahun di mana umat Islam akan membuat persiapan dari pelbagai segi mengikut kemampuan masing-masing. Manakala pada Hari Raya juga masyarakat Malaysia akan mengambil peluang bercuti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi berjumpa sanak saudara dalam mengeratkan hubungan silaturahim.

Justeru itu, pelbagai juadah akan disediakan pada hari raya seperti lemang, nasi himpit, dodol dan pelbagai lagi. Manakala kanak-kanak pula gembira mendapat duit raya kerana ia merupakan satu tradisi yang diamalkan di negara kita.

Konsep rumah terbuka juga diamalkan bagi menyatupadukan pelbagai kaum untuk sama-sama menyambut perayaan ini dalam suasana yang harmoni dan juga meriah.

Oleh itu, kami daripada pihak Islalisa ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca!!! Maaf zahir & Batin!!!

Ingin tampil cantik dan menawan? Jangan lupa dapatkan Islalisa Corset Malaysia sekarang!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...