5 Cara Atasi Penyakit Kuning Pada Bayi

Sebanyak 70 peratus bayi yang baru lahir akan mengalami penyakit kuning. Ia berpunca daripada bilirubin yang berlebihan dalam darah dan tisu-tisu di mana ia boleh dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Bagaimana untuk mengatasi penyakit kuning ini? Jom, lihat cara-caranya:

Bawa jumpa doktor
Jika bayi anda mengalami kuning dari mula dia dilahirkan, segeralah membawanya berjumpa doktor kerana dia harus diberikan rawatan yang intensif.


Berikan susu ibu
Dengan pemberian susu ibu secara kerap iaitu 2 jam sekali kerana ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan bayi. Ia ada kandungan yang sepatutnya untuk anak imun kepada penyakit.

Berikan madu asli
Biarkan bayi anda menghisap madu asli daripada jari anda sendiri.

Berikan susu kambing
Susu kambing mampu menyembuhkan masalah kuning pada bayi. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi anda.

Lakukan urutan 
Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7 kali setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan).

Selamat mencuba. Paling penting jangan lupa pakai corset. Kalau perut nampak dah tak cantik, orang mengata plak... so please la pakai hokey....
Click sini islalisacorset.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...