Tempoh berpantang selama 40 hari merupakan satu cabaran bagi para ibu yang baru bersalin. Pemilihan makanan mampu mengembalikan bentuk badan dan kecergasan, menyembuhkan luka- dalaman di samping mengelakkan urat kembang. Oleh itu, pilih makanan yang bernutrsi dan seimbang bagi mengekalkan kecergasan anda sepanjang tempoh berpantang. Antara 5 jenis makanan yang sesuai masa berpantang ialah:
Ayam dan daging – Ia merupakan sumber protein haiwan yang penting untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin.
Rempah Ratus – Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu.
Sayur dan ulam-ulaman – Sayur dan ulaman membantu ibu untuk mengelakkan sembelit dan membekalkan vitamin serta mineral untuk membantu mengembalikan kecergasan ibu berpantang.
Ikan tenggiri dan haruan – Pemakanan ikan tenggiri dan haruan dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh. Ia juga menaikkan seri wajah.
Jamu – Kebanyakan ibu-ibu berpantang mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali asal. Namun, jamu tidak sesuai dimulakan di awal waktu berpantang kerana mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan.
Bagi girls kat luar sana... Untuk lebih mujarab , Uolls kena lah pakai Korset tuk dapatkan bentuk badan yang kurus, ramping dan cantik dengan pantas dan selamat
No comments:
Post a Comment