Nak Badan Cantik? Apa Kata Cuba Cara Diet 5 Selebriti Korea Kegemaran Anda Ini




Anda bersedia mulakan diet sebegini?
Selebriti Korea adalah antara golongan artis yang sangat diminati masyarakat kita. Berbekalkan wajah yang cantik dan berbakat, kebanyakan mereka sering menjadi idola kepada gadis-gadis remaja di Malaysia.

Bukan sahaja cantik, malah mereka juga mempunyai tubuh badan yang menawan yang pastinya diidamkan oleh setiap gadis. Kata orang dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya serba serbi cantik.


Jadi, agak-agak bagaimanakah cara mereka menjaga badan? Apa diet mereka setiap hari sampai boleh maintain cantik macam ni? Jom, biar kami dedahkan!


1. I U
Lee Ji-eun atau lebih dikenali sebagai IU di negaranya merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan pelakon terkenal. Sewaktu diet, dia hanya mengambil sebiji epal sewaktu sarapan pagi, dua biji keledek untuk makanan tengahari dan hanya mengambil sebotol protein shake untuk makan malam.
Diet yang macam ni nampaknya agak strict. I dan you mesti tak boleh nak lakukan tapi tidak buat IU di Korea Selatan.


2. Suzy
Suzy atau nama sebenarnya Bae Su-ji adalah merupakan penyanyi dan pelakon yang terkenal di Korea Selatan. Dia sangat dikenali dengan drama muzikal yang bertajuk **Dream High* pada tahun 2011. Suzy mempunyai tubuh badan yang menarik kerana mengamalkan diet yang seimbang.
Dia mengambil dada ayam, sebiji keledek, dan secawan susu rendah lemak sewaktu sarapan pagi. Manakala untuk makan tengahari, dia memakan semangkuk nasi perang dan sayur salad. Bagi makan malam pula di hanya memakan dua biji keledek. Ok rasanya yang ini boleh kenyang!


3. Park Shin Hye
Siapa saja tak kenal pelakon cantik drama Stairway to Heaven ini. Park Shin Hye adalah salah seorang selebriti yang mempunyai ramai peminat. Dia memakan sebiji timun berserta secawan susu rendah lemak pada setiap pagi.
Sewaktu makan tengahari, Park Shin Hye hanya memakan setengah mangkuk nasi perang dan sayur kobis. Dan bagi makan malam, sekali lagi dia akan mengambil sebiji timun dan kobis.
Rakyat Malaysia kalau makan nasi lemak pagi-pagi timun pun tak nak makan, cuba anda bayangkan kalau sebiji timun anda perlu habiskan? Err...


4. Soyou
Keledek mungkin menu pilihan untuk kebanyakan selebriti di Korea Selatan. Buat Kang Ji-hyun, atau lebih dikenali sebagai Soyou, dia mengambil sebiji keledek sebagai sarapan pagi.
Tetapi kalau diperhatikan, makanan tengaharinya sering kita jadikan untuk sarapan pagi. Agak terbalik di situ ya. Hmmm...makan malam pula dia hanya memakan 3 slices Kimbap dan 'boom' terus kenyang!


5. Seo Hyun
Semua gadis pasti mengidamkan tubuh yang seksi seperti Seol Hyun. Seol Hyun atau nama sebenarnya Kim Seol-hyun adalah merupakan pelakon dan penyanyi. Dia juga merupakan salah seorang ahli kumpulan terkenal iaitu AOA.
Seperti gambar di atas, anda boleh lihat dia hanya mengambil karbohidrat dan protein sebagai menu santapan ketika berdiet. Hmm.. tapi mana sayurnya?


Itu adalah antara cara diet selebriti di Korea Selatan. Jadi dalam banyak-banyak cara diet tersebut, mana satu yang anda mahu cuba? :P

Jadi you all tak akan rasa lapar sebab kompression yang ada dalama badan.
Jadi pakailah korset sekirannya you all nak kuruskan badan dan diet untuk diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...